Malaysia legislation
Section 24
Seksyen 24
(2)
Jika suatu notis, perintah, atau dokumen lain disampaikan kepada seorang yang telah terhenti menjadi pemegang jawatan sesuatu pertubuhan belia, dia hendaklah dengan serta-merta menyerahkan notis, perintah atau dokumen itu kepada pemegang jawatan yang sedia ada atau, jika tidak diketahui, hendaklah mengembalikannya kepada Pendaftar yang menghantarnya, dan mana-mana orang yang gagal untuk berbuat demikian melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit.
38
Undang-Undang Malaysia
Akta 668
(3)
Jika mana-mana pertubuhan belia berdaftar tidak mematuhi kesemua atau mana-mana bahagian perintah yang diberikan di bawah seksyen 22 dan 23, setiap orang yang disebut dalam subseksyen (1) yang telah disampaikan dengan perintah sedemikian melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit melainkan jika dia membuktikan sehingga mahkamah berpuas hati bahawa dia telah melaksanakan kebijaksanaan dengan sewajarnya dan telah tidak mematuhi perintah itu atas alasan yang di luar kawalannya.
(4)
Jika apa-apa maklumat yang dibekalkan kepada Pendaftar bagi mematuhi apa-apa perintah yang diberikan di bawah seksyen 22 dan 23 adalah palsu, tidak betul atau tidak lengkap tentang mana-mana butir yang material, maka orang yang telah membekalkan maklumat itu melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ribu ringgit melainkan jika dia membuktikan sehingga mahkamah berpuas hati bahawa dia mempunyai alasan yang baik untuk mempercayai bahawa maklumat itu adalah benar, betul dan lengkap.
Akibat perintah Menteri di bawah seksyen 33, penolakan pendaftaran pertubuhan belia oleh Pendaftar di bawah seksyen 9
dan pembatalan pendaftaran pertubuhan belia di bawah seksyen 20