Malaysia legislation

Section 22

of AKTA PERTUBUHAN BELIA DAN PEMBANGUNAN BELIA 2007

Seksyen 22

Tiap-tiap pertubuhan belia berdaftar hendaklah mengemukakan kepada Pendaftar dalam masa enam puluh hari selepas mengadakan mesyuarat agung tahunannya atau sekiranya tiada mesyuarat agung tahunan diadakan, dalam tempoh enam puluh hari selepas berakhirnya setiap tahun kalendar—

(a)

suatu salinan yang benar dan lengkap apa-apa pindaan kepada kaedah-kaedah pertubuhan belia itu yang dibuat sejak tarikh pendaftaran atau tarikh penyata terakhir;

(b)

suatu senarai yang benar dan lengkap pemegang jawatan dan bilangan anggota pertubuhan belia itu yang bermastautin atau berada di Malaysia pada tarikh penyata itu atau, sekiranya tiada seorang pun pemegang jawatan pertubuhan belia itu yang bermastautin atau berada di Malaysia,

35

Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia nama, alamat dan pekerjaan orang di Malaysia yang diberi kuasa untuk bertindak untuk atau bagi pihak pertubuhan belia itu, dan bilangan anggotanya yang sedemikian bersama dengan suatu senarai yang benar dan lengkap mengenai pemegang jawatan bagi semua cawangan, jika ada, pertubuhan belia itu;

(c)

alamat atau tempat urusan pertubuhan belia itu;

(d)

akaun bagi tahun kewangan terakhir bagi pertubuhan belia itu bersama dengan kunci kira-kira yang menunjukkan kedudukan kewangan pada penutup tahun kewangan terakhir bagi pertubuhan belia itu;

(e)

nama dan alamat mana-mana pertubuhan, persatuan, atau mana-mana kumpulan orang lain, yang diperbadankan atau tidak diperbadankan, di luar Malaysia yang dengannya pertubuhan belia itu mengikut apa-apa cara bersekutu atau bergabung;

(f)

perihalan apa-apa wang atau harta, apa-apa faedah atau keuntungan kewangan yang diterima oleh pertubuhan belia itu daripada mana-mana sumber di luar Malaysia dan butir-butir lain yang berkaitan; dan

(g)

apa-apa maklumat lain sebagaimana yang dikehendaki oleh Pendaftar dari semasa ke semasa.

Pendaftar meluluskan audit dan perintah sementara bagi pembubaran

Section 22 — YOUTH SOCIETIES AND YOUTH DEVELOPMENT ACT 2007