Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
Undang-Undang
Kecil
Suruhanjaya
Pelabuhan
Pulau
Pinang
(Pelabuhan Pulau Pinang) (Skala Kadar) 2021 [P.U. (A) 356/2021], yang disebut sebagai
“Undang-Undang Kecil ibu” dalam Undang-Undang Kecil ini, dipinda dengan menggantikan undang-undang kecil 2 dengan undang-undang kecil yang berikut:
“Tafsiran 2.
Dalam Undang-Undang Kecil ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“barangan berbahaya” ertinya barangan berbahaya sama ada dalam bentuk dibungkus, dikontenakan atau diangkut secara pukal, dan termasuklah barangan yang diklasifikasikan oleh Suruhanjaya mengikut kumpulan yang dinyatakan dalam Jadual C kepada Undang-Undang Kecil Suruhanjaya
Pelabuhan Pulau Pinang 1957 [L.N. (N.S.) 93/1957] dan mematuhi
Kod BBMA dan penyiaran PMA lain yang berkaitan yang dipinda dari semasa ke semasa dan diguna pakai oleh Suruhanjaya;
P.U. (A) 372 3
“bungkusan” termasuklah apa-apa kotak, bakul, tong, bekas, peti, guni, beg, pembalut, sampul atau penutup atau benda lain yang di dalamnya apa-apa kargo ditempatkan bagi maksud untuk dibawa, dikonsain, diangkut, diimport atau dieksport;
“dermaga Suruhanjaya” ertinya sesuatu himpitan, dermaga, dok, tambangan atau tempat pendaratan yang dikendalikan atau dikawal oleh
Suruhanjaya;
“hari” berhubung dengan sesuatu transaksi, ertinya tempoh selama dua puluh empat jam dari masa permulaan transaksi itu dengan Suruhanjaya;
“himpitan”
ertinya sesuatu dok, tambangan, jeti, bagan, tempat pendaratan atau dermaga yang bersambung dengan pesisir bahagian pantai;
“kargo pindah kapal” ertinya kargo yang didaratkan dari suatu vesel dan ditempatkan dalam jagaan Suruhanjaya bagi maksud pengiriman di atas suatu vesel lain melalui bil muatan yang ditarikhkan di pelabuhan yang kargo itu dimuatkan dan yang menunjukkan bahawa destinasinya adalah melalui
Pelabuhan Pulau Pinang, dan destinasi pelabuhan terakhir yang hendaklah suatu pelabuhan selain Pelabuhan Pulau Pinang ditandakan pada setiap bungkusan atau unit yang mengandungi kargo itu dan diisytiharkan kepada
Suruhanjaya sebelum atau pada masa kargo itu diletakkan dalam jagaan
Suruhanjaya;
“kargo yang dipaletkan” ertinya kargo dalam bungkusan atau unit kecil yang telah dibalut, diikat, atau dibalut dan diikat bersama dan ditempatkan di atas suatu palet;
“kargo yang diunitkan” ertinya kargo dalam bungkusan atau unit kecil yang telah dibalut, diikat, atau dibalut dan diikat bersama sebagai suatu unit tunggal;
P.U. (A) 372 4
“KMK” ertinya Kontena Muatan Kurang yang diisytiharkan oleh syarikat perkapalan atau ejennya dalam manifes, senarai pemunggahan kontena, senarai muatan atau penyata terdahulu eksport, yang dikemukakan kepada
Suruhanjaya sebelum pemunggahan atau pemuatan sesuatu kargo ke atas sesuatu vesel;
“KMP” ertinya Kontena Muatan Penuh yang diisytiharkan oleh syarikat perkapalan atau ejennya dalam manifes, senarai pemunggahan kontena, senarai muatan atau penyata terdahulu eksport, yang dikemukakan kepada
Suruhanjaya sebelum pemunggahan atau pemuatan sesuatu kargo ke atas sesuatu vesel;
“Kod BBMA” ertinya Kod Barangan Berbahaya Maritim Antarabangsa yang disiarkan oleh PMA;
“KPK” ertinya Kawasan Pemeriksaan Kastam di dalam premis
Suruhanjaya;
“kraf marin” termasuklah bot tunda, bot malim atau mana-mana kraf marin lain, yang digunakan atau diniatkan untuk digunakan di dalam dan di luar pelabuhan bagi operasi marin, perkhidmatan marin atau aktiviti marin;
“Pengurus” ertinya mana-mana pegawai yang menjaga operasi pelabuhan masing-masing atau mana-mana pegawai lain yang bertindak di bawah atau dengan kuasa pegawai yang menjaga;
“PK” ertinya panjang keseluruhan sesuatu vesel yang diukur dari titik paling hadapan vesel itu ke titik paling belakang vesel itu;
“PMA” ertinya Pertubuhan Maritim Antarabangsa;
“premis Suruhanjaya” termasuklah mana-mana tempat yang dimiliki atau diduduki oleh Suruhanjaya dan diuntukkan oleh Suruhanjaya
P.U. (A) 372 5
bagi pendaratan dan pengapalan apa-apa kargo, termasuk mana-mana bahagian tebing sungai yang dimiliki atau diduduki sedemikian yang telah diperbaiki untuk memudahkan pendaratan dan pengapalan itu dan mana-mana pesisir depan yang dimiliki atau diduduki sedemikian dan digunakan bagi maksud sedemikian;
“SBK” ertinya Stesen Barangan Kontena di dalam premis Suruhanjaya;
“simpanan percuma” ertinya tempoh yang dinyatakan yang sesuatu kargo atau kontena memenuhi ruang yang diberikan kepadanya di dalam premis Suruhanjaya tanpa caj penyimpanan;
“syif” ertinya tiga waktu bekerja yang berulang-ulang dalam satu hari seperti yang berikut:
(a)
syif pertama: dari pukul 0730 sehingga pukul 1530 pada hari yang sama;
(b)
syif kedua: dari pukul 1530 sehingga pukul 2330 pada hari yang sama; dan
(c)
syif ketiga: dari pukul 2330 sehingga pukul 0730 pada hari berikutnya;
“tan” ertinya satu tan metrik yang bersamaan dengan satu ribu kilogram atau satu meter padu;
“terminal vesel persiaran” ertinya Swettenham Pier Cruise Terminal, termasuk himpitan dalam, himpitan luar dan himpitan terapung;
“TK” ertinya tanan kasar yang didaftarkan bagi sesuatu vesel yang diukur mengikut Konvensyen Antarabangsa Pengiraan Tanan Kapal 1969;
P.U. (A) 372 6
“vesel persiaran” ertinya mana-mana vesel yang digunakan bagi pengangkutan penumpang bagi maksud pelancongan, percutian atau rekreasi, yang mungkin melibatkan pemberhentian di beberapa destinasi atau pelabuhan persinggahan dan biasanya menyediakan kemudahan dan perkhidmatan di atas kapal.”.
Pindaan undang-undang kecil 3