PERMULAAN
Undang-undang kecil
/akn/my/act/pua/2020/108
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Quick answer
UNDANG-UNDANG KECIL LEMBAGA PELABUHAN LABUAN (PELABUHAN TELUK VICTORIA) (SKALA KADAR, DIUS DAN CAJ) 2020 is Malaysia P.U. (A), cited as P.U. (A) 108 2020, currently marked in force and first recorded in 2020.
Bahagian I
Undang-undang kecil
Nama dan permulaan kuat kuasa
Tafsiran
Bahagian II
Jenis caj
Dius pelabuhan
Dius simpan tunggu
Caj pengendalian kargo kapal ke kapal
Bahagian III
Penentuan berat
Asas caj
Pengiraan ukuran dan berat
Pembayaran caj
Caj terkurang
Had masa dan syarat bagi bayaran balik caj berlebihan
Tanggungan bagi caj
Pengeluaran semula dokumen
Caj pesisir depan
Jadual Pertama
Jadual Kedua
901
AKTA LEMBAGA PELABUHAN BINTULU 1981
Undang-Undang Kecil Lembaga Pelabuhan Labuan (Pelabuhan
Teluk Victoria) (Skala Kadar, Dius dan Caj) 2020
Pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen 27 dan 67 Akta Lembaga
Pelabuhan Bintulu 1981 [Akta 243] dan menurut Perintah Lembaga Pelabuhan
Bintulu (Peluasan Fungsi) 2017 [P.U. (A) 35/2017], Lembaga Pelabuhan Labuan, dengan kelulusan Menteri, membuat undang-undang kecil yang berikut:
Bahagian I
PERMULAAN
Nama dan permulaan kuat kuasa
1. (1) Undang-undang kecil ini bolehlah dinamakan Undang-Undang Kecil
Lembaga Pelabuhan Labuan (Pelabuhan Teluk Victoria) (Skala Kadar,
Dius dan Caj) 2020.
Undang-Undang Kecil ini mula berkuat kuasa pada 6 April 2020.
Tafsiran
2. Dalam Undang-Undang Kecil ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“hari” berhubung dengan suatu transaksi, ertinya tempoh selama dua puluh empat jam dari masa permulaan transaksi itu;
“kargo” hendaklah termasuk barang-barang sama ada dalam kontena atau selainnya, dan bagasi dan barang penumpang;
“Lembaga” ertinya Lembaga Pelabuhan Labuan yang ditubuhkan melalui Perintah Lembaga Pelabuhan Bintulu (Peluasan Fungsi) 2017
[P.U. (A) 35/2017] dan termasuklah pekhidmat dan ejennya;
“Pelabuhan” ertinya Pelabuhan Teluk Victoria di dalam had kawasan yang diisytiharkan di bawah seksyen 6 Ordinan Perkapalan Saudagar 1952
[Ord. 70/1952];
“simpan tunggu” berhubung dengan suatu kapal, ertinya tidak digunakan secara aktif dengan syarat bahawa nakhoda atau pemilik kapal itu telah memberikan notis bertulis kepada Lembaga bahawa kapal itu adalah dalam keadaan sedemikian, dan Lembaga itu telah memberikan kelulusan bertulis mereka;
“tan” ertinya satu tan metrik merangkumi satu ribu kilogram atau satu meter padu;
902
“TK” ertinya tanan kasar sesuatu kapal yang diukur mengikut Konvensyen
Antarabangsa Pengiraan Tanan Kapal 1969;
“transaksi” termasuklah semua perkhidmatan yang diberikan, dibekalkan atau disediakan oleh Lembaga atau penggunaan kemudahan Lembaga oleh pengguna pelabuhan.
Bahagian II
Jenis caj
3. Lembaga boleh mengenakan jenis caj yang berikut ke atas pengguna pelabuhan dan caj itu hendaklah dikreditkan ke dalam akaun kapal:
dius pelabuhan;
dius simpan tunggu; dan
caj pengendalian kargo kapal ke kapal.
Dius pelabuhan
4. (1) Seseorang pengguna pelabuhan, berhubung dengan kapal yang memasuki atau singgah di Pelabuhan bagi apa-apa maksud, hendaklah membayar dius pelabuhan kepada Lembaga, pada kadar yang dinyatakan dalam ruang (3),
Bahagian 1 Jadual Pertama.
