Skip to content
State Subsidiary LegislationIn force

Enakmen Pentadbiran Agama Islam

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Enakmen Pentadbiran Agama Islam is Malaysia State Subsidiary Legislation, cited as State Subsidiary Legislation No. 1050, currently marked in force.

Front matterCover and publication detailsOpen

ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM

(NEGERI PULAU PINANG) 2004

FATWA DI BAWAH SEKSYEN 48

Opening note

Preamble

  1. Pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen 48 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Pulau Pinang) 2004 [Enakmen 2], atas perkenan Yang di-Pertuan Agong, Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang, membuat fatwa sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual.

JADUAL

AJARAN QADIANI/AHMADIAH

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang Bil. 2/2017 telah membincangkan mengenai Ajaran Qadiani/Ahmadiah dan memutuskan seperti yang berikut:

i. Ajaran Qadiani/Ahmadiah adalah sesat dan terkeluar daripada ajaran

Islam.

ii. Pengikut Ajaran Qadiani/Ahmadiah adalah terkeluar daripada Islam dan tidak boleh menikmati hak-hak sebagai seorang Islam termasuk pengkebumian dalam tanah perkuburan Islam.

iii. Ajaran Qadiani/Ahmadiah adalah satu ajaran yang menyalahi daripada ajaran Islam yang sebenarnya dan pengikut-pengikut ajaran Qadiani/

Ahmadiah ini telah dihukumkan kafir oleh ulamak-ulamak Islam di serata dunia.

931 2hb Ogos 2018]

WARTA KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG iv. Antara ciri-ciri ajaran ini ialah:

(a)

Mirza Ghulan Ahmad mendakwa dirinya:

i. sebagai Nabi yang menerima wahyu;

ii. sebagai Imam Mahadi;

iii. sebagai Isa Al Masih;

iv. mempunyai mukjizat; dan

v. para Nabi menyaksikan dirinya.

(b)

Malaikat sebagai pancaindera Tuhan;

(c)

Nabi Isa A.S. telah mati seperti manusia biasa dan dikebumikan di Srinagar;

(d)

Ibadah Haji di Qadian, India;

(e)

menafikan Jihad; dan

(f)

mengubah ayat-ayat Al-Quran.

v. Orang-orang Islam adalah dilarang menjual, mengedar, membeli, memiliki atau memberi ceramah tentang isi kandungan buku-buku berikut:

(a)

“Invitation To Ahmadiyah” yang dikarang oleh Hazrat Hj. Mirza

Bashir-ud-din Ahmad (Khalifatul Masih II);

(b)

“Penawar Racun Fitnah Terhadap Ahmadiyyah” yang ditulis oleh

Pengurus Besar Jema’at Ahmadiah;

(c)

“Alam Sebagai Saksi” yang dikarang oleh Mohamad Zain bin

Hasan; dan

(d)

“The Holy Quran with English Translation And Commentary”

(Vol II, Part I) yang dikarang oleh M. Masu’d Ahmad.

vi. Apa-apa jua bahan publisiti dan sebaran yang menonjolkan ajaran atau fahaman Qadiani/Ahmadiah dan lain-lain yang berkaitan dengannya atau apa-apa ajaran, pegangan atau fahaman baharu yang mempunyai persamaan dengan unsur-unsur ajaran dan ciri-ciri fahaman Qadiani/

Ahmadiah dalam apa jua bentuk penerbitan dan cetakan atau siaran dalam mana-mana laman sesawang, blog, facebook, twitter atau media sosial lain adalah diharamkan.

932

[2hb Ogos 2018

WARTA KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG vii. Mana-mana orang Islam adalah juga dilarang memiliki, menyimpan, mencetak, menjual atau mengedar filem, rakaman audio, risalah, buku-buku, majalah atau apa-apa terbitan, risalah atau apa-apa dokumen;

menggunakan sebarang bentuk lambang, rajah atau tanda-tanda yang boleh mengaitkan ajaran dan fahaman Qadiani/Ahmadiah dan lain-lain yang berkaitan dengannya.

viii. Semua pihak adalah dilarang dan ditegah daripada memberi apa jua kemudahan, sumbangan dan bantuan kepada pengikut ajaran dan fahaman Qadiani/Ahmadiah daripada mengamalkan, menyebarkan dan mengembangkan ajaran dan fahaman ini di Negeri Pulau Pinang.

ix. Oleh yang demikian:

(a)

mana-mana orang atau kumpulan orang yang berpegang pada ajaran dan fahaman Qadiani/Ahmadiah ini adalah murtad;

(b)

orang Islam yang telah mengamalkan ajaran Qadiani/Ahmadiah di mana-mana jua berada hendaklah segera bertaubat serta memohon keampunan kepada Allah Ta’ala; dan

(c)

mana-mana orang Islam yang melakukan apa-apa perbuatan dalam perenggan (v), (vi), (vii) dan (viii) adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh diambil tindakan di bawah undang-undang yang berkuat kuasa di Negeri Pulau Pinang.

Bertarikh 4 Jun 2018

[JMNPP/(S)/19/1101/002(10); PUNPP 352/100/1/2/EA/1 Jld. 4]

DATO’ DR. WAN SALIM BIN WAN MOHD. NOOR

Mufti Kerajaan Negeri

Pulau Pinang

ADMINISTRATION OF THE RELIGION OF ISLAM

(STATE OF PENANG) ENACTMENT 2004

FATWA UNDER SECTION 48

In exercise of the powers conferred by section 48 of the Administration of the Religion of Islam (State of Penang) Enactment 2004 [Enactment 2], on the assent of the Yang di-Pertuan Agong, the Fatwa Committee for the State of Penang, makes the fatwa as set out in the Schedule.

