Jadual Bahagian I, Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama-Agama Bukan Islam 1989 [Enakmen No. 5 tahun 1989] adalah merupakan satu kesalahan yang termaktub di dalam Enakmen berkenaan.
[12hb Sept. 2013 1234
hukum menggunakan kaedah ibu tumpang untuk mendapatkan zuriat (surrogate mother)
(1) Menggunakan kaedah khidmat ibu tumpang untuk mendapatkan zuriat adalah haram walaupun sperma dan ovum atau selain daripada keduanya diambil daripada pasangan suami dan isteri yang sah kerana ianya berlaku kekeliruan dari sudut nasab anak.
(2) Sumbangan sperma, ovum, embrio, rahim oleh pihak ketiga atau penggunaan lain-lain kaedah adalah haram di sisi syarak.
(surrogate mother)
penggunaan tulang haiwan dalam industri pembuatan
(1) Tulang haiwan yang halal dimakan dan disembelih menurut hukum syarak boleh digunakan dan tidak najis.
(2) Tulang haiwan yang haram dimakan adalah tidak halal dan najis.
(3) Apa sahaja barangan buatan daripada tulang yang diragui adalah najis dan haram digunakan kerana syubhah.
12hb Sept. 2013]
1235
hukum menternak dan menjual lintah dan cacing untuk tujuan perubatan dan kosmetik
(1) Lintah dan cacing dianggap haiwan yang suci (tidak najis) walaupun tidak boleh dimakan.
(2) Jumhur Fuqaha’ berpendapat cacing adalah tidak najis kecuali Fuqaha’
Syafi’iyah.
(3) Penternakan cacing dan lintah yang bukan bermatlamat sebagai bahan makanan tetapi sebagai bahan perubatan dan kosmetik serta penghasilan baja adalah harus.
Larangan penggantungan kaligrafi islam di premis bukan islam
Orang Bukan Islam dilarang meletakkan kaligrafi Islam yang mengandungi ayat-ayat Al-Quran, Hadis atau kalimah suci agama Islam di premis mereka bagi tujuan menjaga kehormatan ayat-ayat Al-Quran, Hadis dan kalimah suci agama Islam.
Kedudukan ajaran hizb al-tahrir
Ajaran ini haram diamalkan di Negeri Pahang kerana bertentangan dan menyeleweng daripada ajaran Islam dan tidak boleh diamalkan oleh umat
Islam.
[12hb Sept. 2013 1236
kedudukan kumpulan pemuda kahfi atau ajaran bina negara islam (ma’had al-zaytun)
Ajaran kumpulan pemuda kahfi atau ajaran bina Negara Islam (Ma’had Al-zaytun) adalah haram diamalkan di Negeri Pahang kerana bertentangan dan menyeleweng daripada akidah dan syariat Islam.
hukum pelaksanaan takaful
Hukum pelaksanaan takaful adalah harus dengan syarat ia mematuhi prinsip syariah dalam polisi perlindungannya.
hukum bertatu
Hukum bertatu (iaitu pembuat tatu dan orang yang meminta dibuat tatu)
adalah haram.
status agama anak bawah umur 18 tahun selepas salah seorang pasangan memeluk agama islam
Apabila salah seorang ibu atau bapa memeluk Islam, agama anak di bawah umur juga adalah Islam. Penjagaan anak tersebut hendaklah diletakkan di bawah ibu atau bapa yang beragama Islam. Dalam keadaan tertentu penjagaan boleh diberikan kepada ibu atau bapa yang bukan Islam dengan syarat memastikan makan minumnya halal dan dididik dengan ajaran Islam.
.
12hb Sept. 2013]
1237
hukum berpegang pada ajaran syiah
Hukum berpegang pada, mengamalkan dan menyebarkan ajaran syiah adalah haram disebabkan fahaman dan ajaran Syiah ini adalah bercanggah dan menyeleweng daripada pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Bertarikh pada 19 Ogos 2013
[JMNP:C FT 351/600/59]
Dato’ Haji Abdul Rahman bin Haji Osman
Mufti Negeri Pahang