Skip to content
State Subsidiary LegislationIn force

Jadual II

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Jadual II is Malaysia State Subsidiary Legislation, cited as State Subsidiary Legislation No. 156, currently marked in force.

Front matterCover and publication detailsOpen

JADUAL II

(Peraturan 6)

KEPUTUSAN/PERINTAH PESURUHJAYA

Negeri Pulau Pinang, Seberang Perai Utara

Kepada: Sesiapa jua yang berkenaan.

No. Siasatan: 1/2000

Siasatan di bawah seksyen 84 terhadap pegangan No. 3067 Mukim 11, Seberang Perai

Utara.

141 10 Mei 2001]

WARTA KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG

Pendapat:

Saya berpendapat seperti berikut—

(i)

Hakmilik tanah pegangan ini menjadi tidak terang kerana pejabat ini tidak dapat menentukan tuan tanah yang sebenar bagi tanah pegangan ini;

(ii)

Setelah siasatan dibuat didapati bahawa tanah ini telah diperintah oleh

Sepiah binti Man sejak diawal tahun 1950’an hinggalah sekarang ini tanpa gangguan dari sesiapapun;

(iii)

Tanah ini pada asalnya diperintah oleh bapa beliau dan meninggal dunia diawal tahun 1959’an. Sejak itu Sepiahlah yang mengerjakan tanah ini;

(iv)

Terdapat sebuah rumah di atas tanah ini;

(v)

Sepiah mempunyai empat beradik dan adik beradik yang lain atau keluarga mereka telah mempersetujui yang tanah ini didaftarkan ke atas nama

Sepiah;

(vi)

Oleh kerana pemerintahan Sepiah telah meliputi 12 tahun sebelum 1-1-66

maka saya berpuas hati untuk mengsahkan milikan beliau sebagai milik lama.

2.

Oleh yang demikian, saya memberi keputusan seperti berikut—

(i)

Batalkan catatan hakmilik tak terang;

(ii)

Batalkan nama-nama tuan tanah yang berdaftar;

(iii)

Daftarkan nama Sepiah binti Man—kesemua bahagian.

Diperbuat di bawah tandatangan saya dan meterai pada 17 April 2001.

[PHMT/A/C/3/DSPU/14222.]

WAN RUHANI BINTI WAN DAUD,

Timbalan Pengarah Hakmilik Geran Tanah,

Pulau Pinang

Something wrong on this page?

If one provision's text doesn't match the official source, use Suggest a fix beside that provision — it opens an editor next to the source document. For anything else — a missing amendment, a broken link, out-of-date content, or a removal request — report it here.