Skip to content
State Subsidiary LegislationIn force

Fatwa di Bawah Seksyen 36

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Fatwa di Bawah Seksyen 36 is Malaysia State Subsidiary Legislation, cited as State Subsidiary Legislation No. 289, currently marked in force.

Front matterCover and publication detailsOpen

FATWA DI BAWAH SEKSYEN 36

FATWA UNDER SECTION 36

Opening note

Preamble

  1. Pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh subseksyen 36(1) dan (2) Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang 1993, Mufti bagi Negeri Pulau Pinang membuat fatwa seperti yang dinyatakan dalam Jadual.

Opening note

Preamble

  1. In exercise of the powers conferred by subsection 36(1) and (2) of the Administration of Islamic Religious Affairs Enactment of the State of Penang 1993, the Mufti of the State of Penang makes the fatwa as specified in the Schedule.

JADUAL/SCHEDULE

1.

Bahawa Ajaran dan Fahaman Perjalanan 21 Laduni Rahmatullah

(Ajaran Ismail bin Harun) adalah bercanggah dan menyeleweng dari pegangan Ahli Sunnah Wal Jama’ah dan menjadi ancaman kepada perpaduan ummah, keutuhan agama, perpaduan bangsa dan keamanan negara.

En. No. 7/1993.

En. No. 7/1993.

TAMBAHAN

No. 1

Jld. 47

Bil. 20

478

[25 Sept. 2003

2.

Fahaman dan ajaran ini perlu disekat keseluruhannya dari berkembang di Negeri Pulau Pinang berdasarkan percanggahan yang terdapat di dalam ajaran tersebut meliputi kepada beberapa perkara berikut:

2.1

Di antara Ajarannya:

2.1.1

Kumpulan ajaran yang dipimpin oleh Ismail bin Harun ini dinamakan Laduni kerana ilmu ajaran ini adalah suatu ilmu yang terlalu rahsia dan hanya diketahui oleh beliau (Ismail bin Harun) dan Allah sahaja.

2.1.2

Ismail mendakwa bahawa ilmu ini diberitahu oleh

Allah s.w.t. yang sentiasa berada dengannya secara terus sebagai saksi dengan gelaran Yang Mulia Rabbul

Jalil Habibullah Haji Ismail As-Siddiq r.a.

2.1.3

Melalui ajaran perjalanan tersebut, Ismail mendakwa dapat memberi apa sahaja yang dipohon atau dipinta oleh pengikutnya dengan mendakwa bahawa (Ismail bin Harun) maha mengetahui.

2.1.4

Ismail dikatakan mula mendapat ilmu Laduni

Rahmatullah ketika berumur 45 tahun dan mula mendapat ilmu tersebut, pada waktu petang di mana beliau mendakwa bahawa Malaikat Jibrail telah datang dan menyampaikan wahyu kepadanya semasa beliau dalam keadaan sedar dan jaga.

2.1.5

Beliau mendakwa bahawa beliau diajar dan dididik oleh wali-wali Allah. Di antara wali-wali yang datang kepadanya ialah bernama Al-Mutalib—bangsa Arab,

Tok Janggut, Lukman Al-Hakim dan Habib Nuh. Beliau juga mendakwa bahawa Rasulullah dan empat orang sahabat Baginda telah memberi bimbingan dan tunjuk ajar sehingga beliau mencapai tahap yang tertinggi iaitu

Rabbul Jalil.

2.1.6

Kalimah “Salamun Khairan Kathira, Ya Allah Ya

Rahman, Ya Rahimmakumullah, Tiada hak bagiku yang berhak itu Allah, tiada kuasa bagiku yang berkuasa itu Allah, Apa kataku kata Allah, Tiada lain hanya

Allah” hendaklah dibaca dan diamalkan oleh pengikut sebagai zikir harian.

2.1.7

Mendakwa diri sebagai Hakim Kaabah Rabbul Jalil dan sesiapa yang hendak pergi menunaikan haji perlu menghakimkan terlebih dahulu kepada Ismail Harun untuk mendapatkan kepastian sama ada seseorang itu akan mendapat haji mabrur atau tidak.

479 25 Sept. 2003]

2.1.8

Mendakwa Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. datang mengajar di rumahnya melalui tubuh badan dua orang anak muridnya iaitu Mat Deraman dan Ghazali bin

Mohd. Hashim.

2.1.9

Pembelian Al-Quran mestilah dirujukkan kepada beliau untuk mendapatkan “hikmah” melalui proses tertentu yang dijalankan oleh beliau sendiri.

