Jadual
JADUAL/SCHEDULE
FATWA BERKENAAN KEWAJIPAN MEMBAYAR ZAKAT PENDAPATAN
DI TEMPAT BEKERJA
Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah-Wilayah Persekutuan
Kali Ke-109 yang bersidang pada 31 Julai 2018 telah membincangkan perkara berkenaan dengan Kewajipan Membayar Zakat Pendapatan di Tempat Bekerja.
Fatwanya adalah seperti yang berikut:
Zakat pendapatan hendaklah dibayar oleh pembayar zakat di negeri tempat dia bekerja walaupun pembayar zakat itu tidak menetap di negeri tersebut. Sebagai contoh, sekiranya seseorang pembayar zakat bekerja di Wilayah Persekutuan Putrajaya tetapi menetap di negeri Selangor, zakat pendapatan bagi pembayar zakat itu hendaklah dibayar di Wilayah Persekutuan Putrajaya.
3
Bertarikh 28 Mei 2021
Dated 28 May 2021
[PMWP/100/20 Klt. 5; PN(PU2)530/Jld. 15]
DATUK DR. LUQMAN BIN HAJI ABDULLAH
Mufti Wilayah-Wilayah Persekutuan/
Mufti for the Federal Territories