Skip to content
P.U. (A)In force

Kaedah-Kaedah Cukai Pendapatan (Potongan bagi Bayaran Cuti Bergaji Tambahan bagi Penjagaan Anak atau Ahli Keluarga Terdekat yang Sakit atau Kurang Upaya) 2026

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Enacted
2026
Sections
2

Kaedah-Kaedah Cukai Pendapatan (Potongan bagi Bayaran Cuti Bergaji Tambahan bagi Penjagaan Anak atau Ahli Keluarga Terdekat yang Sakit atau... is Malaysia P.U. (A), cited as P.U. (A) 289 2026, currently marked in force and first recorded in 2026.

Front matterCover and publication detailsOpen

WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN

FEDERAL GOVERNMENT

GAZETTE

KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN

(POTONGAN BAGI BAYARAN CUTI BERGAJI TAMBAHAN

BAGI PENJAGAAN ANAK ATAU AHLI KELUARGA

TERDEKAT YANG SAKIT ATAU KURANG UPAYA) 2026

INCOME TAX (DEDUCTION FOR PAYMENT OF

ADDITIONAL PAID LEAVE FOR THE CARE OF CHILD OR

SICK OR DISABLED IMMEDIATE FAMILY MEMBER)

RULES 2026

DISIARKAN OLEH/

JABATAN PEGUAM NEGARA/

ATTORNEY GENERAL’S CHAMBERS

2

AKTA CUKAI PENDAPATAN 1967

KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (POTONGAN BAGI BAYARAN CUTI BERGAJI

TAMBAHAN BAGI PENJAGAAN ANAK ATAU AHLI KELUARGA TERDEKAT YANG SAKIT

ATAU KURANG UPAYA) 2026

Opening note

Preamble

  1. PADA menjalankan kuasa yang diberikan oleh perenggan 154(1)(b) Akta Cukai Pendapatan 1967 [Akta 53] dibaca bersama-sama perenggan 33(1)(d) Akta, Menteri membuat kaedah-kaedah yang berikut: Nama dan permulaan kuat kuasa

Seksyen 1

(1)

Kaedah-kaedah ini bolehlah dinamakan

Kaedah-Kaedah

Cukai

Pendapatan (Potongan bagi Bayaran Cuti Bergaji Tambahan bagi Penjagaan Anak atau Ahli Keluarga Terdekat yang Sakit atau Kurang Upaya) 2026.

(2)

Kaedah-Kaedah ini berkuat kuasa mulai tahun taksiran 2025 hingga tahun taksiran 2027.

Seksyen 2

Potongan

(1)

Bagi maksud menentukan pendapatan larasan seseorang majikan yang layak daripada perniagaannya dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran, suatu potongan hendaklah dibenarkan bagi suatu amaun yang bersamaan dengan lima puluh peratus daripada saraan jenis yang dibenarkan di bawah seksyen 33 Akta yang kena dibayar olehnya kepada pekerjanya yang diberikan cuti bergaji tambahan bagi—

(b)

penjagaan ahli keluarga terdekat yang sakit; atau

(c)

penjagaan ahli keluarga terdekat yang kurang upaya.

(2)

Majikan yang layak hendaklah mematuhi syarat yang dikenakan oleh

Menteri sebagaimana yang dinyatakan dalam subkaedah (5) dan pematuhan syarat itu

3

hendaklah ditentusahkan oleh Talent Corporation Malaysia Berhad mulai 1 Januari 2025

hingga 31 Disember 2027.

(3)

Potongan yang disebut dalam subkaedah (1) hendaklah bagi suatu tempoh tidak melebihi dua belas bulan berturut-turut bagi suatu tahun taksiran.

(4)

Amaun potongan yang dibenarkan di bawah Kaedah-Kaedah ini hendaklah sebagai tambahan kepada apa-apa potongan di bawah seksyen 33 Akta.

