Skip to content
P.U. (A)In force

Kaedah-Kaedah Cukai Pendapatan (Potongan bagi Penajaan Biasiswa Kepada Pelajar Malaysia yang Mengikuti Pengajian di Peringkat Sijil Teknik dan Vokasional, Diploma, Ijazah Sarjana Muda atau Sijil Profesional) 2026

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Enacted
2026
Sections
4

Kaedah-Kaedah Cukai Pendapatan (Potongan bagi Penajaan Biasiswa Kepada Pelajar Malaysia yang Mengikuti Pengajian di Peringkat Sijil Teknik... is Malaysia P.U. (A), cited as P.U. (A) 252 2026, currently marked in force and first recorded in 2026.

Front matterCover and publication detailsOpen

P.U. (A) 252

WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN

FEDERAL GOVERNMENT

GAZETTE

KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (POTONGAN

BAGI PENAJAAN BIASISWA KEPADA PELAJAR MALAYSIA

YANG MENGIKUTI PENGAJIAN DI PERINGKAT SIJIL

TEKNIK DAN VOKASIONAL, DIPLOMA, IJAZAH SARJANA

MUDA ATAU SIJIL PROFESIONAL) 2026

INCOME TAX (DEDUCTION FOR THE SPONSORSHIP OF

SCHOLARSHIP TO MALAYSIAN STUDENT PURSUING

STUDIES AT TECHNICAL AND VOCATIONAL CERTIFICATE,

DIPLOMA, BACHELOR’S DEGREE OR PROFESSIONAL

CERTIFICATE LEVELS) RULES 2026

DISIARKAN OLEH/

JABATAN PEGUAM NEGARA/

ATTORNEY GENERAL’S CHAMBERS

P.U. (A) 252 2

AKTA CUKAI PENDAPATAN 1967

KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (POTONGAN BAGI PENAJAAN BIASISWA

KEPADA PELAJAR MALAYSIA YANG MENGIKUTI PENGAJIAN DI PERINGKAT

SIJIL TEKNIK DAN VOKASIONAL, DIPLOMA, IJAZAH SARJANA MUDA ATAU

SIJIL PROFESIONAL) 2026

Opening note

Preamble

  1. PADA menjalankan kuasa yang diberikan oleh perenggan 154(1)(b) Akta Cukai Pendapatan 1967 [Akta 53] dibaca bersama-sama perenggan 33(1)(d) Akta, Menteri membuat kaedah-kaedah yang berikut: Nama dan permulaan kuat kuasa

(1)

Kaedah-kaedah ini bolehlah dinamakan

Kaedah-Kaedah

Cukai

Pendapatan (Potongan bagi Penajaan Biasiswa kepada Pelajar Malaysia yang

Mengikuti Pengajian di Peringkat Sijil Teknik dan Vokasional, Diploma,

Ijazah Sarjana Muda atau Sijil Profesional) 2026.

(2)

Kaedah-Kaedah ini berkuat kuasa mulai tahun taksiran 2026.

Pemakaian

Kaedah-Kaedah ini hendaklah terpakai bagi suatu syarikat—

(a)

yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 2016 [Akta 777] dan bermastautin di Malaysia;

(b)

yang menaja biasiswa kepada pelajar yang mengikuti kursus pengajian sepenuh masa—

(i)

di peringkat sijil teknik dan vokasional di suatu institusi;

(ii)

di peringkat diploma atau ijazah sarjana muda di suatu institusi pendidikan tinggi; atau

(iii)

di peringkat sijil profesional yang disahkan oleh badan profesional; dan

P.U. (A) 252 3

(c)

yang menyempurnakan perjanjian biasiswa dengan seorang pelajar pada atau selepas 1 Januari 2026 tetapi tidak lewat dari 31 Disember 2030.

Tafsiran

Dalam Kaedah-Kaedah ini—

“institusi” ertinya mana-mana institusi yang diiktiraf oleh Agensi Kelayakan

Malaysia atau Jabatan Pembangunan Kemahiran;

“institusi pendidikan tinggi” ertinya mana-mana institusi yang ditubuhkan di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 [Akta 30], Akta Universiti Teknologi

MARA 1976 [Akta 173] atau Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 [Akta 555];

“pelajar” ertinya seorang individu—

(a)

yang merupakan warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia;

(i)

di peringkat sijil teknik dan vokasional di suatu institusi;

(ii)

di peringkat diploma atau ijazah sarjana muda di institusi pendidikan tinggi; atau

(iii)

di peringkat sijil profesional yang disahkan oleh badan profesional;

(c)

yang tidak mempunyai apa-apa sumber pendapatan sendiri; dan

(d)

yang ibu bapa atau penjaganya mempunyai jumlah pendapatan bulanan tidak melebihi lima belas ribu ringgit.

P.U. (A) 252 4

Potongan

(1)

Bagi maksud menentukan pendapatan larasan bagi suatu syarikat daripada perniagaannya dalam suatu tempoh asas bagi suatu tahun taksiran, suatu potongan hendaklah dibenarkan bagi suatu amaun perbelanjaan yang dilakukan dan dibayar oleh syarikat itu dalam tempoh asas itu bagi menaja biasiswa kepada seorang pelajar mengikut tempoh perjanjian biasiswa berkenaan.

