Jadual
JADUAL
FATWA MENANGANI AMALAN-AMALAN KHILAFIYAH YANG DIDAKWA
SEBAGAI BID’AH DHOLALAH (SESAT)
Amalan-amalan khilafiyah yang diterima dan diamalkan oleh umat Islam di
Negeri Pahang Darul Makmur sejak dahulu tidak boleh dihukumkan sebagai bid’ah dholalah (sesat). Amalan-amalan khilafiyah ini telah difatwakan oleh jumhur ‘ulama dengan berdalilkan Hukum Syarak sewajarnya menjadi ikutan umat Islam di negeri ini.
Di antara amalan-amalan yang tidak boleh dihukumkan sebagai bid’ah dholalah
(sesat) adalah:
1. membaca surah Yasin pada malam Jumaat;
2. membaca talqin untuk simati;
4hb Ogos 2016]
821
3. mengadakan kenduri arwah dengan membaca surah Yasin dan bertahlil;
4. mengadakan sambutan Maulid al-Rasul/Israk & Mikraj/Maal Hijrah;
5. membaca surah Yasin 3 kali di malam nisfu Sya’aban;
6. berdoa beramai-ramai selepas solat berjemaah;
7. membaca wirid dan zikir secara kuat/nyaring beramai-ramai selepas solat fardhu;
8. membaca ‘basmalah’ secara kuat/nyaring dalam solat fardhu;
9. menyebut lafaz ‘Usali’ dalam niat solat;
10. membaca qunut dalam solat subuh;
11. bersalaman selepas solat berjemaah;
12. solat sunat sebelum solat maghrib;
13. solat sunat sebelum solat Jumaat;
14. terbatal wudu’ dengan sebab bersentuhan lelaki dengan perempuan yang harus dikahwini;
15. bilangan rakaat bagi solat sunat tarawih 20 rakaat;
16. menyapu muka selepas memberi salam;
17. konsep pengamalan hadith dhaif;
18. menyebutkan perkataan ‘saiyidina’ dalam solat;
19. sedekah bacaan ‘al-Fatihah’ atau membaca al-Quran kepada simati;
20. ziarah kubur pada hari raya;
21. bacaan doa awal dan akhir tahun hijrah;
22. solat hajat secara berjemaah;
23. bacaan selawat secara nyaring ketika solat tarawih;
24. menggerakkan jari telunjuk hanya sekali jari ketika tahiyyah;
25. meletakkan tangan sewaktu qiyam di bawah dada sewaktu solat;
26. mempelajari tauhid aliran al-Asya’irah dan al-Maturidiyah seperti belajar sifat dua puluh dan mentakwil ayat-ayat mutasyabihat; dan
27. amalan khilafiyah lain yang diterima dan diamalkan tidak bercanggah dengan Hukum Syarak.
[4hb Ogos 2016 822
Bertarikh pada 31 Mei 2016
[M.U.I.Phg. 100/101/43-32]
DATO’ SRI DR. HAJI ABDUL RAHMAN BIN HAJI OSMAN
Mufti Negeri Pahang
4hb Ogos 2016]
823
KANUN TANAH NEGARA
(Akta 56 tahun 1965)
NATIONAL LAND CODE
(Act 56 of 1965)