Malaysia legislation

Section 24

of *AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976

Seksyen 24

(2)

Subseksyen (1) tidak terpakai bagi suatu kebenaran merancang yang menyatakan dengan nyata bahawa pemajuan yang baginya kebenaran merancang itu diberikan tidak melibatkan apa-apa kerja bangunan.

(3)

Apabila sesuatu permohonan dibuat secara yang ditetapkan sebelum kebenaran merancang itu luput untuk dilanjutkan atau dilanjutkan lagi tempoh kebenaran merancang, pihak berkuasa perancang tempatan boleh, apabila dibayar fi yang ditetapkan, memberikan suatu tempoh lanjutan atau tempoh lanjutan tambahan kepada kebenaran merancang itu.

(4)

Suatu kebenaran merancang yang dilanjutkan tempohnya di bawah subseksyen (3) hendaklah, melainkan jika dilanjutkan tempohnya lagi, luput dua belas bulan selepas tarikh dilanjutkan tempohnya, jika dalam masa itu, pemajuan belum dimulakan secara yang ditentukan dalam kebenaran merancang itu.

(5)

Dalam memberikan sesuatu tempoh lanjutan atau tempoh lanjutan tambahan kepada kebenaran merancang di bawah subseksyen (3), pihak berkuasa perancang tempatan boleh mengenakan apa-apa syarat yang difikirkan patut olehnya ke atas kebenaran merancang itu atau mengubah syarat-syarat yang dikenakan pada asalnya; dan seksyen 23 hendaklah terpakai dengan ubah suaian yang perlu kepada pengenaan atau pengubahan syarat-syarat di bawah seksyen ini sebagaimana ia terpakai bagi pengenaan syarat-syarat di bawah subseksyen 22(3).

Pembatalan dan pengubahsuaian kebenaran merancang dan kelulusan pelan bangunan

Section 24 — TOWN AND COUNTRY PLANNING ACT 1976 | mylaw.my