(2)

Jumlah amaun potongan yang dibenarkan di bawah subkaedah (1)

hendaklah bersamaan dua kali amaun perbelanjaan yang dibenarkan di bawah kaedah ini.

(3)

Perbelanjaan yang disebut dalam subkaedah (1) adalah perbelanjaan yang dilakukan berkenaan dengan penajaan biasiswa yang terdiri daripada—

(a)

bayaran yang dikehendaki oleh institusi atau institusi pendidikan tinggi yang berkenaan yang berhubungan dengan kursus pengajian;

dan

(b)

perbelanjaan bantuan pengajian dan kos sara hidup yang munasabah sepanjang tempoh pengajian pelajar itu di institusi atau institusi pendidikan tinggi yang berkenaan.

(4)

Jika jumlah amaun apa-apa perbelanjaan yang boleh dibenarkan sebagai potongan di bawah kaedah ini melebihi amaun yang pada pendapat Ketua Pengarah

Hasil Dalam Negeri boleh dijangkakan dengan munasabahnya dilakukan dalam perjalanan biasa perniagaan itu, Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri boleh, setakat lebihan itu, tidak membenarkan amaun itu sebagai potongan di bawah kaedah ini.

(5)

Potongan yang dibenarkan di bawah subkaedah (1) adalah tertakluk kepada syarat syarikat itu mengemukakan suatu laporan kepada Kementerian

Pendidikan Tinggi berhubung dengan perjanjian biasiswa yang disebut dalam subperenggan 2(c) Kaedah-Kaedah ini yang mengandungi maklumat pelajar, kursus tajaan, institusi penempatan dan jumlah tajaan.

P.U. (A) 252 5

(6)

Apa-apa amaun yang dibayar balik oleh pelajar itu kepada syarikat itu hendaklah semasa diterima, dilayan sebagai pendapatan kasar daripada perniagaan yang berpunca dari Malaysia dalam tempoh asas bagi tahun taksiran itu.

Dibuat 26 Jun 2026

[MOF.BUU(RB)100-1/2/3JLD.38; LHDN.AY.A 600-12/1/7 (29) – 490; PN(PU2)80/JLD.116]

DATUK SERI AMIR HAMZAH BIN AZIZAN

Menteri Kewangan II

[Akan dibentangkan di

Dewan

Rakyat menurut subseksyen 154(2)

Akta Cukai Pendapatan 1967]

P.U. (A) 252 6

INCOME TAX ACT 1967

INCOME TAX (DEDUCTION FOR THE SPONSORSHIP OF SCHOLARSHIP TO MALAYSIAN

STUDENT PURSUING STUDIES AT TECHNICAL AND VOCATIONAL CERTIFICATE,

DIPLOMA, BACHELOR’S DEGREE OR PROFESSIONAL CERTIFICATE LEVELS)

RULES 2026

Opening note

Preamble

  1. IN exercise of the powers conferred by paragraph 154(1)(b) of Income Tax Act 1967 [Act 53] read together with paragraph 33(1)(d) of the Act, the Minister makes the following rules: Citation and commencement 1.

(1)

These rules may be cited as the Income Tax (Deduction for the

Sponsorship of Scholarship to Malaysian Student Pursuing Studies at Technical and Vocational Certificate, Diploma, Bachelor’s Degree or Professional

Certificate Levels) Rules 2026.

(2)

These Rules shall have effect from the year of assessment 2026.

Application 2.

These Rules shall apply to a company—

(a)

which is incorporated under the Companies Act 2016 [Act 777] and resident in Malaysia;

(b)

which sponsors scholarship to student pursuing full-time course of study—

(i)

at technical and vocational certificate levels in an institution;

(ii)

at diploma or bachelor’s degree levels in a higher educational institution; or

(iii)

at professional certificate levels approved by the professional body;

and

P.U. (A) 252 7

(c)

which executes scholarship agreement with a student on or after 1 January 2026 but not later than 31 December 2030.

Interpretation 3.

In these Rules—

“institution” means any institution recognized by the Malaysian Qualifications

Agency or the Skills Development Department;

“higher educational institution” means any institution established under the

Universities and University Colleges Act 1971 [Act 30], Universiti Teknologi MARA

Act 1976 [Act 173] or the Private Higher Educational Institutions Act 1996 [Act 555];

“student” means an individual—

(a)

who is a Malaysian citizen and resident in Malaysia;

(i)

at technical and vocational certificate levels in an institution;

(ii)

at diploma or bachelor’s degree levels in a higher education institution; or

(iii)

at professional certificate levels certified by a professional body;

(d)

whose parents or guardians have total monthly income not exceeding fifteen thousand ringgit.

P.U. (A) 252 8

Deduction 4.

(1)

For the purpose of ascertaining the adjusted income of a company from its business in a basis period for a year of assessment, a deduction shall be allowed for an amount of expenses incurred and paid by that company in that basis period for sponsoring scholarship to a student in accordance with the period of the relevant sponsorship agreement.

