Seksyen 2
Lelongan ini akan dijalankan pada 11 November 2008 (Selasa) jam 10.00 pagi di Sudut Lelongan Awam, Pejabat Tanah Dungun.
/akn/my-11/state_gazette/unknown/tgn020y2008/no-1183
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
Bahawa diberitahu kepada orang ramai (Orang-orang Melayu sahaja) sebagai takrif is Malaysia State Subsidiary Legislation, cited as State Subsidiary Legislation No. 1183, currently marked in force.
Lelongan ini akan dijalankan pada 11 November 2008 (Selasa) jam 10.00 pagi di Sudut Lelongan Awam, Pejabat Tanah Dungun.
Kenyataan Tanah:
a.
Kawasan
: Kampung Baru, Kuala Abang, Mukim
Abang, Dungun.
b.
No. P.T.
: 1826.
c.
Keluasan Sementara
: 3577 meter persegi.
d.
Harga Permulaan Lelongan : RM11,850.00 satu lot
Opening note
Opening note
Opening note
Syarat Nyata:
Hendaklah didirikan bangunan kediaman sahaja.
Dalam tempoh dua tahun daripada tarikh diberimilik atau di dalam satu tempoh lanjutan yang diluluskan oleh Pentadbir Tanah Dungun hendaklah didirikan dan disiapkan dengan sempurna bangunan kediaman mengikut pelan yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Tempatan.
WARTA KERAJAAN NEGERI TERENGGANU
25hb Sept. 2008]
1111
Sekatan Kepentingan:
Tidak dibenarkan pindah milik, digadai atau dipajak kecuali mendapat kebenaran Pentadbir Tanah Dungun.
Syarat-syarat lelong adalah sebagaimana yang ditetapkan mengikut Peraturan 26, Peraturan Tanah Terengganu, 1966:
i. Pentadbir Tanah berhak membatal atau menangguhkan jualan itu pada bila-bila masa sebelum diterima tawaran daripada penyambut-penyambut lelong.
ii. Penyambut yang tertinggi sekali itulah yang menjadi pembeli, asalkan tawaran itu sama dengan atau lebih tinggi daripada harga tanah permulaan
(Harga Rezab).
iii. Sebaik-baik sahaja tawarannya diterima maka hendaklah pembeli itu membayar cengkeram wang tunai kepada Pentadbir Tanah sebanyak dua puluh lima peratus (25%) daripada harga yang disambutnya bersekali dengan bayaran-bayaran tambahan yang tersebut di dalam perenggan 2
(e, f, g, h, i, j) di atas dan sekiranya tidak disempurnakan sedemikian, tanah-tanah ini hendaklah dilelong semula.
iv. Wang pembelian itu hendaklah dijelaskan oleh pembeli sebelum berakhir urusan jual beli pada hari keseratus dua puluh (120) hari daripada hari jualan tanah yang dibelinya itu dan dengan yang demikian selesai dan putuslah pembeliannya. Jika sekiranya tidak dibayar dengan sepenuhnya seperti yang tersebut itu, maka hilanglah wang deposit tersebut kepada
Pihak Yang Berkuasa Negeri dan pembeli yang gagal itu hilang tuntutan ke atas wang deposit dan tanah itu.
v. Keterangan hakmilik hendaklah didaftar dan dikeluarkan dengan seberapa segera selepas disempurnakan jualan itu. Jika tanah itu belum diukur oleh
Ketua Juruukur, maka hendaklah dikeluarkan Keterangan Hakmilik
Sementara.
vi. Hendaklah diberimilik dengan serta-merta selepas sahaja didaftarkan Surat
Keterangan Milik Kekal atau Keterangan Hakmilik Sementara.
Lelongan ini hendaklah dibuka kepada Orang Melayu sahaja mengikut taksiran di bawah Enakmen Tanah Simpan Bagi Orang Melayu 1360H.
Sesiapa yang hendak melihat pelan atau mengetahui lebih lanjut berkenaan tanah yang tersebut hendaklah datang ke Pejabat Tanah, Dungun.
Bertarikh 4 Ogos 2008
NORLIZA BINTI ISMAIL
[PTD. 01/15/2004/031]
b.p. Pentadbir Tanah
Dungun
WARTA KERAJAAN NEGERI TERENGGANU
1112
[25hb Sept. 2008
AKTA PENGAMBILAN TANAH 1960
(Akta 486)