Skip to content
State Subsidiary LegislationIn force

Fatwa di Bawah Seksyen 36

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Fatwa di Bawah Seksyen 36 is Malaysia State Subsidiary Legislation, cited as State Subsidiary Legislation No. 324, currently marked in force.

Front matterCover and publication detailsOpen

FATWA DI BAWAH SEKSYEN 36

FATWA UNDER SECTION 36

Fatwa yang dinyatakan dalam Jadual telah disediakan oleh Jawatankuasa Fatwa di bawah seksyen 35 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Melaka) 2002

[En. No. 7 tahun 2002] dan telah dikemukakan kepada Majlis oleh Mufti, bagi pihak dan atas nama Jawatankuasa Fatwa, menurut subseksyen 36(3), dan telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong di bawah subseksyen 36(4) bagi penyiaran fatwa itu dalam Warta dan telah dimaklumkan kepada

Kerajaan Negeri menurut subseksyen 36(6) fatwa itu adalah disiarkan dalam

Warta di bawah subseksyen itu.

The Fatwa set out in the Schedule was prepared by the Fatwa Committee under section 35 of the Administration of the Religion of Islam (State of Malacca)

Enactment 2002 [En. No. 7 of 2002] and has been submitted to the Majlis by the Mufti, on behalf and in the name of the Fatwa Committee, pursuant to subsection 36(3), and the Yang di-Pertuan Agong has given his assent under subsection 36(4) for the publication of the fatwa in the Gazette and the State

Government has been informed of the fatwa pursuant to subsection 36(6) and the fatwa is published the Gazette under that subsection.

17hb Ogos 2017]

757

JADUAL/SCHEDULE

(1)

Bahawa fahaman dan ajaran Millah Abraham @ Ibrahim adalah menyeleweng dan bertentangan dengan ajaran Islam kerana mengandungi elemen-elemen meragukan antaranya seperti berikut:

(a)

membawa ajaran dan kerajaan baru (Millah Abraham @ Ibrahim);

(b)

mendakwa ada rasul selepas Nabi Muhammad S.A.W.;

(c)

mensyirikkan golongan yang tidak mengikuti Millah Abraham @

Ibrahim;

(d)

menggabungkan tiga (3) ajaran agama iaitu Islam, Kristian dan

Yahudi;

(e)

menyalah ertikan maksud kiamat;

(f)

memahami al-Quran mengikut tafsiran sendiri;

(g)

meninggalkan solat lima waktu dan solat jumaat;

(h)

taksub dan memutuskan hubungan keluarga dan suami isteri; dan

(i)

perjanjian (bai’ah) oleh anggota Millah Abraham.

(2)

Mana-mana orang Islam sama ada secara individu atau berkumpulan adalah dilarang untuk berpegang kepada fahaman atau ajaran Millah Abraham

@ Ibrahim atau menjadi pengikut kepada fahaman atau ajaran tersebut atau apa-apa fahaman atau ajaran yang mempunyai persamaan dengan fahaman atau ajaran tersebut dan sesiapa yang sengaja melakukannya adalah disifatkan mengamalkan ajaran, pegangan dan fahaman yang bercanggah dengan ajaran Islam yang sebenar;

(3)

Mana-mana orang Islam sama ada secara individu atau berkumpulan adalah dilarang berada di dalam majlis, perayaan atau sambutan keraian yang boleh dikaitkan dengan fahaman atau ajaran Millah Abraham @

Ibrahim atau mereka berpegang dengan fahaman atau ajaran tersebut atau apa-apa fahaman atau ajaran yang mempunyai persamaan dengannya dan sesiapa yang sengaja melakukannya adalah disifatkan mengamalkan ajaran, pegangan dan fahaman yang bercanggah dengan ajaran Islam yang sebenar;

(4)

Mana-mana orang Islam sama ada secara individu atau berkumpulan yang mengisytiharkan diri sebagai orang yang berpegang dengan fahaman atau ajaran tersebut atau apa-apa fahaman atau ajaran yang mempunyai persamaan dengannya melalui pengakuan bersumpah atau apa-apa kaedah lain adalah disifatkan mengamalkan ajaran, pegangan dan fahaman yang bercanggah dengan ajaran Islam yang sebenar;

[17hb Ogos 2017 758

(5)

Mana-mana orang Islam sama ada secara individu atau berkumpulan yang menjadi ahli atau pengikut kepada mereka yang berpegang dengan fahaman atau ajaran tersebut atau apa-apa fahaman atau ajaran yang mempunyai persamaan dengannya dengan berselindung di sebalik apa-apa aktiviti ekonomi, perniagaan, pendidikan, kesenian dan sebagainya melalui pertubuhan, persatuan atau syarikat, yang mempunyai unsur-unsur persamaan dengan ajaran, pegangan dan fahaman mereka yang berpegang dengan fahaman atau ajaran tersebut atau apa-apa fahaman atau ajaran yang mempunyai persamaan dengannya adalah disifatkan mengamalkan ajaran, pegangan dan fahaman yang bercanggah dengan ajaran Islam yang sebenar;

