Jadual
JADUAL/SCHEDULE
FATWA BERKENAAN HUKUM MENAWARKAN KHIDMAT DOA
Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah-Wilayah Persekutuan
Kali Ke-100 yang bersidang pada 27 Februari 2017 telah membincangkan perkara berkenaan dengan Hukum Menawarkan Khidmat Doa. Fatwanya adalah seperti yang berikut:
1.
Hukum menawarkan khidmat doa dengan menetapkan bayaran tertentu seperti valet doa atau apa-apa nama lain adalah haram kerana terdapat unsur eksploitasi agama Islam.
2.
P.U. (B) 315 3
Hukum ini dibuat bagi menghalang perkara-perkara yang boleh membawa kepada perbuatan menjual agama Islam atau menyebabkan agama Islam dipandang hina.
Bertarikh 28 Mei 2021
Dated 28 May 2021
[PMWP/100/20 Klt. 5; PN(PU2)530/Jld.15]
DATUK DR. LUQMAN BIN HAJI ABDULLAH
Mufti Wilayah-Wilayah Persekutuan/
Mufti for the Federal Territories