Skip to content
Amendment ActIn force

Akta Kumpulan Wang Persaraan (Pindaan) 2015

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Enacted
2015
Sections
8
Languages
MS · EN

Akta Kumpulan Wang Persaraan (Pindaan) 2015 is Malaysia Amendment Act, cited as Amendment Act A1496 2015, currently marked in force and first recorded in 2015.

Front matterCover and publication detailsOpen

1

UNDANG-UNDANG

MALAYSIA

Akta A1496

AKTA KUMPULAN WANG PERSARAAN

(PINDAAN) 2015

Undang-Undang Malaysia 2

Akta A1496

Tarikh Perkenan Diraja

...

...

18 Ogos 2015

Tarikh penyiaran dalam Warta

...

24 Ogos 2015

Hakcipta Pencetak H

Kumpulan Wang Persaraan (Pindaan)

3

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Akta A1496

AKTA KUMPULAN WANG PERSARAAN

(PINDAAN) 2015

Opening note

Preamble

  1. Suatu Akta untuk meminda Akta Kumpulan Wang Persaraan 2007. [ ] DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut: Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa

Seksyen 2

Pindaan seksyen 2

Akta Kumpulan Wang Persaraan 2007 [Akta 662], yang disebut

“Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda dalam seksyen 2—

(a)

dengan memasukkan sebelum takrif “jawatankuasa” takrif yang berikut:

‘ “debentur” termasuklah stok debentur, bon, nota dan apa-apa sekuriti lain sesuatu syarikat atau perbadanan sama ada membentuk suatu gadaian atau tidak ke atas aset syarikat atau perbadanan itu;’;

Undang-Undang Malaysia 4

Akta A1496

(i)

dalam perenggan (b), dengan memotong perkataan

“dan” di hujung perenggan itu;

(ii)

dengan menggantikan perenggan (c) dengan perenggan yang berikut:

“(c) amanah saham, dana dagangan bursa atau surat cara yang ditetapkan; dan”; dan

(iii)

dengan memasukkan selepas perenggan (c) perenggan yang berikut:

“(d) apa-apa sekuriti Islam,”; dan

(c)

dalam takrif “syarikat”, dengan memasukkan selepas perkataan “[Akta 125]” perkataan “, suatu syarikat amanah yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat Amanah 1949

[Akta 100] atau mana-mana syarikat yang diperbadankan di bawah mana-mana undang-undang bertulis”.

Seksyen baru 4a

Seksyen 3

Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 4

seksyen yang berikut:

“Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) boleh bertindak sebagai ejen Kerajaan 4a.  (1)  Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) boleh bertindak sebagai ejen Kerajaan Malaysia bagi maksud pembayaran apa-apa pencen, ganjaran atau faedah lain yang diberikan di bawah mana-mana undang-undang bertulis daripada Kumpulan Wang Disatukan mengikut apa-apa cara sebagaimana yang dipersetujui antara Kerajaan Malaysia dengan Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan).

(2)

Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) boleh dibayar oleh Kerajaan Malaysia bagi perkhidmatan yang diberikan olehnya sebagai ejen Kerajaan Malaysia di bawah subseksyen (1).”.

Kumpulan Wang Persaraan (Pindaan)

Seksyen 4

Pindaan seksyen 6

Perenggan 6(4)(f) Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas perkataan “perniagaan” perkataan “, pelaburan, perbankan”.

Seksyen 5

Pindaan seksyen 7

Subseksyen 7(2) Akta ibu dipinda—

(b)

dengan menggantikan perenggan (e) dengan perenggan yang berikut:

“(e) empat orang daripada sektor awam atau swasta yang mempunyai pengalaman dan kepakaran dalam perniagaan, pelaburan, perbankan atau kewangan.”.

Seksyen 6

Pindaan seksyen 13

Seksyen 13 Akta ibu dipinda—

(i)

dengan memotong perkataan “dan” di hujung perenggan (d);

(ii)

dengan memasukkan selepas perenggan (d) perenggan yang berikut:

“(da) wang yang diterima oleh Kumpulan

Wang Persaraan (Diperbadankan) bagi perkhidmatan yang diberikan oleh Kumpulan

Wang Persaraan (Diperbadankan) kepada

Kerajaan Malaysia sebagai ejennya di bawah seksyen 4a; dan” dan

(b)

dalam subseksyen (5), dengan memotong perkataan “bagi pegawai perkhidmatan awam dan pekerja pihak berkuasa berkanun dan tempatan”.

Undang-Undang Malaysia 6

Akta A1496

Seksyen 7

Pindaan seksyen 14

Seksyen 14 Akta ibu dipinda—

(i)

dengan menggantikan perenggan (a) dengan perenggan yang berikut:

“(a) sebagai deposit dalam apa-apa mata wang termasuk ringgit dalam—

(i)

Bank Negara Malaysia;

(ii)

mana-mana institusi kewangan berlesen yang sewajarnya sebagaimana yang ditakrifkan di bawah Akta Perkhidmatan

Kewangan 2013 [Akta 758];

(iii)

mana-mana institusi kewangan pembangunan sebagaimana yang ditakrifkan di bawah Akta Institusi

Kewangan Pembangunan 2002 [Akta 618];

(iv)

mana-mana bank Islam di bawah Akta

Perkhidmatan Kewangan Islam 2013

[Akta 759]; atau

(v)

mana-mana bank atau institusi kewangan berlesen yang sewajarnya di luar

Malaysia;”;

(ii)

dalam perenggan (b), dengan menggantikan perkataan

“dan perakuan deposit” dengan perkataan “, perakuan deposit dan apa-apa surat cara yang diiktiraf oleh badan pengawal selia yang berkaitan”;