2.1.10

Beliau mendakwa kepada pengikutnya sekiranya keluar dari ajaran ini, mereka akan mendapat bencana seperti mati atau gila dan bagi pengikut yang menarik diri daripada ajaran ini, mereka tidak akan diterima oleh

Allah dan tempatnya adalah neraka.

2.1.11

Beliau juga mendakwa mempunyai kuasa untuk mematikan atau memanjangkan hayat seseorang itu apabila mempelajari ilmu perjalanan 21 Laduni

Rahmatullah ini. Beliau turut mendakwa boleh berkomunikasi secara terus dengan Allah.

2.1.12

Mendakwa setiap manusia mempunyai roh syirik dan perlu membersihkan diri dengan cara mempelajari ilmu

Ajaran perjalanan 21 Laduni Rahmatullah. Beliau juga mendakwa bahawa dosa seseorang itu akan terhapus sekiranya berguru dengannya.

2.1.13

Beliau mendakwa bahawa tanpa beliau dunia akan kiamat kerana dengan ilmu perjalanan 21 Laduni

Rahmatullah ini mampu untuk melambatkan kedatangan hari kiamat.

2.1.14

Setiap pengikutnya turut dianugerahi wali olehnya mengikut tahap kepatuhan ilmu yang dipelajari tersebut.

Setiap tindakan dan geraklaku harian mereka mestilah merujuk kepada wali-wali tersebut.

2.1.15

Tidak membenarkan ahli-ahlinya membaca ayat Kursi dan Surah Yasin kerana mendakwa ianya tidak mempunyai apa-apa kelebihan.

2.2

Cara Pengajaran:

2.2.1

Dalam ajarannya, mengatakan bahawa pertalian Nabi

Khidir dengan Nabi Musa adalah seperti talian Yang

Mulia (Ismail Harun) dengan hubungan mereka (murid-murid).

2.2.2

Mengatakan bahawa Nabi Khidir itu ialah Allah kerana mempunyai Sifatullah.

480

[25 Sept. 2003

2.2.3

Setiap pengikut yang berjumpa dengannya perlu bersalam dengannya yang duduk di atas katil. Tidak boleh duduk di sebelah kanannya kerana mendakwa ada

Rasulullah s.a.w. dan di sebelah kirinya terdapat empat orang sahabat.

3.

Oleh itu, mana-mana orang Islam yang mengajar, mengamal dan menyebar ajaran ini hendaklah segera bertaubat serta memohon keampunan daripada Allah s.w.t.

4.

Mana-mana orang Islam atau kumpulan yang berpegang kepada ajaran dan fahaman-fahaman tersebut adalah dilarang sama sekali kerana ia bercanggah dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jama’ah—

(a)

untuk mengajar, mempelajari, mengamalkan, berpegang kepada atau menyebarkan ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam Ajaran dan Fahaman Perjalanan 21 Laduni

Rahmatullah (Ajaran Ismail bin Harun);

(b)

untuk menerbitkan apa-apa bentuk, versi atau variasinya atau apa-apa terjemahannya dalam apa-apa bahasa atau apa-apa bahan publisiti atau atas apa-apa bahan, sama ada bahan cetak atau elektronik atau selainnya atau melalui apa-apa media, atau apa-apa kaedah yang boleh membawa kepada penyebaran ajaran-ajaran tersebut; atau

(c)

untuk menjadi anggota atau memimpin mana-mana golongan ajaran atau fahaman atau membantu dalam menghidupkan atau mengembangkan kumpulan sedemikian.

5.

Fatwa di bawah seksyen 36 yang telah disiarkan pada 5 Disember 2002 adalah dimansuhkan.

Pg.G.N.

299/2002.

481 25 Sept. 2003]

482

[25 Sept. 2003

483 25 Sept. 2003]

484

[25 Sept. 2003

Bertarikh 19 September 2003.

Dated 19 September 2003.

[Bil.

(47)

dlm. PU/PP 3200 Jld. 1.]

DATO’ HAJI HASSAN BIN HAJI AHMAD,

Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang

(Pencetak kepada Kerajaan Malaysia yang dilantik).

CAWANGAN ALOR STAR

Pg.G.N.

299/2002.

Something wrong on this page?

If one provision's text doesn't match the official source, use Suggest a fix beside that provision — it opens an editor next to the source document. For anything else — a missing amendment, a broken link, out-of-date content, or a removal request — report it here.