Walau apa pun perenggan (1), dius pelabuhan minimum hendaklah terpakai pada kadar yang dinyatakan dalam ruang (4), Bahagian 1 Jadual
Pertama berhubung dengan kapal yang memasuki atau singgah di Pelabuhan bagi apa-apa maksud untuk tempoh seperti yang berikut—
tidak melebihi tiga puluh hari, jika dius pelabuhan di bawah perenggan tersebut kurang daripada sepuluh ringgit; atau
melebihi tiga puluh hari, jika dius pelabuhan di bawah perenggan tersebut kurang daripada dua ringgit.
Dius pelabuhan di bawah perenggan (1) tidak terpakai bagi—
semua kapal kepunyaan Kerajaan Malaysia;
kapal yang singgah di Pelabuhan untuk mendapatkan bantuan perubatan dan menurunkan orang sakit;
kapal yang mencari perlindungan di Pelabuhan akibat kerosakan, ribut atau keadaan cuaca buruk yang lain;
903
kapal yang singgah di Pelabuhan bagi maksud pemuatan atau pemunggahan barang atau bahan-bahan untuk kegunaan Lembaga sendiri dan kapal yang digunakan untuk kerja-kerja pemasangan dan penyelenggaraan yang ditanggung oleh Lembaga; dan
kapal yang melalui had Pelabuhan dalam alur pelayaran biasa.
Dius simpan tunggu
5. Seseorang pengguna pelabuhan hendaklah membayar dius simpan tunggu kepada Lembaga bagi kapal yang simpan tunggu pada kadar yang dinyatakan dalam Bahagian 2 Jadual Pertama.
Caj pengendalian kargo kapal ke kapal
6. Seseorang pengguna pelabuhan, hendaklah membayar caj pengendalian kargo kapal ke kapal pada kadar yang dinyatakan dalam Bahagian 3 Jadual
Pertama.
Bahagian III
PELBAGAI
Penentuan berat 7.
Lembaga hendaklah menentukan berat barang bagi maksud pengiraan caj dengan cara yang berikut:
menimbang;
menghendaki pekapal atau penerima konsain memberikan butir-butir berat; atau
menilai ukuran atau anggaran berat itu.
Asas caj
8. (1) Lembaga boleh mengenakan caj berasaskan ukuran tan jika berat tan tidak boleh ditentukan atau sebaliknya.
Caj hendaklah berasaskan berat atau ukuran tan, mengikut mana-mana yang lebih besar.
Dalam hal kargo pukal, caj hendaklah berasaskan tan yang diikrar dalam manifes tan atau ditentukan oleh ukuran kedalaman.
Bagi maksud undang-undang kecil ini, satu ribu kilogram adalah sama dengan satu tan dan satu meter padu adalah sama dengan satu tan.
904
Pengiraan ukuran dan berat
9. (1) Dalam mengira ukuran, bahagian suatu meter padu hendaklah dibundarkan kepada meter padu paling dekat yang lebih tinggi.
Dalam mengira berat, bahagian suatu tan hendaklah dibundarkan kepada tan paling dekat yang lebih tinggi.
Pembayaran caj
10. (1) Apa-apa pembayaran caj hendaklah dibayar melalui lejer atau akaun kredit yang lain berserta dengan suatu jaminan kewangan.
Jika kemudahan kredit disediakan oleh Lembaga kepada pengguna pelabuhan, jumlah tertunggak yang berkenaan dengannya kemudahan kredit itu diberikan hendaklah dijelaskan dalam tempoh tiga puluh hari dari tarikh invois.
Jumlah tertunggak yang tidak dijelaskan dalam tempoh yang dinyatakan dalam perenggan (2) hendaklah dikenakan surcaj sebagai ganti rugi sebanyak sejumlah wang yang sama banyaknya dengan caj yang tidak dibayar.
Jumlah tertunggak yang disebut dalam perenggan (3) yang tidak dijelaskan tidak termasuk amaun surcaj.
Caj terkurang 11.
Lembaga berhak memungut apa-apa amaun caj yang ditentukan sebagai terkurang caj atau selainnya didapati kena dibayar, dan hendaklah menuntut secara bertulis pembayaran apa-apa amaun itu dalam masa enam tahun dari tarikh transaksi.
