Malaysia legislation

Section 4

of SURUHANJAYA SIASATAN UNTUK MENYIASAT KERUGIAN AKIBAT URUS NIAGA MATA WANG ASING OLEH BANK NEGARA MALAYSIA SEKITAR TAHUN 1990-AN

Seksyen 4

YBhg. Tan Sri Saw Choo Boon; dan 5.

Encik Pushpanathan a/l S. A. Kanagarayar, menjadi Pesuruhjaya-Pesuruhjaya untuk menjalankan siasatan ini dengan bidang tugas yang berikut:

(a)

untuk menentukan kesahihan dakwaan mengenai kerugian akibat urus niaga pertukaran mata wang asing yang dialami oleh Bank Negara

Malaysia sekitar tahun 1990-an serta implikasinya kepada ekonomi negara;

(b)

untuk menentukan sama ada penglibatan Bank Negara Malaysia dalam aktiviti urus niaga mata wang asing yang menyebabkan kerugian tersebut

3

bertentangan dengan Akta Bank Negara Malaysia 1958 [Akta 519] atau mana-mana undang-undang lain yang berkaitan;

(c)

untuk menentukan sama ada terdapat elemen menyembunyikan fakta dan maklumat sebenar yang berhubungan dengan kerugian oleh Bank

Negara Malaysia dalam aktiviti urus niaga mata wang asing itu dan memberi kenyataan yang mengelirukan Jemaah Menteri, Parlimen dan rakyat;

(d)

untuk mengesyorkan tindakan yang sesuai diambil terhadap pihak-pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung jika mereka didapati menyebabkan kerugian oleh Bank Negara Malaysia dan menyembunyikan fakta dan maklumat sebenar berkenaan kerugian itu; dan

(e)

untuk mengesyorkan langkah-langkah bagi memastikan perkara yang sama tidak berulang.

dan mengarahkan bahawa–

(i)

YBhg. Tan Sri Mohd Sidek bin Hassan hendaklah menjadi Pengerusi dan bahawa Pengerusi dan semua Pesuruhjaya hendaklah membentuk kuorum;

(ii)

siasatan itu hendaklah diadakan di mana-mana tempat, pada mana-mana tarikh dan pada bila-bila masa yang ditentukan oleh Pengerusi;

(iii)

Pesuruhjaya-Pesuruhjaya hendaklah menjalankan kuasa mereka mengikut Akta Suruhanjaya Siasatan 1950; dan

(iv)

Pesuruhjaya-Pesuruhjaya hendaklah menyiapkan siasatan itu dan mengemukakan suatu laporan kepada Yang di-Pertuan Agong dalam masa tiga bulan dari tarikh Tauliah ini dikeluarkan.

4

Bertarikh 18 Julai 2017

[BKPP(R).700-3/5/8; PN(U2)282]

Dengan Titah Perintah

DATO’ SRI MOHD NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK

Perdana Menteri

5

COMMISSIONS OF ENQUIRY ACT 1950

COMMISSION TO ENQUIRE LOSSES DUE TO FOREIGN EXCHANGE DEALINGS BY

BANK NEGARA MALAYSIA IN THE 1990S

COMMISSION

Section 4 — SURUHANJAYA SIASATAN UNTUK MENYIASAT KERUGIAN AKIBAT URUS NIAGA MATA WANG ASING OLEH BANK NEGARA MALAYSIA SEKITAR TAHUN 1990-AN