Jadual
JADUAL/SCHEDULE
FATWA BERKENAAN DENGAN HUKUM MENGHISAP ROKOK ELEKTRONIK,
SHISHA DAN SHISHA STICK
Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah-Wilayah Persekutuan
Kali Ke-93 yang bersidang pada 25 Ogos 2015 telah membincangkan perkara berkenaan dengan hukum menghisap rokok elektronik, shisha dan shisha stick.
Fatwanya adalah:
Hukum menghisap rokok elektronik, shisha dan shisha stick adalah haram kerana mendatangkan mudarat kepada tubuh badan manusia. Firman Allah S.W.T. dalam surah Al-Baqarah, Ayat 195 yang bermaksud “...dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan”. Perkara ini selaras dengan
Kaedah Fiqhiyah: “Kemudaratan hendaklah dihilangkan”.
P.U. (B) 585 3
Bertarikh 22 November 2021
Dated 22 November 2021
[PMWP/100/20 Klt. 5; PN(PU2)530/Jld. 15]
DATUK DR. LUQMAN BIN HAJI ABDULLAH
Mufti Wilayah-Wilayah Persekutuan
Mufti for the Federal Territories