Malaysia legislation
Section 6
Seksyen 6
YBrs. Encik Norsyahrin bin Hamidon, menjadi Pesuruhjaya-Pesuruhjaya untuk menjalankan siasatan ini dengan bidang tugas yang berikut:
(a)
untuk meneliti isu-isu berbangkit mengenai pengurusan dan operasi
Lembaga Tabung Haji dari tahun 2014 hingga 2020, dengan merujuk kepada temuan pengauditan
Pricewaterhouse
Coopers
(PwC),
P.U. (B) 146 3
Ernst & Young (EY) dan Roland Berger (RB), tidak termasuk pelan penstrukturan dan pemulihan yang sedang dijalankan;
(b)
untuk meneliti semua dokumen dan keterangan-keterangan yang berkaitan, serta menentukan sama ada terdapat perbuatan menyembunyikan maklumat dan memberi kenyataan yang mengelirukan berhubungan dengan isu-isu yang dibangkitkan;
(c)
untuk mengesyorkan tindakan yang sesuai diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati melanggar mana-mana undang-undang yang sedang berkuat kuasa, secara langsung atau tidak langsung, tanpa menjejaskan apa-apa siasatan dan tindakan perundangan yang sedang diambil oleh pihak berkuasa berkaitan; dan
(d)
untuk mengemukakan laporan hasil siasatan dan syor mengenai langkah-langkah untuk menambah baik pengurusan dan operasi
Lembaga Tabung Haji kepada Kerajaan, dan mengarahkan bahawa—
(i)
YABhg. Tun Mohamed Raus bin Sharif hendaklah menjadi Pengerusi;
(ii)
lima (5) orang Pesuruhjaya hendaklah membentuk kuorum;
(iii)
siasatan itu hendaklah diadakan di mana-mana tempat, pada mana-mana tarikh dan pada bila-bila masa yang ditentukan oleh Pengerusi;
(iv)
siasatan hendaklah secara tertutup;
(v)
Pesuruhjaya-Pesuruhjaya hendaklah menjalankan kuasa mereka mengikut
Akta Suruhanjaya Siasatan 1950; dan
P.U. (B) 146 4
(vi)
Pesuruhjaya-Pesuruhjaya hendaklah menyiapkan siasatan itu dan mengemukakan suatu laporan kepada Yang di-Pertuan Agong dalam masa enam bulan dari tarikh Tauliah ini dikeluarkan.
Bertarikh 28 Februari 2022
[JAKIM(R).100-4/11/1; PN(PU2)282/III]
Dengan Titah Perintah
DATO’ SRI ISMAIL SABRI BIN YAAKOB
Perdana Menteri
P.U. (B) 146 5
COMMISSIONS OF ENQUIRY ACT 1950
COMMISSION TO ENQUIRE THE ARISING ISSUES ON MANAGEMENT AND OPERATION
OF LEMBAGA TABUNG HAJI FROM 2014 UNTIL 2020
COMMISSION