Skip to content
State Subsidiary LegislationIn force

Fatwa di Bawah Seksyen 48

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Fatwa di Bawah Seksyen 48 is Malaysia State Subsidiary Legislation, cited as State Subsidiary Legislation No. 239, currently marked in force.

Front matterCover and publication detailsOpen

FATWA DI BAWAH SEKSYEN 48

Opening note

Preamble

  1. Pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh subseksyen 48(3) dan (4) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Pulau Pinang) 2004, Mufti Negeri Pulau Pinang atas perkenan Yang di-Pertuan Agong membuat fatwa seperti yang dinyatakan dalam Jadual. 385 29hb April 2010]

JADUAL

FATWA MENGENAI AJARAN TOK HUSIN JANGGUT/

ILMU TAJALLI AHMAD LAKSAMANA

Bahawa Ajaran Tok Husin Janggut/Ilmu Tajalli Ahmad Laksamana didapati menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar. Oleh itu, orang Islam adalah dilarang mengamalkan ajaran tersebut dan orang Islam yang mengamalkannya boleh dikenakan tindakan undang-undang. Di antara ciri-ciri ajaran ini ialah:

(i)

Tidak mengamalkan Syariat Islam seperti sembahyang, puasa mengeluarkan zakat dan lain-lain;

(ii)

Merasakan dirinya telah mencapai martabat atau darjat “ilmu hakikat”

iaitu suatu tahap di mana diri telah menjadi suci dan tidak perlu lagi melakukan ibadah sembahyang.

(iii)

Berpegang dan menjadikan kitab

(ad Dur an Nafis)

sebagai rujukan utama (buku ini dari sudut akidah telah menyeleweng dari pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dan telah diwartakan haram oleh JAKIM kerana berpegang dengan ajaran Wahdatul Wujud) dan juga kitab

(Syarh Usul al Tahqiq) sebagai kitab rujukan kedua;

(iv)

Mengatakan dirinya tuhan seperti pengakuan yang dibuat olehnya di dalam sesi soal siasat bersama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam dan

Jabatan Mufti, seperti “Yang dok bercakap ni lah tuhan/Allah……”;

(v)

Berpegang kepada konsep iaitu manusia tiada daya upaya untuk bergerak hatta walaupun untuk pergi membuang air besar. Semuanya berlaku adalah kerana wujudnya Allah dalam diri manusia sehinggakan di dalam diri binatang sekalipun;

(vi)

Mengaku dirinya sudah tidak mempunyai iman/tidak beriman;

(vii)

Berpegang kepada konsep Wahdatul Wujud iaitu menyamakan sifat dan zat Allah dengan benda baru atau makhluk ciptaan-Nya sedangkan

Allah bersifat dengan

;

(viii)

Manusia tidak boleh menyebut kalimah Allah kerana sekiranya disebut akan menjadi syirik; dan

(ix)

Mempersoalkan kalimah “Allah” sama ada Ia disembah pada namanya

“Allah” atau pada hurufnya “alif lam lam ha”.

Bertarikh 7 Januari 2010

[JMNPP/(S)/19/1101/001(16); PUNPP 152.100.1/2/2 Jld. 2]

DATUK HAJI HASSAN BIN HAJI AHMAD

Mufti Kerajaan Negeri

Pulau Pinang

386

[29hb April 2010

387 29hb April 2010]

388

[29hb April 2010

Something wrong on this page?

If one provision's text doesn't match the official source, use Suggest a fix beside that provision — it opens an editor next to the source document. For anything else — a missing amendment, a broken link, out-of-date content, or a removal request — report it here.