(iii)

dalam perenggan (d), dengan memasukkan selepas perkataan “Kumpulan Wang Persaraan

(Diperbadankan)” perkataan “dan dengan kriteria kredit yang boleh diterima”;

Kumpulan Wang Persaraan (Pindaan)

(iv)

dalam perenggan (h), dengan menggantikan perkataan

“*Akta Perindustrian Sekuriti 1983 [Akta 280]” dengan perkataan “Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 [Akta 671] atau sekuriti dalam suatu syarikat yang telah diluluskan untuk disenaraikan di mana-mana bursa saham di luar Malaysia tertakluk kepada penyenaraian sekuriti tersebut telah diluluskan oleh undang-undang dalam bidang kuasa asing”;

(v)

dalam perenggan (j), dengan memotong perkataan

“dan” di hujung perenggan itu; dan

(vi)

dengan memasukkan selepas perenggan (j) perenggan yang berikut:

“(ja) dengan kelulusan Menteri—

(i)

dalam pembangunan bangunan, infrastruktur dan sumber asli, dan kepentingan dalamnya;

(ii)

dalam sekuriti yang diterbitkan atau dijamin sepenuhnya oleh mana-mana kerajaan berdaulat, organisasi supranasional atau multilateral dan termasuklah sekuriti yang penanggung obligasinya adalah mana-mana kerajaan berdaulat, organisasi supranasional atau multilateral;

(iii)

dalam sekuriti yang diterbitkan atau dijamin sepenuhnya oleh Kerajaan

Malaysia, dijamin oleh mana-mana kerajaan berdaulat, organisasi supranasional atau multilateral dan termasuklah sekuriti yang penanggung obligasinya adalah mana-mana kerajaan berdaulat, organisasi supranasional atau multilateral dan apa-apa surat cara yang diterbitkan oleh Bank Negara

Malaysia;

(iv)

dalam membeli sekuriti atau melanggan apa-apa produk bagi maksud perlindungan nilai pelaburan Kumpulan Wang;

Undang-Undang Malaysia 8

Akta A1496

(v)

dalam dana ekuiti persendirian yang diuruskan oleh—

(A)

mana-mana syarikat pengurusan dana yang didaftarkan dengan

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia atau

Suruhanjaya Syarikat Malaysia;

(B)

mana-mana syarikat pengurusan dana yang didaftarkan oleh mana-mana badan pengawal selia di luar Malaysia; atau

(C)

mana-mana perkongsian liabiliti terhad yang didaftarkan oleh mana-mana badan pengawal selia di luar Malaysia; dan”; dan

(i)

dalam teks bahasa kebangsaan, dengan memasukkan selepas perkataan “perenggan (1)(i)” perkataan “dan

(ja)”; dan

(ii)

dalam teks bahasa Inggeris, dengan menggantikan perkataan “under paragraph (1)(i)” dengan perkataan

“under paragraphs (1)(i) and (ja)”.

Seksyen 8

Seksyen baru 21a

Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 21

seksyen yang berikut:

“Obligasi kerahsiaan 21a.  (1)  Kecuali bagi mana-mana maksud Akta ini atau bagi maksud mana-mana prosiding sivil atau jenayah di bawah undang-undang bertulis atau jika selainnya dibenarkan oleh

Lembaga—

(a)

tiada anggota Lembaga, Panel Pelaburan, jawatankuasa, pegawai dan pekerja Kumpulan Wang Persaraan

(Diperbadankan) atau mana-mana orang yang

Kumpulan Wang Persaraan (Pindaan)

9

menghadiri apa-apa mesyuarat Lembaga, Panel

Pelaburan atau mana-mana jawatankuasanya, sama ada dalam atau selepas tempoh jawatan atau pekerjaannya, boleh menzahirkan apa-apa maklumat yang didapatinya semasa melaksanakan tugasnya dan yang tidak disiarkan mengikut Akta ini; dan

(b)

tiada seorang lain pun yang melalui apa-apa cara mempunyai akses kepada apa-apa maklumat atau dokumen yang berhubungan dengan hal ehwal

Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) boleh menzahirkan maklumat atau dokumen tersebut.

(2)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1)

melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.”.

Common questions

What is Akta Kumpulan Wang Persaraan (Pindaan) 2015?
Akta Kumpulan Wang Persaraan (Pindaan) 2015 is Malaysia Amendment Act, cited as Amendment Act A1496 2015, currently marked in force and first recorded in 2015.
Is Akta Kumpulan Wang Persaraan (Pindaan) 2015 still in force?
Yes — Akta Kumpulan Wang Persaraan (Pindaan) 2015 is currently in force.
When did Akta Kumpulan Wang Persaraan (Pindaan) 2015 take effect?
Akta Kumpulan Wang Persaraan (Pindaan) 2015 was first recorded in 2015.
How many sections does Akta Kumpulan Wang Persaraan (Pindaan) 2015 have?
Akta Kumpulan Wang Persaraan (Pindaan) 2015 contains 8 sections.
Where can I read the official version of Akta Kumpulan Wang Persaraan (Pindaan) 2015?
The official text of Akta Kumpulan Wang Persaraan (Pindaan) 2015 is published at lom.agc.gov.my.

Something wrong on this page?

If one provision's text doesn't match the official source, use Suggest a fix beside that provision — it opens an editor next to the source document. For anything else — a missing amendment, a broken link, out-of-date content, or a removal request — report it here.

Akta Kumpulan Wang Persaraan (Pindaan) 2015 (A1496)