Jadual
JADUAL
AJARAN TASLIM ATAU AJARAN HAJI AHMAD/
MUHAMMAD MATAHARI
1.
Bahawa Ajaran Taslim atau Ajaran Haji Ahmad/Muhammad Matahari didapati menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar. Oleh yang demikian, orang
Islam adalah dilarang mengamalkan ajaran tersebut dan orang Islam yang mengamalkannya boleh dikenakan tindakan undang-undang. Di antara ciri-ciri ajaran ini ialah:
Menyerah diri, anak, isteri dan harta kepada Rasul atau penggantinya yang berada di Kampung Seronok, Bayan Lepas, Pulau Pinang;
Tidak perlu sembahyang, kerana Allah akan bersama-sama/beserta tubuh badan kita iaitu manusia apabila mengucap;
Menolak lapan buah hadis mengenai perkara Israk dan Mikraj Rasulullah s.a.w. iaitu mengenai pensyariatan atau kewajipan menunaikan solat 5 waktu dan menganggap hadis tersebut adalah bohong dan rekaan ulama semata-mata;
Islamnya seseorang itu, hanya sah apabila dia berjumpa dengan Rasul di Kampung Seronok;
Menganggap dirinya (Haji Ahmad Matahari atau Haji Muhammad
Shafie) sebagai pengganti Rasulullah s.a.w. setelah baginda wafat;
Menganggap Kitab Al-Quran adalah karangan manusia dan mushaf yang sebenar dan asli hanya dimiliki oleh Rasul di Pulau Pinang;
Beranggapan bahawa hari Jumaat merupakan hari pertemuan Nabi
Adam dan Hawa yakni waktu berjimak pada waktu Zohor;
Melakukan upacara ratib;
Menunaikan haji hanyalah cukup atau sah sekadar dengan mendaki
Bukit Payong di Bayan Lepas, Pulau Pinang;
Bernikah secara batin;
Beriktikad bahawa dalam diri manusia mempunyai 2 perkara iaitu diri batin dan diri zahir;
1237 9hb Dis. 2010]
Percaya bahawa alam ini bersifat qadim dan bukannya baru;
Ayat-ayat Al-Quran ditafsirkan mengikut nafsu dirinya sendiri;
Menolak beberapa perkara ghaib seperti wujudnya syurga, neraka dan hari kiamat;
Sembahyang dilakukan secara niat dan tidak perlu kepada perbuatan dan bacaan (fe’li dan qauli);
Menganggap Haji Muhammad Matahari sebagai pemimpin yang maksum;
dan
Mengharuskan perzinaan melalui konsep nikah batin;
2.
Oleh itu, mana-mana orang Islam yang mengajar, mengamal dan menyebar ajaran ini hendaklah segera bertaubat serta memohon keampunan daripada Allah s.w.t.
3.
Mana-mana orang Islam atau kumpulan yang berpegang kepada ajaran dan fahaman tersebut adalah dilarang sama sekali kerana ia bercanggah dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jama’ah.
Dibuat Ogos 2010
[JMNPP/(S)/19/1101/001(16); PUNPP 152.100.1/2/2 Jld. 2]
DATUK HAJI HASSAN BIN HAJI AHMAD
Mufti Kerajaan Negeri
Pulau Pinang
1238
[9hb Dis. 2010
1239 9hb Dis. 2010]
1240
[9hb Dis. 2010