Malaysia legislation

Section 5

of SURUHANJAYA SIASATAN PENDATANG ASING DI SABAH

Seksyen 5

YBhg. Tan Sri Datuk Seri Panglima Herman J. Luping, menjadi Pesuruhjaya-Pesuruhjaya untuk menjalankan siasatan ini dengan bidang tugas yang berikut:

(a)

untuk menyiasat jumlah pendatang asing di Sabah yang diberikan kad pengenalan biru atau kewarganegaraan;

(b)

untuk menyiasat sama ada pemberian kad pengenalan biru atau kewarganegaraan kepada pendatang asing di Sabah adalah menurut peruntukan undang-undang;

P.U. (B) 300 3

(c)

untuk menyiasat sama ada pendatang asing di Sabah yang memegang kad pengenalan biru, resit pengenalan sementara

(biru)

atau kewarganegaraan secara tidak mengikut undang-undang telah didaftarkan dalam daftar pemilih;

(d)

untuk menyiasat sama ada pihak berkuasa yang berkenaan telah mengambil apa-apa tindakan atau membuat apa-apa penambahbaikan kepada prosedur amalan standard, kaedah-kaedah dan peraturan-peraturan bagi mengelakkan apa-apa ketidakteraturan dari segi undang-undang;

(e)

untuk menyiasat dengan lebih lanjut mengenai prosedur amalan standard, kaedah-kaedah dan peraturan-peraturan berhubung dengan pemberian kad pengenalan biru atau kewarganegaraan kepada pendatang asing di Sabah dengan mengambil kira standard dan norma antarabangsa yang terpakai bagi Malaysia, dan untuk mengesyorkan apa-apa pindaan atau perubahan untuk memantapkan dan menambah baik prosedur amalan standard, kaedah-kaedah dan peraturan-peraturan itu;

(f)

untuk menyiasat sebab-sebab peningkatan populasi di Sabah mengikut kategori yang berikut:

(i)

warga Sabah yang menetap di Sabah, termasuklah mereka yang diberikan kad pengenalan biru dan kewarganegaraan melalui Sijil

Kelahiran (Pendaftaran Lewat);

(ii)

pekerja asing (termasuk ahli keluarga);

(iii)

pendatang asing tanpa izin (termasuk ahli keluarga); dan

(iv)

pelarian,

P.U. (B) 300 4

dan meneliti kesannya terhadap bilangan yang mendaftar dalam daftar pemilih;

(g)

untuk menyiasat implikasi sosial ke atas masyarakat di Sabah yang berbangkit daripada pemberian kad pengenalan biru atau kewarganegaraan kepada pendatang asing di Sabah; dan

(h)

untuk menyiasat bilangan pendatang asing di Sabah yang telah diberikan kad pengenalan biru atau kewarganegaraan dengan mengambil kira status mereka sebagai orang tidak bernegara, dan mengarahkan bahawa—

(i)

YBhg. Tan Sri Datuk Amar Steve Shim Lip Kiong hendaklah menjadi

Pengerusi dan bahawa Pengerusi dan semua Pesuruhjaya hendaklah membentuk kuorum;

(ii)

siasatan itu hendaklah diadakan di mana-mana tempat, pada mana-mana tarikh dan bila-bila masa sebagaimana yang ditentukan oleh Pengerusi;

(iii)

Pesuruhjaya-Pesuruhjaya hendaklah menjalankan kuasa mereka dengan mengikut Akta Suruhanjaya Siasatan 1950; dan

(iv)

Pesuruhjaya-Pesuruhjaya hendaklah menyiapkan siasatan itu dan mengemukakan suatu laporan kepada Yang di-Pertuan Agong dalam masa enam bulan dari tarikh Tauliah ini dikeluarkan.

Bertarikh 21 September 2012

[(17) dlm. PM(R)11880/A/038/12 Jld.11 (SJ.15); PN(PU2)282]

Dengan Titah Perintah

DATO’ SRI MOHD. NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK

Perdana Menteri

P.U. (B) 300 5

COMMISSIONS OF ENQUIRY ACT 1950

COMMISSION OF ENQUIRY ON IMMIGRANTS IN SABAH

COMMISSION

Section 5 — SURUHANJAYA SIASATAN PENDATANG ASING DI SABAH