Malaysia legislation
Section 21
Seksyen 21
(a)
menghendaki pertubuhan belia itu, dalam masa yang dinyatakan dalam perintah, memperuntukkan dalam kaedah-kaedah atau perlembagaannya bahawa pemegang jawatan dalam pertubuhan belia itu hendaklah warganegara
Malaysia, dan seterusnya menghendaki pertubuhan belia itu menamatkan jawatan mana-mana orang, yang bukan warganegara Malaysia, yang adalah pemegang jawatan sebaik sebelum perintah itu dibuat; atau
(b)
melarang pertubuhan belia itu daripada mengadakan, secara langsung atau tidak langsung, apa-apa penggabungan, pertalian, perhubungan, atau apa-apa pun urusan lain, dengan mana-mana pertubuhan, organisasi, atau apa-apa pun badan yang lain di luar Malaysia dengan mana-mana pihak berkuasa, pihak kerajaan atau selainnya, dalam mana-mana negara, wilayah atau tempat di luar
Malaysia.
(2)
Pendaftar boleh pada bila-bila masa, selepas memberi pertubuhan belia berdaftar itu suatu peluang untuk membuat representasi kepadanya, membuat suatu perintah secara bertulis menghendaki pertubuhan belia itu, dalam masa yang dinyatakan dalam perintah itu, meminda kaedah-kaedah atau perlembagaannya, supaya—
(a)
mematuhi, atau selaras dan mengikut peruntukan Akta ini atau peraturan-peraturan yang dibuat di bawahnya;
atau
(b)
menghapuskan apa-apa ketaksaan atau kekaburan, atau memperuntukkan maksud yang lebih jelas dan tepat dalam mana-mana peruntukan; atau
(c)
memperuntukkan apa-apa perkara lain yang Pendaftar dapati perlu, munasabah atau suai manfaat untuk dikehendaki.
34
Undang-Undang Malaysia
Akta 668
(3)
Jika Pendaftar membuat sesuatu perintah di bawah subseksyen (1) atau (2), dia bolehlah memasukkan ke dalam perintah itu, atau membuat atau memberi pada bila-bila masa, apa-apa kehendak atau arahan berbangkit atau bersampingan berhubung dengan perintah itu sebagaimana yang didapatinya perlu atau suai manfaat untuk dibuat atau diberi.
(4)
Pendaftar boleh, melalui permohonan secara bertulis yang dibuat kepadanya oleh suatu pertubuhan belia berdaftar, melanjutkan masa yang diberikan olehnya kepada pertubuhan belia itu dalam mana-mana perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1) atau (2) jika dia berpuas hati bahawa pertubuhan belia itu telah memberikan alasan yang baik dalam permohonannya dan adalah patut dan sesuai untuk memberikan pelanjutan itu.
(5)
Bagi maksud subseksyen (1), “pemegang jawatan” termasuklah orang yang dinyatakan dalam perenggan 13(8)(a), (b) dan (c).
(6)
Mana-mana pertubuhan belia yang melanggar mana-mana perintah yang diberi oleh Pendaftar di bawah subseksyen (1)
atau (2) atau apa-apa kehendak atau arahan yang dibuat atau diberi olehnya di bawah subseksyen (3) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima belas ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.
Maklumat yang diberikan oleh pertubuhan belia berdaftar