Malaysia legislation
Section 4
of UNDANG-UNDANG KECIL LEMBAGA PELABUHAN JOHOR (PELABUHAN PASIR GUDANG) (SKALA CAJ) (PINDAAN) 2021
Seksyen 4
Perenggan 8(1) Undang-Undang Kecil ibu dipinda—
(a)
dengan menggantikan subperenggan 8(1)(b) dengan subperenggan yang berikut:
“(b)
menghimpit, meninggalkan himpitan atau menganjakkan sesuatu vesel di Tempat Berlabuh Diluluskan Lembaga atau mana-mana kawasan lain di dalam Pelabuhan kecuali dermaga Lembaga;”;
(b)
dalam subperenggan (c), dengan memotong perkataan “atau” di hujung subperenggan itu; dan
P.U. (A) 357 4
(c)
dengan memasukkan selepas subperenggan (c) subperenggan yang berikut:
“(ca) membantu atau menganjakkan sesuatu vesel bagi tujuan simpan tunggu;
(cb)
membantu atau menganjakkan atau menghimpit, atau meninggalkan himpitan atau menunda atau mengiringi pelantar minyak, kapal mati, kapal yang drafnya melebihi 12
meter, kapal berbentuk tidak teratur atau lain-lain di dermaga Lembaga atau di jeti persendirian atau dalam
Pelabuhan atau bagi tujuan simpan tunggu;
(cc)
membantu atau menganjakkan atau menghimpit, atau meninggalkan himpitan atau menunda atau mengiringi semua vesel yang terlibat dalam urusan aktiviti penyelamatan; atau”.
Pindaan undang-undang kecil 11