Jadual
JADUAL
1. Ajaran Millah Abraham @ Ibrahim adalah haram kerana menyeleweng dan bertentangan dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dari segi aqidah dan Syariah.
2. Dilarang mana-mana orang Islam di Negeri Pahang daripada berpegang dan mengamalkan sebarang ajaran dan doktrin Millah Abraham @ Ibrahim.
3. Mana-mana orang Islam dilarang memiliki, menyimpan, mencetak, menjual dan mengedar filem, rakaman audio, buku, majalah atau apa-apa terbitan, risalah atau apa-apa dokumen, menggunakan sebarang bentuk lambang, rajah atau tanda-tanda yang boleh dikaitkan dengan ajaran dan fahaman tersebut.
WARTA KERAJAAN NEGERI PAHANG
[4hb Ogos 2016 820
Bertarikh pada 5 April 2016
[M.U.I.Phg. 100/101/43-37 Jld. 2]
DATO’ SRI DR. HAJI ABDUL RAHMAN BIN HAJI OSMAN
Mufti Negeri Pahang