(2)

The total amount of deduction allowed under subrule (1) shall be equivalent to twice the amount of expenses allowed under this rule.

(3)

The expenses referred to in subrule (1) are the expenses incurred in respect of sponsorship of scholarship which consist of—

(a)

payment required by the relevant institution or higher educational institution relating to the course of study; and

(b)

educational aid and reasonable cost of living expenses throughout the student’s period of study at the relevant institution or higher educational institution.

(4)

Where the total amount of any expenses which would have been allowed as a deduction under this rule exceeds the amount which in the opinion of the

Director General of Inland Revenue would reasonably be expected to be incurred in the ordinary course of business, the Director General of Inland Revenue may, to the extent of that excess, disallow that amount as a deduction under this rule.

(5)

The deduction allowed under subrule (1) is subject to the condition that the company submits a report to the Ministry of Higher Education in relation to the scholarship agreement referred to in paragraph 2(c) of these Rules which contains the student’s information, sponsored course, institution of placement and the amount of sponsorship.

P.U. (A) 252 9

(6)

Any amount refunded by the student to the company shall when received, be treated as gross income of that company from business derived from Malaysia in the basis period for that year of assessment.

Made 26 June 2026

[MOF.BUU(RB)100-1/2/3JLD.38; LHDN.AY.A 600-12/1/7 (29) – 490; PN(PU2)80/JLD.116]

DATUK SERI AMIR HAMZAH BIN AZIZAN

Finance Minister II

[To be laid before the Dewan Rakyat pursuant to subsection 154(2) of the

Income Tax Act 1967]

Common questions

What is Kaedah-Kaedah Cukai Pendapatan (Potongan bagi Penajaan Biasiswa Kepada Pelajar Malaysia yang Mengikuti Pengajian di Peringkat Sijil Teknik dan Vokasional, Diploma, Ijazah Sarjana Muda atau Sijil Profesional) 2026?
Kaedah-Kaedah Cukai Pendapatan (Potongan bagi Penajaan Biasiswa Kepada Pelajar Malaysia yang Mengikuti Pengajian di Peringkat Sijil Teknik... is Malaysia P.U. (A), cited as P.U. (A) 252 2026, currently marked in force and first recorded in 2026.
Is Kaedah-Kaedah Cukai Pendapatan (Potongan bagi Penajaan Biasiswa Kepada Pelajar Malaysia yang Mengikuti Pengajian di Peringkat Sijil Teknik dan Vokasional, Diploma, Ijazah Sarjana Muda atau Sijil Profesional) 2026 still in force?
Yes — Kaedah-Kaedah Cukai Pendapatan (Potongan bagi Penajaan Biasiswa Kepada Pelajar Malaysia yang Mengikuti Pengajian di Peringkat Sijil Teknik dan Vokasional, Diploma, Ijazah Sarjana Muda atau Sijil Profesional) 2026 is currently in force.
When did Kaedah-Kaedah Cukai Pendapatan (Potongan bagi Penajaan Biasiswa Kepada Pelajar Malaysia yang Mengikuti Pengajian di Peringkat Sijil Teknik dan Vokasional, Diploma, Ijazah Sarjana Muda atau Sijil Profesional) 2026 take effect?
Kaedah-Kaedah Cukai Pendapatan (Potongan bagi Penajaan Biasiswa Kepada Pelajar Malaysia yang Mengikuti Pengajian di Peringkat Sijil Teknik dan Vokasional, Diploma, Ijazah Sarjana Muda atau Sijil Profesional) 2026 was first recorded in 2026.
How many sections does Kaedah-Kaedah Cukai Pendapatan (Potongan bagi Penajaan Biasiswa Kepada Pelajar Malaysia yang Mengikuti Pengajian di Peringkat Sijil Teknik dan Vokasional, Diploma, Ijazah Sarjana Muda atau Sijil Profesional) 2026 have?
Kaedah-Kaedah Cukai Pendapatan (Potongan bagi Penajaan Biasiswa Kepada Pelajar Malaysia yang Mengikuti Pengajian di Peringkat Sijil Teknik dan Vokasional, Diploma, Ijazah Sarjana Muda atau Sijil Profesional) 2026 contains 4 sections.
Where can I read the official version of Kaedah-Kaedah Cukai Pendapatan (Potongan bagi Penajaan Biasiswa Kepada Pelajar Malaysia yang Mengikuti Pengajian di Peringkat Sijil Teknik dan Vokasional, Diploma, Ijazah Sarjana Muda atau Sijil Profesional) 2026?
The official text of Kaedah-Kaedah Cukai Pendapatan (Potongan bagi Penajaan Biasiswa Kepada Pelajar Malaysia yang Mengikuti Pengajian di Peringkat Sijil Teknik dan Vokasional, Diploma, Ijazah Sarjana Muda atau Sijil Profesional) 2026 is published at lom.agc.gov.my.

Something wrong on this page?

If one provision's text doesn't match the official source, use Suggest a fix beside that provision — it opens an editor next to the source document. For anything else — a missing amendment, a broken link, out-of-date content, or a removal request — report it here.