Malaysia legislation

Section 5

of UNDANG-UNDANG KECIL JALAN, PARIT DAN BANGUNAN (PENGKOMPAUNAN KESALAHAN) (WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN) 2025

Seksyen 5

Pembayaran kompaun

(1)

Seseorang yang menyetuju terima suatu tawaran untuk mengkompaun suatu kesalahan yang boleh dikompaun hendaklah membayar kompaun itu sama ada secara tunai, melalui kiriman wang, wang pos, cek juruwang, draf bank, kad kredit atau apa-apa pemindahan wang secara elektronik yang lain kepada Ketua Pegawai Eksekutif atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa secara bertulis oleh Perbadanan Labuan.

(2)

Pembayaran di bawah perenggan (1) yang dibuat—

(a)

secara tunai hendaklah diserahkan sendiri ke alamat yang dinyatakan dalam Borang 2 Jadual Kedua;

(b)

melalui kiriman wang, wang pos, cek juruwang atau draf bank dipalang dengan perkataan “Akaun Penerima Sahaja” hendaklah diserahkan sendiri atau dihantar melalui pos berdaftar ke alamat yang dinyatakan dalam Borang 2 Jadual Kedua; atau

(c)

melalui kad kredit atau apa-apa pemindahan wang secara elektronik yang lain hendaklah dibayar ke dalam akaun

Perbadanan Labuan.

P.U. (A) 85 4

(3)

Ketua Pegawai Eksekutif atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa secara bertulis oleh Perbadanan Labuan hendaklah mengeluarkan suatu resit rasmi bagi tiap-tiap pembayaran yang diterima di bawah perenggan (2) kepada orang yang kepadanya tawaran untuk mengkompaun itu telah dibuat.

(4)

Suatu resit rasmi yang dikeluarkan di bawah perenggan (3) hendaklah termasuk apa-apa resit elektronik jika pembayaran dibuat melalui kad kredit atau apa-apa pemindahan wang secara elektronik yang lain.

Jumlah wang yang akan dipungut

Section 5 — UNDANG-UNDANG KECIL JALAN, PARIT DAN BANGUNAN (PENGKOMPAUNAN KESALAHAN) (WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN) 2025