Jadual
JADUAL/SCHEDULE
Sebutan dan tempoh panggilan muallaf bagi seseorang yang baru memeluk agama Islam adalah bersifat uruf semata-mata dan tiada sebarang nas yang menetapkannya;
WARTA KERAJAAN NEGERI MELAKA
17hb Ogos 2017]
761
Had tempoh panggilan muallaf bagi seseorang yang baru memeluk agama
Islam di negeri Melaka ialah selama 5 tahun berdasarkan ‘uruf yang dikira dari tarikh pendaftaran memeluk Islam dengan syarat mereka telah mengikuti kelas-kelas bimbingan Islam yang diiktiraf atau dianjurkan oleh Majlis Agama Islam Melaka;
Majlis Agama Islam Melaka hendaklah membiayai segala kos pembelajaran bimbingan Islam bagi muallaf-muallaf berkenaan selama tempoh 5 tahun tersebut;
Selepas tempoh 5 tahun, pemberian zakat dinilai berdasarkan kelayakan di bawah asnaf fakir dan miskin atau asnaf-asnaf lain yang bersesuaian.
Bertarikh 20 Julai 2017
Dated 20 July 2017
[JMM/BFB(S)/351/255/06/05;
PUNM. 700-02/37 Jilid 4]
DATUK SERI IR. HJ. IDRIS BIN HJ. HARON
Pengerusi/Chairman
Majlis Agama Islam
Melaka