Skip to content
State Subsidiary LegislationIn force

Fatwa Mengenai Pencegahan Menyebarkan Aliran dan

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Fatwa Mengenai Pencegahan Menyebarkan Aliran dan is Malaysia State Subsidiary Legislation, cited as State Subsidiary Legislation No. 364, currently marked in force.

Front matterCover and publication detailsOpen

FATWA MENGENAI PENCEGAHAN MENYEBARKAN ALIRAN DAN

DAKYAH WAHABIAH DI NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN

Opening note

Preamble

  1. Bahawasanya Jawatankuasa Fatwa, pada menjalankan kuasanya di bawah seksyen 36 dan seksyen 37 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Perak) 2004 [Enakmen 4 tahun 2004], telah menyediakan fatwa yang terkandung dalam ini: Dan Bahawasanya menurut seksyen 37 Enakmen yang sama, Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak Darul Ridzuan telah memperkenankan penyiaran fatwa ini dalam Warta dan Kerajaan Negeri telah dimaklumkan tentang fatwa ini: Maka, Oleh yang demikian, pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen 37 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Perak) 2004, Jawatankuasa Fatwa, dengan perkenan Duli Yang Maha Mulia Sultan, membuat dan menyiarkan fatwa yang berikut: "Aliran dan Dakyah Wahabiah didapati bercanggah dengan aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang menjadi teras pegangan masyarakat Islam di Perak berdasarkan kepercayaan, perbuatan dan pengamalan seperti berikut: WARTA KERAJAAN NEGERI PERAK 406 [1hb Mac2012

(i)

Menolak dan menyesatkan Pengamal pendekatan Tauhid sifat 20;

(ii)

Menganggap syirik berbagai amalan ahli sunnah seperti Selawat

Syifa' dan Selawat Tafrijiyyah;

(iii)

Mendakwa bahawa pengikut Aliran Asya'irah dan Maturidiyah tidak layak digelar sebagai Ahli Sunnah Wal Jamaah; dan

(iv)

Menggangap pelaku berbagai amalan ahli sunnah sebagai melakukan bida'ah dhalalah dan akan menjadi penghuni neraka.

Oleh yang demikian, Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak mengambil keputusan bahawa;

(i)

Mana-mana orang Islam sama ada secara individu atau berkumpulan yang menjadi penyebar Aliran dan Dakyah Wahabiah adalah disifatkan mengamalkan Aliran dan Dakyah Wahabiah yang berlawanan dengan aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah Aliran

Asya'irah dan Maturidiyah;

(ii)

Mana-mana orang Islam sama ada secara individu atau berkumpulan melalui pertubuhan atau persatuan yang menjadi

Ahli Jamaah atau pengikut Aliran dan Dakyah Wahabiah dengan berselindung di sebalik apa-apa aktiviti ekonomi, perniagaan, pendidikan, kesenian, dan sebagainya yang mempunyai unsur-unsur persamaan dengan Aliran dan Dakyah Wahabiah, adalah disifatkan mengamalkan ajaran, pegangan dan fahaman yang berlawanan dengan aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah Aliran

Asya'irah dan Maturidiyah;

(iii)

Mana-mana orang Islam secara individu atau berkumpulan melalui pertubuhan atau persatuan yang cuba menyebarkan Aliran dan

Dakyah Wahabiah sama ada melalui apa-apa rangkaian, atau mana-mana pertubuhan atau persatuan yang mempunyai unsur-unsur persamaan dengan Aliran dan Dakyah Wahabiah adalah disifatkan mengamalkan ajaran, pegangan dan fahaman yang bercanggah dengan aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah Aliran

Asya'irah dan Maturidiyah;

(iv)

apa-apa variasi, versi, bentuk atau cabang mana-mana Aliran dan

Dakyah Wahabiah atau apa-apa ajaran, pegangan atau fahaman baru yang mempunyai persamaan dengan undur-unsur Aliran dan Dakyah Wahabiah adalah berlawanan dengan aqidah Ahli

Sunnah Wal Jamaah Aliran Asya'irah dan Maturidiyah; atau

WARTA KERAJAAN NEGERI PERAK

1hb Mac 2012]

407

(v)

apa-apa jua bahan publisiti dan sebaran yang menonjolkan aliran dan dakyah Wahabiah atau apa-apa ajaran, pegangan atau fahaman baru yang mempunyai persamaan dengan unsur-unsur

Aliran dan Dakyah Wahabiah dalam apa jua bentuk penerbitan dan cetakan adalah dilarang.

(vi)

Apa jua bentuk tindakan seperti yang dinyatakan di atas perlu dihalang dan diambil tindakan menurut undang-undang.

Bertarikh 4 Januari 2012

[MNPK.A351.IST/01/7 JLD2;

PU.Pk. 07/2001]

Dengan Titah Perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan

TAN SRI DATO’ SERI (DR) HAJI HARUSSANI BIN HAJI ZAKARIA

Mufti dan Pengerusi Jawatankuasa Fatwa

Negeri Perak Darul Ridzuan

KANUN TANAH NEGARA

(Akta 56 tahun 1965)

NATIONAL LAND CODE

(Act 56 of 1965)

Something wrong on this page?

If one provision's text doesn't match the official source, use Suggest a fix beside that provision — it opens an editor next to the source document. For anything else — a missing amendment, a broken link, out-of-date content, or a removal request — report it here.