AJARAN QADIANI/AHMADIAH

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang Bil. 2/2017 telah membincangkan mengenai Ajaran Qadiani/Ahmadiah dan memutuskan seperti yang berikut:

i. Ajaran Qadiani/Ahmadiah adalah sesat dan terkeluar daripada ajaran

Islam.

933 2hb Ogos 2018]

WARTA KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG ii. Pengikut Ajaran Qadiani/Ahmadiah adalah terkeluar daripada Islam dan tidak boleh menikmati hak-hak sebagai seorang Islam termasuk pengkebumian dalam tanah perkuburan Islam.

iii. Ajaran Qadiani/Ahmadiah adalah satu ajaran yang menyalahi daripada ajaran Islam yang sebenarnya dan pengikut-pengikut ajaran Qadiani/

Ahmadiah ini telah dihukumkan kafir oleh ulamak-ulamak Islam di serata dunia.

iv. Antara ciri-ciri ajaran ini ialah:

(a)

Mirza Ghulan Ahmad mendakwa dirinya:

i. sebagai Nabi yang menerima wahyu;

ii. sebagai Imam Mahadi;

iii. sebagai Isa Al Masih;

iv. mempunyai mukjizat; dan

v. para Nabi menyaksikan dirinya.

(b)

Malaikat sebagai pancaindera Tuhan;

(c)

Nabi Isa A.S. telah mati seperti manusia biasa dan dikebumikan di Srinagar;

(d)

Ibadah Haji di Qadian, India;

(e)

menafikan Jihad; dan

(f)

mengubah ayat-ayat Al-Quran.

v. Orang-orang Islam adalah dilarang menjual, mengedar, membeli, memiliki atau memberi ceramah tentang isi kandungan buku-buku berikut:

(a)

“Invitation To Ahmadiyah” yang dikarang oleh Hazrat Hj. Mirza

Bashir-ud-din Ahmad (Khalifatul Masih II);

(b)

“Penawar Racun Fitnah Terhadap Ahmadiyyah” yang ditulis oleh Pengurus Besar Jema’at Ahmadiah;

(c)

“Alam Sebagai Saksi” yang dikarang oleh Mohamad Zain bin

Hasan; dan

(d)

“The Holy Quran with English Translation And Commentary”

(Vol II, Part I) yang dikarang oleh M. Masu’d Ahmad.

934

[2hb Ogos 2018

WARTA KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG vi. Apa-apa jua bahan publisiti dan sebaran yang menonjolkan ajaran atau fahaman Qadiani/Ahmadiah dan lain-lain yang berkaitan dengannya atau apa-apa ajaran, pegangan atau fahaman baharu yang mempunyai persamaan dengan unsur-unsur ajaran dan ciri-ciri fahaman Qadiani/

Ahmadiah dalam apa jua bentuk penerbitan dan cetakan atau siaran dalam mana-mana laman sesawang, blog, facebook, twitter atau media sosial lain adalah diharamkan.

vii. Mana-mana orang Islam adalah juga dilarang memiliki, menyimpan, mencetak, menjual atau mengedar filem, rakaman audio, risalah, buku-buku, majalah atau apa-apa terbitan, risalah atau apa-apa dokumen;

menggunakan sebarang bentuk lambang, rajah atau tanda-tanda yang boleh mengaitkan ajaran dan fahaman Qadiani/Ahmadiah dan lain-lain yang berkaitan dengannya.

viii. Semua pihak adalah dilarang dan ditegah daripada memberi apa jua kemudahan, sumbangan dan bantuan kepada pengikut ajaran dan fahaman Qadiani/Ahmadiah daripada mengamalkan, menyebarkan dan mengembangkan ajaran dan fahaman ini di Negeri Pulau Pinang.

ix. Oleh yang demikian:

(a)

mana-mana orang atau kumpulan orang yang berpegang pada ajaran dan fahaman Qadiani/Ahmadiah ini adalah murtad;

(b)

orang Islam yang telah mengamalkan ajaran Qadiani/Ahmadiah di mana-mana jua berada hendaklah segera bertaubat serta memohon keampunan kepada Allah Ta’ala; dan

(c)

mana-mana orang Islam yang melakukan apa-apa perbuatan dalam perenggan (v), (vi), (vii) dan (viii) adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh diambil tindakan di bawah undang-undang yang berkuat kuasa di Negeri Pulau Pinang.

Made 4 June 2018

[JMNPP/(S)/19/1101/002(10); PUNPP 352/100/1/2/EA/1 Jld. 4]

DATO’ DR. WAN SALIM BIN WAN MOHD. NOOR

Mufti

State Government of Penang

935 2hb Ogos 2018]

936

[2hb Ogos 2018

937 2hb Ogos 2018]

KANUN TANAH NEGARA

(Akta 56 tahun 1965)

NATIONAL LAND CODE

(Act 56 of 1965)

Something wrong on this page?

If one provision's text doesn't match the official source, use Suggest a fix beside that provision — it opens an editor next to the source document. For anything else — a missing amendment, a broken link, out-of-date content, or a removal request — report it here.