/akn/my-08/state_gazette/unknown/prkgn20-01-y2014/no-2520

FATWA MENGENAI LARANGAN PENGGUNAAN, PEMAKAIAN DAN

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Open source PDF
Type
State Subsidiary Legislation
Status
In force

Quick answer

About this state subsidiary legislation

FATWA MENGENAI LARANGAN PENGGUNAAN, PEMAKAIAN DAN is Malaysia State Subsidiary Legislation, cited as State Subsidiary Legislation No. 2520, currently marked in force.

Opening note

Preamble

Suggest a correction
  1. Bahawasanya Jawatankuasa Fatwa, pada menjalankan kuasanya di bawah seksyen 36 dan seksyen 37 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Perak) 2004 [Enakmen 4 tahun 2004], telah menyediakan fatwa yang terkandung dalam ini; Dan Bahawasanya menurut seksyen 37 Enakmen yang sama, Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak Darul Ridzuan telah memperkenankan penyiaran fatwa ini dalam Warta dan Kerajaan Negeri telah dimaklumkan tentang fatwa ini; Maka, oleh yang demikian, pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen 37 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Perak) 2004, Jawatankuasa Fatwa, dengan perkenan Duli Yang Maha Mulia Sultan, membuat dan menyiarkan fatwa yang berikut: “Tawajjuh Khatamun Al-Nubuwwah atau tanda kenabian Nabi Muhammad SAW adalah dilarang untuk diguna, dipakai dan diamalkan kerana tiada nas atau sandaran Syarak yang membenarkan terhadap penggunaan, pemakaian dan pengamalannya serta diragui kesahihannya. Sebarang penggunaan, pemakaian, pengamalan, kepercayaan dan kebergantungan kepadanya hendaklah dihentikan kerana boleh membawa kepada syirik berdasarkan kefahaman seperti berikut:

(i)

mendakwa sesiapa yang menjadikan tanda Khatamun Al-Nubuwwah ini sebagai perhiasan di rumah, maka ahli rumah akan dipelihara

WARTA KERAJAAN NEGERI PERAK

2794

[25hb Sept. 2014

Allah SWT daripada penyakit taun dan wabak, terhindar dari kebakaran dan kecurian;

(ii)

mempercayai bahawa orang yang selalu melihat tanda ini akan mudah mengenali Nabi Muhammad SAW ketika di Padang

Masyar; dan

Suggest a correction

(iii)

menganggap bahawa sesiapa yang melihat, memandang atau membaca tanda Khatamun Al-Nubuwwah ini dalam keadaan berwuduk akan terselamat dari sebarang malapetaka seperti kemalangan dan sebagainya.

Oleh yang demikian, Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak mengambil keputusan bahawa—

Suggest a correction
Suggest a correction

(i)

mana-mana orang Islam sama ada secara individu atau berkumpulan yang menjadi penyebar tanda Khatamun Al-Nubuwwah ini berselindung di sebalik apa-apa aktiviti ekonomi, perniagaan, pendidikan, kesenian, dan sebagainya adalah disifatkan mengamalkan kepercayaan yang berlawanan dengan aqidah Ahli Sunnah Wal

Jamaah;

(ii)

mana-mana orang Islam secara individu atau berkumpulan melalui pertubuhan atau persatuan yang cuba menyebarkan tanda Khatamun

Al-Nubuwwah ini sama ada melalui apa-apa rangkaian, atau mana-mana pertubuhan atau persatuan adalah disifatkan mengamalkan pegangan yang bercanggah dengan aqidah Ahli Sunnah Wal

Jamaah;

Suggest a correction

(iii)

apa-apa variasi, versi, bentuk atau cabang bagi menyebarkan tanda

Khatamun Al-Nubuwwah ini atau apa-apa tanda Khatamun Al-Nubuwwah adalah berlawanan dengan aqidah Ahli Sunnah Wal

Jamaah; atau

Suggest a correction

(iv)

apa-apa jua bahan publisiti dan sebaran yang menonjolkan tanda

Khatamun Al-Nubuwwah ini atau apa-apa tanda yang mempunyai persamaan dengannya dalam apa jua bentuk penerbitan dan cetakan adalah dilarang.

Apa jua bentuk tindakan seperti yang dinyatakan di atas perlu dihalang dan diambil tindakan menurut undang-undang”.

Bertarikh 24 September 2014

[MNPK.A351.IST/01/7 JLD3; PU.Pk.07/2001]

Dengan Titah Perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan

Tan Sri Dato’ Seri (Dr) Haji Harussani bin Haji Zakaria

Mufti dan Pengerusi Jawatankuasa Fatwa

Negeri Perak Darul Ridzuan

WARTA KERAJAAN NEGERI PERAK

25hb Sept. 2014]

2795

Suggest a correction
Suggest a correction
FATWA MENGENAI LARANGAN PENGGUNAAN, PEMAKAIAN DAN (No. 2520)