Jadual
JADUAL/SCHEDULE
FATWA BERKENAAN HUKUM PEMBAYARAN ZAKAT SECARA DALAM TALIAN
(ONLINE)
Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah-Wilayah Persekutuan
Kali Ke-116 yang bersidang pada 1 April 2019 telah membincangkan perkara berkenaan dengan Hukum Pembayaran Zakat Secara dalam Talian (Online). Fatwanya adalah seperti yang berikut:
1.
Hukum pembayaran zakat secara dalam talian adalah harus.
2.
P.U. (B) 365 3
Pembayaran zakat secara dalam talian adalah sah menurut hukum Syarak.
Dalam hal ini, akad yang dibuat secara dalam talian iaitu akad melalui tulisan mempunyai kesan yang sama seperti akad yang dibuat secara lisan.
Bertarikh 25 Julai 2022
Dated 25 July 2022
[PMWP/100/20 Klt. 5; PN(PU2)530/JLD. 16]
DATUK DR. LUQMAN BIN HAJI ABDULLAH
Mufti Wilayah-Wilayah Persekutuan/
Mufti for the Federal Territories