Malaysia legislation
Section 4
of UNDANG-UNDANG KECIL LEMBAGA PELABUHAN KELANG (SKALA KADAR, DIUS DAN CAJ) (PINDAAN) 2024
Seksyen 4
Undang-Undang Kecil ibu dipinda dengan memasukkan selepas undang-undang kecil 37A undang-undang kecil yang berikut:
“Caj pintu depoh 37B.
(1)
Seseorang pengguna pelabuhan hendaklah membayar caj pintu depoh kepada Lembaga bagi pengendalian kontena kosong berdasarkan kategori sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga pada kadar sebagaimana yang dinyatakan dalam Bahagian 10 Jadual Ketiga.
(2)
Dalam menentukan kategori Depoh Kontena Kosong, Lembaga akan menjalankan audit pematuhan ke atas operasi keselamatan, kesejahteraan, kemudahan, prestasi dan perkara lain yang berhubungan dengannya.”.
Pindaan Jadual Ketiga