Malaysia legislation

Section 14A

of UNDANG-UNDANG KECIL KERAJAAN TEMPATAN (DATARAN MERDEKA) (WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR) (PINDAAN) 2015

Seksyen 14A

(1)

Datuk

Bandar boleh, menurut budi bicaranya menyita, memindahkan dan menahan apa-apa barang atau benda yang dibawa masuk ke

Dataran Merdeka di suatu tempat yang sesuai bagi apa-apa tempoh sebagaimana yang ditentukan oleh Datuk Bandar atas risiko pemunyanya atau orang yang melakukan kesalahan itu.

(2)

Bagi barang-barang atau benda dari jenis mudah rosak, Datuk

Bandar boleh melupuskan barang-barang atau benda itu dengan serta merta tanpa notis mengikut apa-apa cara yang difikirkan sesuai oleh Datuk

Bandar.

(3)

Sekiranya terdapat apa-apa struktur yang didirikan di Dataran

Merdeka tanpa mendapat kebenaran bertulis daripada Datuk Bandar, Datuk

Bandar boleh merobohkan, mengalihkan dan menahan struktur itu di suatu

6

tempat yang sesuai bagi apa-apa tempoh sebagaimana yang ditentukan oleh

Datuk Bandar atas risiko pemunyanya atau orang yang melakukan kesalahan itu.

(4)

Mana-mana orang yang barang atau bendanya telah disita dan ditahan di bawah perenggan (1) atau (2) atau yang strukturnya telah dirobohkan, dialihkan dan ditahan di bawah perenggan (3) hendaklah menuntut barang atau benda atau struktur kepunyaannya dalam tempoh yang diberikan oleh Datuk Bandar tertakluk kepada bayaran untuk kos pengangkutan dan penyimpanan sebagaimana yang ditentukan oleh Datuk Bandar. Sekiranya tidak ada tuntutan dibuat dalam tempoh yang diberikan, barang atau benda atau struktur itu akan dilupuskan tanpa notis mengikut apa-apa cara yang difikirkan sesuai oleh Datuk Bandar.

(5)

Mana-mana orang yang barang atau benda atau strukturnya telah dilupuskan di bawah perenggan (4) tidak berhak menuntut apa-apa pampasan atau ganti rugi daripada Datuk Bandar.”.

Undang-undang kecil baru 14B

Section 14A — UNDANG-UNDANG KECIL KERAJAAN TEMPATAN (DATARAN MERDEKA) (WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR) (PINDAAN) 2015