Malaysia legislation
Section 25
Seksyen 25
(a)
harta pertubuhan belia itu hendaklah dengan serta-merta terletak hak pada Ketua Pengarah Insolvensi, bagi maksud penggulungan urusan hal ehwal pertubuhan belia itu;
(b)
Ketua Pengarah Insolvensi hendaklah meneruskan dengan penggulungan urusan hal ehwal pertubuhan belia itu, dan setelah menyelesaikan segala hutang dan liabiliti pertubuhan belia itu dan kos bagi penggulungan hendaklah membayar aset lebihan, jika ada—
(i)
atas arahan Menteri, kepada Kumpulan Wang
Disatukan jika pendaftaran pertubuhan belia itu telah ditolak atau dibatalkan menurut perintah
39
Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia di bawah seksyen 33 atau atas alasan yang dinyatakan dalam perenggan 9(3)(a) atau subperenggan 20(1)(c)(ii) atau jika anggota pertubuhan belia itu meminta sedemikian; dan
(ii)
dalam hal lain, kepada anggota pertubuhan belia mengikut kaedah-kaedah pertubuhan belia itu, atau jika tiada kaedah sedemikian, maka Ketua
Pengarah Insolvensi hendaklah menyediakan suatu skim bagi penggunaan aset lebihan itu untuk kelulusan Mahkamah Tinggi;
(c)
permohonan bagi kelulusan skim itu hendaklah dibuat melalui saman pemula dan boleh dipinda oleh Mahkamah mengikut cara sebagaimana yang difikirkannya betul mengikut hal keadaan kes itu;
(d)
apabila kelulusan Mahkamah terhadap skim atau skim yang dipinda itu, diperoleh harta lebihan itu, yang menjadi subjek skim itu hendaklah dipegang dan digunakan oleh
Ketua Pengarah Insolvensi mengikut terma dan bagi maksud yang ditetapkan dalam perintah Mahkamah itu;
dan
(e)
bagi maksud penggulungan hal ehwal pertubuhan belia itu,
Ketua Pengarah Insolvensi hendaklah mempunyai segala kuasa di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan kebangkrapan atau penggulungan syarikat bagi maksud menyelesaikan harta pertubuhan belia di bawah Akta ini.
(2)
Pendaftar boleh, dengan persetujuan Menteri, menggantung kuat kuasa seksyen ini setakat yang dan selama tempoh yang difikirkannya suai manfaat.
(3)
Pendaftar atau Ketua Pengarah Insolvensi boleh menghendaki—
(a)
badan pengelola pertubuhan belia itu, yang merupakan badan pengelola yang wujud sebaik sebelum mula berkuat kuasanya subseksyen (1) berhubung dengan pertubuhan belia itu;
(b)
mana-mana anggota badan pengelola itu; atau 40
Undang-Undang Malaysia
Akta 668
(c)
mana-mana orang yang pada ketika itu atau yang dahulunya pernah menjadi pemegang jawatan, anggota atau pekerja pertubuhan belia itu, untuk memberikan kepada Pendaftar atau Ketua Pengarah Insolvensi, mengikut mana-mana yang berkenaan, atau kepada mana-mana orang lain sebagaimana yang dinyatakan oleh Pendaftar atau
Ketua Pengarah Insolvensi, apa-apa maklumat berhubungan dengan harta, hal ehwal, urusan, akaun atau buku pertubuhan belia itu, atau apa-apa perkara lain yang berhubungan dengan pertubuhan belia itu, yang mungkin dikehendaki bagi maksud seksyen ini.
(4)
Tertakluk kepada subseksyen (5), apa-apa yang dilakukan oleh mana-mana orang yang disebutkan dalam subseksyen (3)
dalam mematuhi subseksyen itu bukanlah menjadi suatu kesalahan di bawah Akta ini, dengan syarat bahawa perkara itu dilakukan selainnya menurut undang-undang.
(5)
Mana-mana orang yang disebut dalam subseksyen (3)
yang tidak mematuhi apa-apa kehendak Pendaftar atau Ketua
Pengarah Insolvensi, di bawah subseksyen itu, atau melakukan apa-apa perkara di luar bidang, atau berlawanan dengan, apa-apa kehendak Pendaftar atau Ketua Pengarah Insolvensi di bawah subseksyen (3), melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
(6)
Bagi maksud subseksyen (3), “pemegang jawatan” termasuklah mana-mana orang yang disebut dalam perenggan 13(8)(a), (b)
dan (c).
(7)
Bagi mengelakkan keraguan, dengan ini diisytiharkan bahawa jika harta sesuatu pertubuhan belia berdaftar terletak hak pada Ketua Pengarah Insolvensi di bawah perenggan 1(a), maka harta tiap-tiap cawangan pertubuhan belia itu, sama ada ia merupakan suatu cawangan yang sah di sisi undang-undang atau tidak, hendaklah juga terletak hak pada Ketua Pengarah Insolvensi dan seksyen ini hendaklah terpakai bagi tiap-tiap cawangan sedemikian itu dan hartanya.
41
Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia
Pemakaian seksyen 25 bagi cawangan pertubuhan belia berdaftar yang menyalahi undang-undang