Had masa dan syarat bagi bayaran balik caj berlebihan
12. (1) Seseorang pengguna pelabuhan berhak mendapat bayaran balik apa-apa caj berlebihan jika suatu tuntutan bagi bayaran balik dikemukakan secara bertulis kepada Lembaga dalam tempoh enam tahun dari tarikh transaksi.
Seseorang pengguna pelabuhan yang menuntut bayaran balik apa-apa caj berlebihan hendaklah memberikan maklumat penuh yang disokong oleh apa-apa keterangan dokumentar yang lain sebagaimana yang dikehendaki oleh
Lembaga.
Dalam hal kargo, Lembaga hendaklah menerima tuntutan bayaran balik jika pengguna pelabuhan telah mempertikaikan ukuran atau berat kargo itu pada masa kargo itu diukur atau ditimbang.
905
Tanggungan bagi caj
13. (1) Seseorang penerima konsain hendaklah bertanggungan bagi semua caj kargo masuk.
Seseorang pekapal adalah bertanggungan bagi semua caj kargo keluar.
Seseorang nakhoda kapal atau ejen kapal hendaklah bertanggungjawab bagi semua caj yang boleh didapati daripada kapal dan kargo pindah kapal.
Pengeluaran semula dokumen 14.
Jika apa-apa baucar, kertas hitung, invois atau dokumen lain yang berhubungan dengan penghantaran kargo yang dikeluarkan oleh Lembaga kepada pengguna pelabuhan telah hilang atau secara tidak sengaja telah rosak atau butir-butir itu tidak boleh dibaca, Lembaga setelah berpuas hati dengan kehilangan, kerosakan atau tidak boleh dibaca itu hendaklah, dengan bayaran fi sebanyak dua puluh lima ringgit, mengeluarkan semula dokumen asal atau dokumen gantian, mengikut mana-mana yang berkenaan.
Caj pesisir depan 15.
Seseorang penerima konsain atau pekapal hendaklah membayar caj pesisir depan kepada Lembaga bagi kargo dan kenderaan yang melintasi pesisir depan dalam had Pelabuhan selain pesisir depan di dalam premis Pelabuhan pada kadar yang dinyatakan dalam Jadual Kedua.
Jadual Pertama
Bahagian 1
DIUS PELABUHAN
[undang-undang kecil 4]
Butiran
Perihalan
Bagi setiap TK atau sebahagian daripadanya
Dius pelabuhan minimum
(1)
(2)
(3)
(4)
1.
Bagi setiap kapal yang memasuki atau singgah di Pelabuhan bagi apa-apa maksud
tidak melebihi tempoh 30 hari, setiap kemasukan
melebihi tempoh 30 hari, sebagai tambahan kepada caj yang kena dibayar di butiran 1(a), bagi setiap hari atau sebahagian daripadanya 0.10 0.02 10.00 2.00
906
Bahagian 2
DIUS SIMPAN TUNGGU
[undang-undang kecil 5]
Butiran
TK kapal
Bagi setiap 30 hari atau sebahagian dari-padanya bagi setiap kemasukkan
(1)
(2)
(3)
1.
Tidak melebhi 1000 TK
750.00 2.
Melebihi 1000 TK tetapi tidak melebihi 2000 TK
1,250.00 3.
Melebihi 2000 TK tetapi tidak melebihi 15,000 TK
1,750.00 4.
Melebihi 15,000 TK
3,500.00 dan dengan tambahan 1.80
bagi setiap 100 TK atau sebahagian daripadanya
Bahagian 3
CAJ PENGENDALIAN KARGO KAPAL KE KAPAL
[undang-undang kecil 6]
Butiran
Perihalan
Bagi setiap tan kargo atau sebahagian daripadanya
(1)
(2)
(3)
1.
Kargo dipindahkan dari satu kapal ke kapal lain dalam had Pelabuhan 0.15
Jadual Kedua
CAJ PESISIR DEPAN
[undang-undang kecil 15]
Butiran
Perihalan
Bagi setiap tan kargo atau sebahagian daripadanya
(1)
(2)
(3)
1.
Semua kargo yang melintasi persisir depan 1.00
Dibuat 30 Mac 2020
[LPL.100-1/1/1(1); PN(PU2)388/V]
Chan Foong Hin
Pengerusi
Lembaga Pelabuhan Labuan
Diluluskan 31 Mac 2020
[MOT.BM (S). 600-2/7/7(9); PN(PU2)388/V]
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong
Menteri Pengangkutan
907
BINTULU PORT AUTHORITY ACT 1981
Labuan Port Authority (Victoria Bay Port) (Scale of Rates,
Dues and Charges) By-laws 2020
ARRANGEMENT OF BY-LAWS
Part I
PRELIMINARY
By-law
1.
