Malaysia legislation
Section 25
Seksyen 25
Perancangan Bandar dan Desa 61
(2)
Tiada pembatalan atau pengubahsuaian di bawah subseksyen (1)
boleh berkuat kuasa sehingga disahkan oleh Jawatankuasa.
(3)
Sesuatu perintah pembatalan sesuatu kebenaran merancang atau sesuatu kelulusan pelan bangunan hendaklah menyatakan tempoh yang orang yang diberikan kebenaran atau kelulusan itu dikehendaki merobohkan mana-mana bangunan yang didirikan menurut kebenaran atau kelulusan itu dan amaun maksimum yang pihak berkuasa perancang tempatan itu sedia membayar balik kepada orang itu berkenaan dengan kos yang dilakukan oleh orang itu pada menjalankan perobohan itu.
(4)
Jika, dalam tempoh yang dinyatakan dalam perintah pembatalan itu atau tempoh yang lebih lama yang dibenarkan oleh pihak berkuasa perancang tempatan itu, perobohan belum dijalankan atau diselesaikan, maka pihak berkuasa perancang tempatan boleh dengan sendiri dan dengan belanjanya sendiri menjalankan atau menyelesaikan perobohan itu.
(5)
Jika perobohan itu telah diselesaikan oleh orang yang telah diberikan kebenaran merancang atau kelulusan pelan bangunan itu, pihak berkuasa perancang tempatan itu hendaklah membayar balik kepada orang itu kos sebenar dan munasabah dilakukan olehnya pada menjalankan perobohan itu, tetapi tidak melebihi amaun yang dinyatakan dalam perintah pembatalan itu.
(6)
Jika perobohan telah dijalankan sebahagian oleh orang yang telah diberikan kebenaran merancang atau kelulusan pelan bangunan itu tetapi diselesaikan oleh pihak berkuasa perancang tempatan itu, maka pihak berkuasa perancang tempatan hendaklah menaksir amaun kos perobohan itu sekiranya perobohan itu keseluruhannya dijalankan oleh pihak berkuasa perancang tempatan itu, dan menentukan amaun kos sebenar dan munasabah dilakukan olehnya dalam menyelesaikan perobohan itu dan hendaklah membayar kepada orang itu dengan cara membayar balik kosnya perbezaan antara dua amaun itu atau kos sebenar dan munasabah dilakukan oleh orang itu bagi bahagian perobohan yang dijalankannya, mengikut mana-mana amaun yang kurang, tetapi pihak berkuasa perancang tempatan tidak dalam apa-apa hal pun terikat membayar apa-apa amaun yang lebih daripada amaun yang dinyatakan dalam perintah pembatalan itu.
Perancangan Bandar dan Desa 63
(7)
Jika suatu kebenaran merancang atau sesuatu kelulusan pelan bangunan dibatalkan di bawah subseksyen (1) dan orang yang diberikan kebenaran atau kelulusan itu menuntut daripada pihak berkuasa perancang tempatan itu, dalam masa dan dengan cara yang ditetapkan, pampasan bagi apa-apa perbelanjaan yang dilakukannya pada menjalankan kerja untuk melaksanakan kebenaran atau kelulusan itu sebelum pembatalan atau pengubahsuaiannya, maka pihak berkuasa perancang tempatan hendaklah, selepas memberikan orang itu peluang yang munasabah untuk didengar, menawarkan kepadanya suatu pampasan yang difikirkan memadai oleh pihak berkuasa perancang tempatan.
(8)
Jika suatu kebenaran merancang atau sesuatu kelulusan pelan bangunan diubah suai di bawah subseksyen (1), pihak berkuasa perancang tempatan hendaklah membayar balik kepada orang yang diberikan kebenaran atau kelulusan itu kos sebenar dan munasabah dilakukannya pada melaksanakan ubah suaian itu, iaitu kos yang tidak dilakukannya jika sekiranya pengubahsuaian itu tidak diperintahkan, dan hendaklah memberikan pampasan kepadanya bagi apa-apa kerugian akibat ubah suaian itu.
(9)
Jika mana-mana orang terkilan dengan apa-apa amaun pembayaran balik atau pampasan yang ditawarkan atau dibayar kepadanya di bawah seksyen ini, dia boleh, dalam masa dan dengan cara yang ditetapkan, merayu kepada Lembaga Rayuan dan Lembaga
Rayuan hendaklah menaksir amaun pembayaran balik atau pampasan yang hendak dibayar.
(10)
Dalam subseksyen (1), “undang-undang kerajaan tempatan yang terdahulu” ertinya Enakmen-Enakmen Lembaga Bandaran bagi
Negeri-Negeri Melayu Bersekutu [N.M.B. Bab 137], Negeri Johor
[En. Johor No. 118] dan Negeri Terengganu [En. Terengganu 12
tahun 1355 H.], Ordinan Perbandaran bagi Negeri-Negeri Selat
[N.S. Bab 133], Enakmen Perbandaran bagi Negeri Kelantan
[En. Kelantan 20 tahun 1938], Ordinan Majlis-Majlis Tempatan 1952 [Ord. 36 tahun 1952], dan mana-mana undang-undang bertulis lain yang menggantikan mana-mana undang-undang itu atau mana-mana bahagiannya.
64 Undang-Undang Malaysia AKTA 172
Kesalahan yang berhubungan dengan pemajuan yang tidak dibenarkan