(i)
Perintah ini bolehlah dinamakan Perintah Suntikan Pencegahan Penyakit
Anjing Gila Negeri Perlis tahun 2001 dan hendaklah mula berkuatkuasa pada 1 Februari 2001.
(ii)
Sekalian anjing-anjing yang berumur tiga (3) bulan dan lebih di dalam Negeri
Perlis hendaklah diserahkan bagi menerima suntikan pencegahan penyakit anjing gila pada sekian masa dan tempat sepertimana yang ditetapkan oleh
Pengarah Perkhidmatan Haiwan Negeri Perlis.