Jadual
JADUAL
FATWA MENGENAI KALIMAH-KALIMAH SUCI YANG KHUSUS
BAGI AGAMA-AGAMA ISLAM DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN
AGAMA-AGAMA BUKAN ISLAM
1.
Bahawa kalimah-kalimah yang berkaitan dengan kesucian agama Islam adalah khusus bagi agama dan orang Islam sahaja. Oleh itu ia tidak boleh diguna atau disamakan dengan agama-agama bukan Islam.
2.
Orang Islam perlu peka dan bertanggungjawab dalam isu ini. Sikap membenarkan sesiapa sahaja menggunakan kalimah-kalimah tersebut semata-mata untuk menunjukkan bahawa Islam meraikan agama lain hanya akan mendatangkan mudharat yang besar kepada agama dan orang Islam.
3.
Oleh itu orang Islam wajib menjaganya dengan cara yang terbaik dan sekiranya terdapat unsur-unsur penghinaan dan penyalahgunaan terhadap kalimah-kalimah tersebut, maka ia perlu disekat mengikut peruntukan undang-undang yang telah termaktub.
4.
Kalimah-kalimah tersebut ialah seperti berikut:
1.
Allah 21.
Imam 2.
Firman Allah 22.
Nabi 3.
Ulama’
23.
Sheikh 4.
Hadith 24.
Khutbah 5.
Ibadah 25.
Tabligh 6.
Kaabah 26.
Akhirat 7.
Qadhi 27.
Azan 8.
Ilahi 28.
Al Quran 9.
Wahyu 29.
As Sunnah 10.
Mubaligh 30.
Auliya’
11.
Syariah 31.
Karamah 12.
Qiblat 32.
Syahadah 13.
Haji 33.
Masjid 14.
Mufti 34.
Baitullah 15.
Rasul 35.
Surau 16.
Iman 36.
Musolla 17.
Dakwah 37.
Zakat Fitrah 18.
Solat 38.
Hajjah 19.
Wali 39.
Taqwa 20.
Fatwa 40.
Soleh
389 29hb April 2010]
5.
Oleh itu, mana-mana orang bukan Islam yang menulis atau menerbitkan apa-apa bentuk, versi atau variasinya atau apa-apa terjemahannya dalam apa-apa bahasa atau apa-apa bahan publisiti atau apa-apa bahan sama ada bahan cetak atau elektronik atau selainnya atau melalui apa-apa media atau apa-apa kaedah lain yang boleh membawa kepada menghina kesucian agama Islam adalah salah dan dilarang serta menjadi satu kesalahan.
Bertarikh 7 Januari 2010
[JMNPP/(S)/19/1101/001(16); PUNPP 152.100.1/2/2(1) Jld. 2]
DATUK HAJI HASSAN BIN HAJI AHMAD
Mufti Kerajaan Negeri
Pulau Pinang
390
[29hb April 2010
391 29hb April 2010]
KANUN TANAH NEGARA
(Akta 56 tahun 1965)
NATIONAL LAND CODE
(Act 56 of 1965)