JADUAL KETIGA
PENGECUALIAN
1.
Bagi maksud penyelenggaraan, pembaikan, peningkatan, pembersihan dan pemugaran bahagian jalan yang dinyatakan dalam ruang (1) Jadual Pertama.
2.
Bagi maksud pemacakan, pemasangan, penyelenggaraan, pengubahan atau pengalihan mana-mana struktur, kerja, peralatan atau apa-apa jua benda di dalam, pada, di bawah atau di atas bahagian jalan yang dinyatakan dalam ruang (1) Jadual Pertama.
3.
Bagi maksud diangkut di atas kenderaan selain kenderaan berat.
4.
Bagi maksud perkhidmatan kecemasan dan penguatkuasaan oleh agensi
Kerajaan dan pihak berkuasa tempatan.
5.
Bagi maksud pemeriksaan, pembuangan dan penghantaran sisa domestik oleh kenderaan berat seperti lori sampah, lori pembersihan pembetungan dan lori vakum pembetungan.
6.
Jika disebabkan oleh suatu kecemasan, termasuk banjir, penggunaan mana-mana jalan (yang bukannya bahagian jalan yang dinyatakan dalam ruang (1) Jadual Pertama) oleh sesuatu kenderaan berat menjadi mustahil atau tidak sesuai, Pegawai yang Menjaga Daerah Polis yang berkenaan boleh, setakat sebagaimana yang difikirkannya perlu, membenarkan kenderaan berat itu untuk menggunakan bahagian jalan yang dinyatakan dalam ruang (1) Jadual Pertama sebagai jalan alternatif bagi tempoh yang dalamnya penggunaan jalan (yang bukannya bahagian jalan yang dinyatakan dalam ruang (1) Jadual Pertama) oleh kenderaan berat itu berterusan menjadi mustahil atau tidak sesuai.
P.U. (B) 142 6
Bertarikh 11 Mac 2021
[KKR.PUU.110-1/6/15 Jld.8; PN(PU2)460/CIX]
DATO‘ SRI HAJI FADILLAH BIN HAJI YUSOF
Menteri Kanan Kerja Raya
P.U. (B) 142 7
ROAD TRANSPORT ACT 1987
NOTICE UNDER SECTION 70
The Senior Minister of Works proposes to make an order under section 70
of the Road Transport Act 1987 [Act 333], the effect of which will be to prohibit the driving or use of motor vehicles or mobile machineries with the unladen weight of five thousand kilogrammes and more (“heavy vehicles”), on the part of the road specified in column (1) of the First Schedule as shown on the map in the Second Schedule, on the day and time specified in column (2) of the First Schedule, with effect from 31 March 2021.
Exemption from such prohibition shall be given for the purposes and in circumstances specified in the Third Schedule.
Objections to the proposal, if any, must be sent in writing to the Director of the Road Facilities Maintenance Branch, Block D, Public Works Department Malaysia
Headquarters, Jalan Sultan Salahuddin, 50582 Kuala Lumpur or by e-mail to
CawSenggaraFasilitiJalan@jkr.gov.my on or before 19 March 2021.
P.U. (B) 142 8