Akta Kumpulan Wang Persaraan (Pindaan) 2015 · As enacted
2. Pindaan seksyen 2
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Akta Kumpulan Wang Persaraan 2007 [Akta 662], yang disebut
“Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda dalam seksyen 2—
dengan memasukkan sebelum takrif “jawatankuasa” takrif yang berikut:
‘ “debentur” termasuklah stok debentur, bon, nota dan apa-apa sekuriti lain sesuatu syarikat atau perbadanan sama ada membentuk suatu gadaian atau tidak ke atas aset syarikat atau perbadanan itu;’;
Undang-Undang Malaysia 4
dalam takrif “sekuriti”—
dalam perenggan (b), dengan memotong perkataan
“dan” di hujung perenggan itu;
dengan menggantikan perenggan (c) dengan perenggan yang berikut:
“(c) amanah saham, dana dagangan bursa atau surat cara yang ditetapkan; dan”; dan
dengan memasukkan selepas perenggan (c) perenggan yang berikut:
“(d) apa-apa sekuriti Islam,”; dan
dalam takrif “syarikat”, dengan memasukkan selepas perkataan “[Akta 125]” perkataan “, suatu syarikat amanah yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat Amanah 1949
[Akta 100] atau mana-mana syarikat yang diperbadankan di bawah mana-mana undang-undang bertulis”.
Seksyen baru 4a