(5)

Potongan yang dibenarkan di bawah subkaedah (1) adalah tertakluk kepada syarat yang berikut:

(b)

penjagaan ahli keluarga terdekat yang sakit hendaklah dibuktikan dengan perakuan pengamal perubatan yang berdaftar dengan

Majlis Perubatan Malaysia yang menyatakan bahawa keadaan ahli keluarga terdekat itu memerlukan seorang penjaga; dan

(c)

penjagaan ahli keluarga terdekat yang kurang upaya hendaklah dibuktikan dengan perakuan Jabatan Kebajikan Masyarakat yang menyatakan bahawa ahli keluarga terdekat itu ialah orang kurang upaya.

(6)

Bagi maksud kaedah ini—

“ahli keluarga terdekat” ertinya ahli keluarga pekerja itu yang merupakan—

(b)

ibu atau bapa termasuklah ibu atau bapa mertua, ibu atau bapa tiri atau ibu atau bapa angkat mengikut mana-mana undang-undang yang berkaitan;

4

(c)

anak termasuklah anak tiri atau anak angkat mengikut mana-mana undang-undang yang berkaitan;

(d)

adik-beradik termasuklah adik-beradik tiri atau adik-beradik angkat mengikut mana-mana undang-undang yang berkaitan; atau

(e)

datuk atau nenek;

“majikan yang layak” ertinya mana-mana orang tidak termasuk—

(a)

suatu syarikat yang dikawal sama ada secara langsung atau secara tidak langsung oleh pekerja;

(c)

seorang saudara pekerja yang merupakan ibu atau bapa termasuklah ibu atau bapa mertua, anak termasuklah anak tiri atau anak angkat mengikut mana-mana undang-undang yang berkaitan, abang, kakak atau adik, datuk, nenek atau cucu atau pasangan;

“Talent Corporation Malaysia Berhad” ertinya suatu syarikat berhad menurut jaminan yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 2016 [Akta 777] dengan nombor pendaftarannya 919577-H dan bermastautin di Malaysia.

Dibuat 29 Julai 2026

[MOF.TAX(S)700-2/7/2211; LHDN.AY.A 600-12/1/7(29)-398; PN(PU2)80/JLD.117]

DATUK SERI AMIR HAMZAH AZIZAN

Menteri Kewangan II

[Akan dibentangkan di

Dewan

Rakyat menurut subseksyen 154(2)

Akta Cukai Pendapatan 1967]

5

INCOME TAX ACT 1967

INCOME TAX (DEDUCTION FOR PAYMENT OF ADDITIONAL PAID LEAVE FOR THE CARE

OF CHILD OR SICK OR DISABLED IMMEDIATE FAMILY MEMBER) RULES 2026

Opening note

Preamble

  1. IN exercise of the powers conferred by paragraph 154(1)(b) of the Income Tax Act 1967 [Act 53] read together with paragraph 33(1)(d) of the Act, the Minister makes the following rules: Citation and commencement 1.

(1)

These rules may be cited as the Income Tax (Deduction for Payment of Additional Paid Leave for the Care of Child or Sick or Disabled Immediate Family

Member) Rules 2026.

(2)

These Rules have effect from the year of assessment 2025 to the year of assessment 2027.

Deduction 2.

(1)

For the purpose of ascertaining the adjusted income of a qualifying employer from his business in the basis period for a year of assessment, a deduction shall be allowed for an amount equivalent to fifty per cent of the remuneration of the kind allowable under section 33 of the Act payable by him to his employee who is given additional paid leave for—

(b)

the care of an immediate family member who is sick; or

(c)

the care of an immediate family member who is disabled.

(2)

A qualifying employer shall comply with the conditions imposed by the

Minister as specified in subrule (5) and the compliance of the conditions shall be verified by Talent Corporation Malaysia Berhad from 1 January 2025 to 31 December 2027.

6

(3)

The deduction referred to in subrule (1) shall be for a period not exceeding twelve consecutive months for a year of assessment.

(4)

The amount of deduction allowed under these Rules shall be in addition to any deduction under section 33 of the Act.

(5)

The deduction allowed under subrule (1) is subject to the following conditions:

(b)

the care of the immediate family member who is sick shall be evidenced by certification of a medical practitioner registered with the Malaysian Medical Council which states that the condition of the immediate family member requires a carer; and

(c)

the care of the immediate family member who is disabled shall be evidenced by certification of the Department of Social Welfare which states that the immediate family member is a person with disability.

