(Seksyen 264 dan Seksyen 265)
PEMBERITAHU PENANGGUHAN DAN TARIKH JUALAN LELONG AWAM
Saya, Roslan bin Ibrahim, Pentadbir Tanah Daerah Melaka Tengah, memberitahu bahawasanya tanah yang tersebut dalam Jadual di bawah ini dengan perintah telah mengisytiharkan dalam Warta Kerajaan Negeri Melaka Jilid 43 Keluaran
No. 4 bertarikh 18-2-1999 (Perisytiharan No. 38) supaya dijual dengan lelong awam pada 4-3-1999 dengan harga rizab RM240,000.00 di Pejabat Daerah dan
Tanah Melaka Tengah, Melaka, mengikut kuasa-kuasa yang diberi oleh seksyen 263 Kanun Tanah Negara.
WARTA KERAJAAN NEGERI MELAKA
26hb April 2001]
135
Dan bahawasanya mengikut kuasa-kuasa yang diberi oleh seksyen 264 Kanun
Tanah Negara, saya dapati patut menangguhkan penjualan yang telah diperintahkan di bawah seksyen 263 itu.
Dan selanjutnya saya memberitahu bahawa jualan dengan lelong awam tanah yang tersebut itu akan diadakan di tempat yang sama pada hari Jumaat, 18 Mei 2001 pukul 10.45 pagi dengan harga rizab RM240,000.00.