Malaysia legislation
Section 20
Seksyen 20
(a)
apabila pembubarannya oleh pertubuhan belia berdaftar hendaklah ditentusahkan mengikut cara yang dikehendaki oleh Pendaftar atau apabila pembubarannya oleh Pendaftar mengikut Akta ini;
(b)
atas perintah yang dibuat oleh Menteri di bawah seksyen 33;
(c)
jika Pendaftar berpuas hati—
(i)
bahawa pendaftaran itu telah dibuat disebabkan fraud atau kesilapan atau salah nyataan dalam apa-apa butir yang material;
(ii)
bahawa pertubuhan belia berdaftar itu mungkin digunakan bagi maksud yang menyalahi undang-undang atau bagi maksud yang memudaratkan atau bertentangan dengan keamanan, kebajikan, keselamatan, ketenteraman awam, atau kemoralan di Malaysia;
31
Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia
(iii)
bahawa pertubuhan belia berdaftar itu meneruskan objektif selain objektif yang pertubuhan belia itu didaftarkan;
(iv)
bahawa pertubuhan belia berdaftar itu telah dengan sengaja melanggar mana-mana peruntukan
Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya atau mana-mana kaedahnya atau bahawa mana-mana anggota pertubuhan belia berdaftar itu telah secara kebiasaanya melanggar peruntukan subseksyen 4(1) Akta Hasutan 1948
[Akta 15] melalui apa-apa perbuatan atau ungkapan yang perenggan 3(1)(f) Akta itu terpakai;
(v)
bahawa pertubuhan belia berdaftar itu telah terhenti wujud;
(vi)
bahawa pertubuhan belia berdaftar itu telah tidak mematuhi sesuatu perintah yang dibuat oleh
Pendaftar di bawah seksyen 21;
(vii)
bahawa pertubuhan belia berdaftar itu telah tidak mematuhi peruntukan seksyen 31; atau
(viii)
bahawa pertubuhan belia berdaftar itu telah melanggar peruntukan seksyen 91; dan
(d)
apabila pertubuhan belia berdaftar itu menjadi pertubuhan belia yang menyalahi undang-undang di bawah subseksyen 23(6) kerana gagal memberikan maklumat bertulis.
(2)
Jika Pendaftar bercadang untuk membatalkan pendaftaran mana-mana pertubuhan belia berdaftar di bawah perenggan 1(c),
Pendaftar—
(a)
hendaklah memberitahu seorang atau lebih pemegang jawatan pertubuhan belia itu tentang niatnya untuk membatalkan pendaftaran pertubuhan belia itu; dan
(b)
hendaklah memberi peluang kepadanya atau mereka untuk mengemukakan sebab secara bertulis mengapa tidak patut dibatalkan pendaftaran itu dalam masa tiga puluh hari dari tarikh pemberitahuan itu.
32
Undang-Undang Malaysia
Akta 668
(3)
Pendaftar boleh, dalam tempoh yang dinyatakan dalam perenggan (2)(b), melalui perintah secara bertulis menggantung semua atau mana-mana kegiatan pertubuhan belia—
(a)
jika difikirkannya perlu berbuat demikian—
(i)
demi kepentingan awam; atau
(ii)
demi kepentingan pertubuhan belia berdaftar itu;
atau
(b)
untuk menghalang pertubuhan belia itu daripada terus melanggar mana-mana peruntukan Akta ini, mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya atau mana-mana kaedah pertubuhan belia itu.
(4)
Sesuatu perintah yang dibuat dibawah subseksyen (3)—
(a)
boleh mengandungi apa-apa syarat yang difikirkan perlu atau suai manfaat oleh Pendaftar; dan
(b)
hendaklah terus berkuat kuasa sehingga perintah itu atau pendaftaran pertubuhan belia itu dibatalkan.
(5)
Seseorang pemegang jawatan atau mana-mana orang yang menguruskan atau membantu dalam pengurusan pertubuhan belia yang tidak mematuhi perintah yang dibuat di bawah subseksyen (3)
melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit, dan dalam hal kesalahan yang berterusan, didenda selanjutnya tidak melebihi lima ratus ringgit bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas sabitan.
(6)
Jika Pendaftar membatalkan pendaftaran mana-mana pertubuhan belia di bawah seksyen ini atau di bawah mana-mana peruntukan lain Akta ini, peruntukan seksyen 25 hendaklah terpakai bagi pertubuhan belia itu dan pembatalan itu hendaklah disiarkan dalam Warta.
Kuasa Pendaftar membuat perintah tertentu berkenaan dengan pertubuhan belia berdaftar