Jadual
JADUAL/SCHEDULE
FATWA BERKENAAN DENGAN PEMINDAHAN TANAH PERKUBURAN LAMA
DI LOT 192, SEKSYEN 56, JALAN HANG TUAH, MUKIM BANDAR KUALA LUMPUR
Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah-Wilayah Persekutuan
Kali Ke-62 yang bersidang pada 25 Oktober 2003 telah membincangkan perkara berkenaan dengan pemindahan tanah perkuburan lama di
Lot 192,
Seksyen 56, Jalan Hang Tuah, Mukim Bandar Kuala Lumpur. Fatwanya adalah:
Semua kubur di Tanah Perkuburan Lama di Lot 192, Seksyen 56, Jalan Hang Tuah,
Mukim Bandar Kuala Lumpur dipindahkan ke tanah perkuburan Islam baharu yang dikenali sebagai “Tanah Perkuburan Bab Al-Jannah” mengikut peraturan pemindahan kubur yang dikawal selia oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dengan penggunaan tanah yang seminimum mungkin.
P.U. (B) 586 3
Bertarikh 22 November 2021
Dated 22 November 2021
[PMWP/100/20 Klt. 5; PN(PU2)530/Jld. 15]
DATUK DR. LUQMAN BIN HAJI ABDULLAH
Mufti Wilayah-Wilayah Persekutuan
Mufti for the Federal Territories