Citation and commencement
2.
Interpretation
Part II
SHIP’S ACCOUNT CHARGES
3.
Type of charges
4.
Port dues
5.
Lay-up dues
6.
Handling charge for ship to ship cargo
Part III
MISCELLANEOUS
7.
Determination of weight
8.
Basis of charges
9.
Calculation of measurement and weight
10.
Payment of charges
11.
Undercharge
12.
Time limit and condition for refund of overcharge
13.
Liability for charges
14.
Re-issuance of documents
15.
Foreshore charge
First Schedule
Second Schedule
908
BINTULU PORT AUTHORITY ACT 1981
Labuan Port Authority (Victoria Bay Port) (Scale of Rates,
Dues and Charges) By-laws 2020
In exercise of the powers conferred by sections 27 and 67 of the Bintulu Port
Authority Act 1981 [Act 243] and pursuant to Bintulu Port Authority (Extension of Functions) Order 2017 [P.U. (A) 35/2017], the Labuan Port Authority, with the approval of the Minister, makes the following by-laws:
Part I
PRELIMINARY
Citation and commencement
1. (1) These by-laws may be cited as the Labuan Port Authority (Victoria
Bay Port) (Scale of Rates, Dues and Charges) By-laws 2020.
These By-laws come into operation on 6 April 2020.
Interpretation
2. In these By-laws, unless the context otherwise requires—
“day” in relation to a transaction, means the period of twenty-four hours from the time of the commencement of the transaction;
“cargo” shall include goods whether containerized or otherwise, and passenger luggage and effects;
“Authority” means the Labuan Port Authority established by Bintulu Port
Authority (Extension of Functions) Order 2017 [P.U. (A) 35/2017] and includes its servants and agents;
“Port” means the Victoria Bay Port within the limits declared under section 6
of the Merchant Shipping Ordinance 1952 [Ord. 70/1952];
“lay-up” in relation to a ship, means not actively employed provided that the master or owner of such ship has given written notice to the Authority that the ship is in such condition, and the Authority have given their written approval;
“tonne” means one metric tonne of one thousand kilogramme or one cubic metre;
“GT” means the gross tonnage of a ship measured in accordance with the
International Convention of Tonnage Measurement of Ships 1969;
“transaction” includes all services rendered, supplied or provided by the
Authority or the use of Authority’s facilities by the port user.
909
Part II
SHIP’S ACCOUNT CHARGES
Type of charges
3. The Authority may imposed the following types of charges on the port user and such charges shall be credited into the ship’s account:
port dues;
lay-up dues; and
handling charge for ship to ship cargo.
Port dues
4. (1) A port user, in relation to a ship entering or calling the Port for any purpose, shall pay the port dues to the Authority, at the rate as specified in column (3), Part 1 of the First Schedule.
Notwithstanding paragraph (1), the minimum port dues shall apply at the rate as specified in column (4), Part 1 of the First Schedule in relation to a ship entering or calling the Port for any purpose for such period as follows—
not exceeding thirty days, where the port dues under that paragraph is less than ten ringgit; or
exceeding thirty days, where the port dues under that paragraph is less than two ringgit.
Port dues under paragraph (1) not applicable for—
all ships belonging to the Government of Malaysia;
ships calling at the Port for medical assistance and disembarking ill passengers;
ship seeking refuge at the Port because of damage, storm or any other bad weather situation;
ships calling at the Port for the purpose of loading or discharging of merchandise or materials for the sole use of the Authority and ships used for installation and maintenance works borne by the Authority;
and
ships passing through the Port limit during innocent passage.
910
Lay-up dues
5. A port user shall pay the lay-up dues to the Authority for a ship on lay-up at the rate specified in Part 2 of the First Schedule.
Handling charge for ship to ship cargo
6. A port user shall pay the handling charge for ship to ship cargo to the
Authority at the rate specified in Part 3 of the First Schedule.
Part III
MISCELLANEOUS
Determination of weight
7. The Authority shall determine the weight of goods for the purpose of calculating charges by way of the following:
weighing;
requiring the shipper or consignee to furnish particulars of the weight;
or
assessing the weight measurement or estimation.
