Malaysia legislation
Section 15
of AKTA PENILAI, PENTAKSIR DAN EJEN HARTA TANAH (PINDAAN) 2011
Seksyen 15
Lembaga berpuas hati bahawa—
(a)
dalam subseksyen (1), dengan memasukkan selepas perkataan “fi,” perkataan “komisen,”;
(b)
dengan memasukkan selepas subseksyen (1) subseksyen yang berikut:
“(1a) Sesuatu ketuanpunyaan tunggal yang menjalankan amalan penilaian, pentaksiran atau perejenan harta tanah, mengikut mana-mana yang berkenaan, tidak boleh didaftarkan oleh Lembaga melainkan jika—
(a)
tuan punya tunggal bagi ketuanpunyaan tunggal itu merupakan penilai, pentaksir atau ejen harta tanah berdaftar, mengikut mana-mana yang berkenaan;
(b)
kepentingan dalam ketuanpunyaan tunggal itu terletak hak semata-mata pada tuan punya tunggal itu; dan
(c)
tuan punya tunggal bagi ketuanpunyaan tunggal itu telah memenuhi semua syarat yang ditentukan oleh Lembaga.”;
(c)
dalam subseksyen (2)—
(i)
dalam perenggan (a), dengan menggantikan subperenggan (i), (ii) dan (iii) dengan subperenggan yang berikut:
“(i) dalam hal suatu amalan penilaian—
(a)
semata-mata penilai berdaftar;
12
Undang-Undang Malaysia 12
Akta A1404
(b)
suatu gabungan penilai berdaftar, pentaksir berdaftar dan ejen harta tanah berdaftar; atau
(c)
suatu gabungan penilai berdaftar dan mana-mana orang atau pertubuhan perbadanan yang lain;
(ii)
dalam hal suatu amalan pentaksiran—
(a)
semata-mata pentaksir berdaftar;
(b)
suatu gabungan pentaksir berdaftar, penilai berdaftar dan ejen harta tanah berdaftar; atau
(c)
suatu gabungan pentaksir berdaftar dan mana-mana orang atau pertubuhan perbadanan yang lain;
dan
(iii)
dalam hal suatu amalan perejenan harta tanah—
(a)
semata-mata ejen harta tanah berdaftar;
(b)
suatu gabungan ejen harta tanah berdaftar, penilai berdaftar dan pentaksir berdaftar; atau
(c)
suatu gabungan ejen harta tanah berdaftar dan mana-mana orang atau pertubuhan perbadanan yang lain;”; dan
(ii)
dalam perenggan (b)—
(a)
dalam subperenggan (ii), dengan memotong perkataan “dan” di hujung subperenggan itu; dan
(b)
dengan memasukkan selepas subperenggan
(iii)
subperenggan yang berikut:
“(iv) dalam hal suatu perkongsian atau pertubuhan perbadanan yang semua pekongsi bagi perkongsian itu atau semua pengarah dan pemegang syer pertubuhan
Penilai, Pentaksir dan Ejen Harta Tanah (Pindaan)
13
perbadanan itu adalah suatu gabungan penilai berdaftar, pentaksir berdaftar dan ejen harta tanah berdaftar dan mana-mana orang atau pertubuhan perbadanan yang lain—
(a)
dalam hal suatu amalan penilaian, oleh suatu majoriti penilai yang memegang kepentingan dan hak mengundi majoriti;
(b)
dalam hal suatu amalan pentaksiran, oleh suatu majoriti pentaksir yang memegang kepentingan dan hak mengundi majoriti; dan
(c)
dalam hal suatu amalan perejenan, oleh suatu majoriti ejen harta tanah yang memegang kepentingan dan hak mengundi majoriti; dan”;
(d)
dengan memasukkan selepas subseksyen (4) subseksyen yang berikut:
“(4a) Walau apa pun subseksyen (2) atau (4),
Lembaga hendaklah membatalkan pendaftaran sesuatu firma jika Lembaga mendapati bahawa—
(a)
firma itu atau mana-mana pekongsi atau pengarahnya telah melanggar atau tidak mematuhi atau tidak melaksanakan mana-mana terma, syarat atau sekatan yang dikenakan oleh
Lembaga semasa memberikan kelulusan;
(b)
komposisi pekongsi dalam perkongsian atau pengarah pertubuhan perbadanan yang menjalankan amalan penilaian, pentaksiran atau perejenan harta tanah itu tidak mematuhi kehendak dalam subseksyen (2);
(c)
pemegangan syer bagi perkongsian atau pertubuhan perbadanan yang menjalankan amalan penilaian, pentaksiran atau perejenan harta tanah itu tidak mematuhi kehendak dalam subseksyen (2);
(d)
mana-mana pekongsi bagi perkongsian atau pengarah bagi pertubuhan perbadanan yang menjalankan amalan penilaian, pentaksiran atau perejenan harta tanah, sama ada pekongsi
14
Undang-Undang Malaysia 14
Akta A1404
atau pengarah itu merupakan seorang penilai, pentaksir atau ejen harta tanah berdaftar atau selainnya, melakukan, atau telah menyumbang kepada, mana-mana perbuatan yang dinyatakan dalam perenggan (a), (b) atau (c); dan
(e)
firma itu telah melanggar mana-mana peruntukan
Akta ini atau mana-mana kaedah yang dibuat di bawahnya.”; dan
(e)
dengan memasukkan selepas subseksyen (6) subseksyen yang berikut:
“(7) Jika seseorang penilai berdaftar, pentaksir berdaftar atau ejen harta tanah berdaftar yang menjalankan amalan sebagai tuan punya tunggal dipotong namanya daripada Daftar Penilai, Pentaksir dan Ejen Harta
Tanah atau digantung daripada menjalankan amalan, dia hendaklah, dalam tempoh tiga puluh hari dari tarikh pemotongan nama atau penggantungan itu, memuaskan hati Lembaga bahawa dia telah membuat perkiraan yang sesuai untuk menyediakan bagi kliennya penilai berdaftar, pentaksir berdaftar atau ejen harta tanah berdaftar yang lain, mengikut mana-mana yang berkenaan, semasa tempoh pemotongan namanya atau penggantungannya.