(6)

Mana-mana orang Islam sama ada secara individu atau berkumpulan melalui pertubuhan, persatuan atau syarikat yang cuba menghidupkan kembali ajaran dan fahaman mereka yang berpegang dengan fahaman atau ajaran tersebut atau apa-apa fahaman atau ajaran yang mempunyai persamaan dengannya sama ada melalui apa-apa rangkaian, atau mana-mana pertubuhan atau persatuan yang mempunyai unsur-unsur persamaan dengan ajaran, pegangan dan fahaman mereka yang berpegang dengan fahaman atau ajaran tersebut adalah disifatkan mengamalkan ajaran, pegangan dan fahaman yang bercanggah dengan ajaran Islam yang sebenar;

(7)

Mana-mana orang Islam sama ada secara individu atau berkumpulan yang mengajar, menganjur, mengadakan, membantu menjayakan apa-apa perayaan, sambutan keraian atau majlis yang boleh dikaitkan dengan fahaman mereka yang berpegang dengan fahaman atau ajaran tersebut atau apa-apa fahaman atau ajaran yang mempunyai persamaan dengannya adalah disifatkan mengamalkan ajaran, pegangan dan fahaman yang bercanggah dengan ajaran Islam yang sebenar;

(8)

Apa-apa variasi, versi, bentuk atau cabang mana-mana ajaran, pegangan atau fahaman baru yang mempunyai persamaan dengan unsur-unsur ajaran, pegangan dan fahaman mereka yang berpegang dengan fahaman atau ajaran tersebut atau apa-apa fahaman atau ajaran yang mempunyai persamaan dengannya adalah disifatkan mengamalkan ajaran, pegangan dan fahaman yang bercanggah dengan ajaran Islam yang sebenar;

(9)

Apa-apa jua bahan publisiti dan sebaran yang menonjolkan ajaran, pegangan atau fahaman mereka yang berpegang dengan fahaman atau ajaran tersebut atau apa-apa fahaman atau ajaran yang mempunyai persamaan dengannya atau apa-apa ajaran, pegangan atau fahaman baru yang mempunyai persamaan dengan unsur-unsur ajaran, pegangan dan fahaman mereka yang berpegang dengan fahaman atau ajaran tersebut dalam apa jua bentuk penerbitan dan cetakan atau siaran dalam mana-mana laman sesawang, blog, facebook, twitter atau media sosial lain adalah diharamkan;

(10)

Mana-mana orang Islam sama ada secara individu atau berkumpulan adalah juga dilarang memiliki, menyimpan, mencetak, menjual atau mengedar filem, rakaman audio, risalah, buku-buku, majalah atau apa-apa terbitan, risalah atau apa-apa dokumen menggunakan sebarang bentuk lambang, rajah atau tanda-tanda yang boleh mengaitkan ajaran dan fahaman mereka yang berpegang dengan fahaman atau ajaran tersebut atau apa-apa fahaman atau ajaran yang mempunyai persamaan dengannya;

17hb Ogos 2017]

759

(11)

Semua pihak adalah dilarang dan ditegah daripada memberi apa jua kemudahan, sumbangan dan bantuan kepada mereka yang berpegang dengan fahaman dan ajaran tersebut atau apa-apa fahaman atau ajaran yang mempunyai persamaan dengannya daripada mengamalkan, menyebarkan dan mengembangkan fahaman dan ajaran kumpulan tersebut di negeri

Melaka;

(12)

Mana-mana orang Islam sama ada secara individu atau berkumpulan yang melakukan perkara-perkara di atas adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh diambil tindakan di bawah undang-undang yang berkuat kuasa di negeri Melaka; dan

(13)

Mana-mana orang Islam sama ada secara individu atau berkumpulan yang telah berbai’ah (taat setia) dan mengamalkan fahaman atau ajaran

Millah Abraham @ Ibrahim atau mereka yang berpegang dengan fahaman atau ajaran tersebut atau apa-apa fahaman atau ajaran yang mempunyai persamaan dengannya di mana-mana jua berada hendaklah segera bertaubat serta memohon keampunan kepada Allah Subhanahu

Wata’la.

Bertarikh 20 Julai 2017

Dated 20 July 2017

[JMM/BFB(S)/351/255/01/18;

PUNM. 700-02/37 Jilid 4]

DATUK SERI IR. HJ. IDRIS BIN HJ. HARON

Pengerusi/Chairman

Majlis Agama Islam

Melaka

Something wrong on this page?

If one provision's text doesn't match the official source, use Suggest a fix beside that provision — it opens an editor next to the source document. For anything else — a missing amendment, a broken link, out-of-date content, or a removal request — report it here.