Basis of charges
8. (1) The Authority may impose charges on measurement tonnage if the weight tonnage cannot be ascertained or vice versa.
The charges shall be based on weight or measurement tonnage, whichever is greater.
In the case of bulk cargo, the charges shall be based on tonnage declared in the manifest tonnage or determined by draft survey.
For purpose of this by-law, one thousand kilogrammes is equivalent to one tonne and one cubic metre is equivalent to one tonne.
Calculation of measurement and weight
9. (1) In calculating the measurement, fractions of a cubic metre shall be rounded-up to the next higher cubic metre.
In calculating the weight, fractions of a tonne shall be rounded-up to the next higher tonne.
911
Payment of charges
10. (1) Any payment of charges shall be payable by ledger or other credit account accompanied by a financial security.
Where credit facilities are made available by the Authority to a port user, the outstanding amount shall be settled within the period of thirty days from the date of the invoice.
The outstanding amount which is not settled within the period as specified in paragraph (2) shall be surcharged as damages of a sum equal to the charges to be paid.
The outstanding amount referred to in paragraph (3) shall not include the surcharge amount.
Undercharge 11.
The Authority shall be entitled to collect any amount of charges which may be ascertained to have been undercharged or that which may otherwise be found to be due, and shall demand in writing the payment of any such amount within six years from the date of transaction.
Time limit and condition for refund of overcharge
12. (1) A port user shall be entitled to a refund of any overcharge if a claim for refund is submitted in writing to the Authority within six years from the date of the transaction.
A port user who claims for refund of any overcharge shall provide full information supported by such other documentary evidence as may be required by the Authority.
In the case of cargo, the Authority shall accept a claim for refund if the port user has disputed the measurement or weight of such cargo at the time such cargo was measured or weighed.
Liability for charges
13. (1) A consignee shall be liable for all charges on inward cargo.
A shipper shall be liable for all charges on outward cargo.
A master of a ship or ship’s agent shall be responsible for all charges recoverable from the ship and on cargo.
912
Re-issuance of documents 14.
If any voucher, tally sheet, invoice or other documents relating to the delivery of cargo issued by the Authority to the port user has been lost or accidentally defaced or the particulars have become illegible, the Authority upon being satisfied as to such loss, defacement or illegibility shall, on payment of a fee of twenty-five ringgit, re-issue a copy of the original document or a replacement document, as the case may be.
Foreshore charge 15.
A consignee or shipper shall pay the foreshore charge to the Authority for cargo and vehicles passing over the foreshore within the Port limit other than the foreshore within the port premises at the rate specified in the Second
Schedule.
First Schedule
SHIP’S ACCOUNT CHARGE
Part 1
PORT DUES
[by-law 4]
Item
Description
Per GT or part thereof
Minimum port dues
(1)
(2)
(3)
(4)
1.
Per ship entering or calling the Port for any purpose
not exceeding 30 days, per entry
exceeding 30 days, in addition to charges payable in item 1(a), per day or part thereof 0.10 0.02 10.00 2.00
Part 2
LAY-UP DUES
[by-law 5]
Item
GT of ship
For 30 days or part thereof per entry
(1)
(2)
(3)
1.
Not exceeding 1,000 GT
750.00 2.
Exceeding 1,000 GT but not exceeding 2,000 GT
1,250.00
913
Item
GT of ship
For 30 days or part thereof per entry
(1)
(2)
(3)
3.
Exceeding 2,000 GT but not exceeding 15,000 GT
1,750.00 4.
Exceeding 15,000 GT
3,500.00 and with addition of 1.80 per 100 GT or part thereof
Part 3
HANDLING CHARGE FOR SHIP TO SHIP CARGO
[by-law 6]
Item
Description
Per tonne of cargo or part thereof
(1)
(2)
(3)
1.
Cargo movement from one ship to another ship within the Port limit 0.15
Second Schedule
FORESHORE CHARGES
[by-law 15]
Item
Description
Per tonne of cargo or part thereof
(1)
(2)
(3)
1.
All cargo passing over the foreshore 1.00
Made 30 March 2020
[LPL.100-1/1/1(1); PN(PU2)388/V]
Chan Foong Hin
Chairman
Labuan Port Authority
Approved 31 March 2020
[MOT.BM (S). 600-2/7/7(9); PN(PU2)388/V]
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong
Minister of Transport