(8)
Penilai berdaftar, pentaksir berdaftar atau ejen harta tanah berdaftar itu hendaklah, apabila menyediakan bagi kliennya penilai berdaftar, pentaksir berdaftar atau ejen harta tanah berdaftar yang lain di bawah subseksyen (7)—
(a)
mengarahkan penilai berdaftar, pentaksir berdaftar atau ejen harta tanah berdaftar yang lain itu untuk—
(i)
mengambil alih pengurusan firmanya;
dan
(ii)
menerima dan mengakaunkan semua jumlah wang yang kena dibayar kepada firma itu dan dipegang olehnya atau firmanya bagi pihak kliennya; dan
Penilai, Pentaksir dan Ejen Harta Tanah (Pindaan)
(b)
menyerahkan kepada penilai berdaftar, pentaksir berdaftar atau ejen harta tanah berdaftar yang lain itu semua dokumen, buku akaun, rekod dan baucar dan apa-apa dokumen lain dalam milikan atau kawalannya.
(9)
Jika seseorang penilai berdaftar, pentaksir berdaftar atau ejen harta tanah berdaftar yang menjalankan amalan di bawah suatu perkiraan perkongsian dipotong nama daripada Daftar Penilai, Pentaksir dan Ejen Harta
Tanah atau digantung daripada menjalankan amalan, dia hendaklah, dalam tempoh tiga puluh hari dari tarikh pemotongan namanya atau penggantungan itu, memuaskan hati Lembaga bahawa dia telah membuat perkiraan yang sesuai untuk menyerahkan semua kliennya dan semua dokumen yang berkaitan yang ada dalam milikannya kepada pekongsinya.
(10)
Jika nama sesuatu firma berdaftar dipotong daripada Daftar Firma atau semua pekongsi atau pengarahnya digantung daripada menjalankan amalan, pekongsi atau pengarah itu hendaklah, dalam tempoh tiga puluh hari dari tarikh pemotongan nama atau penggantungan itu, memuaskan hati Lembaga bahawa mereka telah membuat perkiraan yang sesuai untuk menyediakan bagi kliennya firma penilaian berdaftar, pentaksiran berdaftar atau perejenan harta tanah berdaftar yang lain, mengikut mana-mana yang berkenaan, semasa tempoh pemotongan nama atau penggantungannya itu.
(11)
Pekongsi atau pengarah suatu firma berdaftar hendaklah, apabila menyediakan bagi kliennya penilai berdaftar, pentaksir berdaftar atau ejen harta tanah berdaftar yang lain di bawah subseksyen (10)—
(a)
mengarahkan penilai berdaftar, pentaksir berdaftar atau ejen harta tanah berdaftar yang lain itu untuk—
(i)
mengambil alih pengurusan firmanya;
dan
(ii)
menerima dan mengakaunkan semua jumlah wang yang kena dibayar kepada firma itu dan dipegang olehnya atau firmanya bagi pihak kliennya; dan 16
Undang-Undang Malaysia 16
Akta A1404
(b)
menyerahkan kepada penilai berdaftar, pentaksir berdaftar atau ejen harta tanah berdaftar yang lain itu semua dokumen, buku akaun, rekod dan baucar dan apa-apa dokumen lain dalam milikan atau kawalannya.
(12)
Jika seseorang penilai, pentaksir atau ejen harta tanah berdaftar tidak mematuhi subseksyen (7) atau (10),
Lembaga boleh melantik seorang penilai, pentaksir atau ejen harta tanah berdaftar yang lain, mengikut mana-mana yang berkenaan, untuk menguruskan firmanya jika difikirkan oleh Lembaga bahawa firmanya perlu dikekalkan demi kepentingan awam atau kepentingan klien atau profesionnya.
(13)
Seseorang penilai, pentaksir atau ejen harta tanah berdaftar yang dilantik di bawah subseksyen (12)
hendaklah—
(a)
melakukan usahanya yang terbaik untuk melaksanakan dan menjalankan perniagaan itu dengan cara yang sepatutnya dan cekap;
(b)
menerima dan mengakaunkan semua jumlah wang yang kena dibayar kepada firma itu atau yang dipegang olehnya; dan
(c)
menyediakan untuk pemeriksaan Lembaga kesemua akaun atau rekod lain firma itu.
(14)
Jika seseorang penilai, pentaksir atau ejen harta tanah berdaftar yang menjalankan amalan sebagai tuan punya tunggal meninggal dunia, semua hak untuk mengendalikan atau selainnya membuat urusan tentang, mana-mana akaun bank atas nama penilai, pentaksir atau ejen harta tanah atau firmanya hendaklah, walau apa pun apa-apa yang berlawanan dalam Akta ini, terletak hak pada wakil diri penilai berdaftar, pentaksir berdaftar atau ejen harta tanah berdaftar itu dan hendaklah boleh dijalankan mulai dari kematian penilai berdaftar, pentaksir berdaftar atau ejen harta tanah berdaftar itu sehingga selesai tertakluk kepada kelulusan dan penyeliaan Lembaga.
Penilai, Pentaksir dan Ejen Harta Tanah (Pindaan)
(15)
Bagi maksud subseksyen (14), “akaun bank”
ertinya suatu akaun bank yang ke dalamnya wang klien dibayar.”.
Pindaan seksyen 24