Malaysia legislation

Section 3

of UNDANG-UNDANG KECIL JALAN, PARIT DAN BANGUNAN (JENIS KHIDMAT MASYARAKAT DAN CARA PENGAWASAN PELAKSANAAN KHIDMAT MASYARAKAT) (WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA) 2026

Seksyen 3

Pengawasan oleh pegawai diberi kuasa

Pelaksanaan khidmat masyarakat di bawah suatu perintah khidmat masyarakat yang dibuat di bawah subseksyen 47(1A) Akta hendaklah diawasi oleh pegawai

Perbadanan Putrajaya yang diberi kuasa secara bertulis bagi maksud itu oleh Perbadanan Putrajaya mengikut cara yang berikut:

(a)

untuk memberikan taklimat mengenai skop dan tatacara pelaksanaan suatu khidmat masyarakat;

P.U. (A) 236 3

(b)

untuk menunjukkan cara penggunaan yang betul dan selamat bagi setiap peralatan;

(c)

untuk menerangkan tatacara keselamatan sebelum melaksanakan suatu khidmat masyarakat;

(d)

untuk memastikan langkah kawalan keselamatan diambil, termasuk menyediakan tanda amaran, sarung tangan, pelitup muka dan jaket keselamatan;

(e)

untuk mengawasi pelaksanaan suatu khidmat masyarakat;

(f)

untuk merekodkan kehadiran dan pelaksanaan suatu khidmat masyarakat;

dan

(g)

untuk menyediakan suatu laporan mengenai pelaksanaan suatu khidmat masyarakat.

Section 3 — UNDANG-UNDANG KECIL JALAN, PARIT DAN BANGUNAN (JENIS KHIDMAT MASYARAKAT DAN CARA PENGAWASAN PELAKSANAAN KHIDMAT MASYARAKAT) (WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA) 2026