Malaysia legislation

Section 23

of AKTA PERTUBUHAN BELIA DAN PEMBANGUNAN BELIA 2007

Seksyen 23

(a)

suatu salinan yang benar dan lengkap mengenai kaedah-kaedah mana-mana pertubuhan belia itu yang berkuat kuasa pada tarikh perintah itu;

(b)

suatu senarai yang benar dan lengkap pemegang jawatan dan anggota bagi mana-mana pertubuhan belia itu atau mana-mana cawangannya yang bermastautin atau berada di Malaysia pada tarikh perintah itu;

36

Undang-Undang Malaysia

Akta 668

(c)

suatu penyata yang benar dan lengkap bilangan mesyuarat yang telah diadakan oleh mana-mana pertubuhan belia itu atau cawangannya di Malaysia dalam tempoh enam bulan sebaik sebelum perintah itu dengan menyatakan tempat mesyuarat itu diadakan;

(d)

akaun yang diaudit dengan sewajarnya;

(e)

nama dan alamat mana-mana pertubuhan, persatuan atau mana-mana kumpulan orang lain, yang diperbadankan atau tidak diperbadankan, di luar Malaysia yang bergabung dengan pertubuhan belia itu dan butir-butir lain yang berhubungan dengannya;

(f)

perihalan apa-apa wang atau harta, apa-apa faedah atau keuntungan kewangan yang diterima oleh pertubuhan belia itu daripada mana-mana sumber di luar Malaysia dan butir-butir lain yang berhubungan dengannya; atau

(g)

apa-apa maklumat lain sebagaimana yang dikehendaki oleh Pendaftar dari semasa ke semasa.

(2)

Sesuatu notis yang diberikan di bawah subseksyen (1)

hendaklah menyatakan masa yang tidak kurang daripada empat belas hari yang dalam tempoh itu maklumat itu hendaklah diberikan:

Dengan syarat bahawa Pendaftar boleh, menurut budi bicaranya, apabila permohonan dibuat kepadanya dan ditunjukkan sebab-sebab yang cukup, memberikan apa-apa pelanjutan masa.

(3)

Bagi maksud seksyen ini, “diaudit dengan sewajarnya”

ertinya telah diaudit oleh seorang juruaudit yang diluluskan oleh Pendaftar, dan Pendaftar boleh memberikan kelulusan itu dan juruaudit yang diluluskan itu hendaklah membuat laporan tentang akaun yang diperiksa olehnya dalam apa-apa bentuk yang dikehendaki oleh Pendaftar.

(4)

Jika butir-butir yang dikehendaki diberikan di bawah subseksyen (1) tidak diberikan dalam tempoh yang dinyatakan dalam notis itu, atau dalam tempoh lanjutan yang dibenarkan oleh

Pendaftar, Pendaftar boleh membuat suatu perintah sementara bagi pembubaran pertubuhan belia itu.

37

Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia

(5)

Jika sebelum tamat tempoh tiga puluh hari dari tarikh perintah sementara itu butir-butir yang dikehendaki supaya diberikan di bawah subseksyen (1) diberikan sedemikian, Pendaftar boleh membatalkan perintah itu.

(6)

Apabila tamat tempoh tiga puluh hari dari tarikh perintah sementara itu atau, jika ada sesuatu rayuan, apabila rayuan itu ditolak, perintah tersebut hendaklah menjadi mutlak dan pertubuhan belia berdaftar itu hendaklah disifatkan sebagai suatu pertubuhan belia yang menyalahi undang-undang dan pendaftarannya hendaklah dibatalkan.

(7)

Mana-mana pertubuhan belia berdaftar yang, atas alasan kegagalannya mematuhi suatu perintah di bawah seksyen ini, telah dibatalkan pendaftarannya di bawah seksyen 20, tidak layak memohon bagi pendaftaran sehingga perintah itu telah dipatuhi atau melainkan jika dibuktikan hingga memuaskan hati Pendaftar bahawa adalah mustahil untuk mematuhi perintah itu.

Orang yang bertanggungjawab membekalkan maklumat