Seksyen 1
Penghasilan terjemahan al-Quran tanpa disertakan dengan teks al-Quran dalam bahasa Arab adalah dilarang bagi menjaga kesucian al-Quran dan untuk mengelakkan kekeliruan terhadap al-Quran.
P.U. (B) 250 3 2.
Terjemahan al-Quran tanpa disertakan dengan teks al-Quran dalam bahasa Arab akan membawa kepada perkara seperti yang berikut:
(a)
anggapan bahawa terjemahan al-Quran tanpa teks al-Quran dalam bahasa Arab adalah kalam Allah yang terpelihara daripada kekurangan dan kesilapan; dan
(b)
membaca terjemahan al-Quran sahaja akan mengakibatkan masyarakat meninggalkan pembacaan teks al-Quran dalam bahasa Arab.
Bertarikh 20 April 2022
Dated 20 April 2022
[PMWP/100/20 Klt. 5; PN(PU2)530/Jld.16]
DATUK DR. LUQMAN BIN HJ. ABDULLAH
Mufti Wilayah-Wilayah Persekutuan/
Mufti for the Federal Territories