(6)

For the purposes of this rule—

“immediate family member” means a family member of the employee who is—

(b)

a parent including a parent-in-law, a stepmother or stepfather or a mother or father adopted in accordance with any relevant law;

(c)

a child including a stepchild or a child adopted in accordance with any relevant law;

7

(d)

a sibling including a stepsibling or a sibling adopted in accordance with any relevant law; or

(e)

a grandfather or grandmother;

“qualifying employer” means any person excluding—

(a)

a company which is controlled either directly or indirectly by the employee;

(c)

a relative of the employee who is a parent including a parent-in-law, a child including a stepchild or a child adopted in accordance with any relevant law, a brother or sister, a grandparent or a grandchild or a spouse;

“Talent Corporation Malaysia Berhad” means a company limited by guarantee incorporated under the Companies Act 2016 [Act 777] with its registration number of 919577-H and is resident in Malaysia.

Made 29 July 2026

[MOF.TAX(S)700-2/7/2211; LHDN.AY.A 600-12/1/7(29)-398; PN(PU2)80/JLD.117]

DATUK SERI AMIR HAMZAH AZIZAN

Minister of Finance II

[To be laid before the Dewan Rakyat pursuant to subsection 154(2) of the

Income Tax Act 1967]

Common questions

What is Kaedah-Kaedah Cukai Pendapatan (Potongan bagi Bayaran Cuti Bergaji Tambahan bagi Penjagaan Anak atau Ahli Keluarga Terdekat yang Sakit atau Kurang Upaya) 2026?
Kaedah-Kaedah Cukai Pendapatan (Potongan bagi Bayaran Cuti Bergaji Tambahan bagi Penjagaan Anak atau Ahli Keluarga Terdekat yang Sakit atau... is Malaysia P.U. (A), cited as P.U. (A) 289 2026, currently marked in force and first recorded in 2026.
Is Kaedah-Kaedah Cukai Pendapatan (Potongan bagi Bayaran Cuti Bergaji Tambahan bagi Penjagaan Anak atau Ahli Keluarga Terdekat yang Sakit atau Kurang Upaya) 2026 still in force?
Yes — Kaedah-Kaedah Cukai Pendapatan (Potongan bagi Bayaran Cuti Bergaji Tambahan bagi Penjagaan Anak atau Ahli Keluarga Terdekat yang Sakit atau Kurang Upaya) 2026 is currently in force.
When did Kaedah-Kaedah Cukai Pendapatan (Potongan bagi Bayaran Cuti Bergaji Tambahan bagi Penjagaan Anak atau Ahli Keluarga Terdekat yang Sakit atau Kurang Upaya) 2026 take effect?
Kaedah-Kaedah Cukai Pendapatan (Potongan bagi Bayaran Cuti Bergaji Tambahan bagi Penjagaan Anak atau Ahli Keluarga Terdekat yang Sakit atau Kurang Upaya) 2026 was first recorded in 2026.
How many sections does Kaedah-Kaedah Cukai Pendapatan (Potongan bagi Bayaran Cuti Bergaji Tambahan bagi Penjagaan Anak atau Ahli Keluarga Terdekat yang Sakit atau Kurang Upaya) 2026 have?
Kaedah-Kaedah Cukai Pendapatan (Potongan bagi Bayaran Cuti Bergaji Tambahan bagi Penjagaan Anak atau Ahli Keluarga Terdekat yang Sakit atau Kurang Upaya) 2026 contains 2 sections.
Where can I read the official version of Kaedah-Kaedah Cukai Pendapatan (Potongan bagi Bayaran Cuti Bergaji Tambahan bagi Penjagaan Anak atau Ahli Keluarga Terdekat yang Sakit atau Kurang Upaya) 2026?
The official text of Kaedah-Kaedah Cukai Pendapatan (Potongan bagi Bayaran Cuti Bergaji Tambahan bagi Penjagaan Anak atau Ahli Keluarga Terdekat yang Sakit atau Kurang Upaya) 2026 is published at lom.agc.gov.my.

Something wrong on this page?

If one provision's text doesn't match the official source, use Suggest a fix beside that provision — it opens an editor next to the source document. For anything else — a missing amendment, a broken link, out-of-date content, or a removal request — report it here.