Seksyen 1
Hukum mengebumikan jenazah yang meninggal dunia akibat wabak atau musibah lebih daripada seorang dalam satu liang lahad adalah harus dalam keadaan darurat dan terdesak. Ini berdasarkan kepada pandangan Ibn Hajar al-Haitami yang menyatakan bahawa “(Tidak dikebumikan dua jenazah) dalam satu kubur melainkan kerana darurat
P.U. (B) 549 3
seperti kematian yang ramai atau kematian disebabkan wabak taun atau (bencana) yang memusnahkan atau selain daripadanya, dan sukar untuk mengasingkan setiap jenazah untuk satu kubur maka (jenazah) dikebumikan berdua atau tiga dalam satu kubur sepertimana ketika perang Uhud; maka sesungguhnya Rasulullah SAW memerintahkan agar mengebumikan jenazah secara berdua atau tiga disebabkan kematian yang ramai.”.