Skip to content
P.U. (B)In force

Notis Pemulaan Kajian Semula Pentadbiran Duti Anti-Lambakan Berkenaan Dengan Import Keluli Aloi dan Bukan Aloi Gegelung Gulungan Sejuk yang Berasal atau Dieksport Dari Republik Korea dan Republik Sosialis Viet Nam

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Enacted
2022
Sections
12

Notis Pemulaan Kajian Semula Pentadbiran Duti Anti-Lambakan Berkenaan Dengan Import Keluli Aloi dan Bukan Aloi Gegelung Gulungan Sejuk yang... is Malaysia P.U. (B), cited as P.U. (B) 647 2022, currently marked in force and first recorded in 2022.

Front matterCover and publication detailsOpen

P.U. (B) 647

WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN

FEDERAL GOVERNMENT

GAZETTE

NOTIS PEMULAAN KAJIAN SEMULA PENTADBIRAN

DUTI ANTI-LAMBAKAN BERKENAAN DENGAN IMPORT

KELULI ALOI DAN BUKAN ALOI GEGELUNG GULUNGAN

SEJUK YANG BERASAL ATAU DIEKSPORT DARI

REPUBLIK KOREA DAN REPUBLIK SOSIALIS VIET NAM

NOTICE OF INITIATION OF ADMINISTRATIVE REVIEW OF

ANTI-DUMPING DUTIES WITH REGARD TO IMPORTS OF

COLD ROLLED COILS OF ALLOY AND NON-ALLOY STEEL

ORIGINATING OR EXPORTED FROM THE REPUBLIC OF

KOREA AND THE SOCIALIST REPUBLIC OF VIET NAM

DISIARKAN OLEH/

JABATAN PEGUAM NEGARA/

ATTORNEY GENERAL’S CHAMBERS

P.U. (B) 647 2

AKTA DUTI TIMBAL BALAS DAN ANTI-LAMBAKAN 1993

NOTIS PEMULAAN KAJIAN SEMULA PENTADBIRAN

DUTI ANTI-LAMBAKAN BERKENAAN DENGAN IMPORT KELULI ALOI DAN BUKAN ALOI

GEGELUNG GULUNGAN SEJUK YANG BERASAL ATAU DIEKSPORT DARI REPUBLIK

KOREA DAN REPUBLIK SOSIALIS VIET NAM

(AD03/15 – AR02/22)

BERIKUTAN penyiaran Notis Penentuan Muktamad Afirmatif bagi Kajian Semula

Pentadbiran Duti Anti-Lambakan Berkenaan dengan Import Keluli Aloi dan Bukan Aloi

Gegelung Gulungan Sejuk yang Berasal atau Dieksport dari Republik Rakyat China,

Republik Korea Dan Republik Sosialis Viet Nam [P.U. (B) 499/2021] pada 8 Oktober 2021,

Kerajaan telah menerima suatu permintaan dan mendapat maklumat bagi kajian semula pentadbiran terhadap pengenaan duti anti-lambakan berkenaan dengan import keluli aloi dan bukan aloi gegelung gulungan sejuk yang berasal atau dieksport dari

Republik Korea dan Republik Sosialis Viet Nam (“dagangan subjek”) dan menurut perenggan 28(1)(a) dan (f) Akta Duti Timbal Balas dan Anti-Lambakan 1993 [Akta 504]

dan peraturan 34 Peraturan-Peraturan Duti Timbal Balas dan Anti-Lambakan 1994

[P.U. (A) 233/1994], Kerajaan memulakan suatu kajian semula pentadbiran.

Permintaan bagi kajian semula pentadbiran

Permintaan kajian semula pentadbiran itu telah dibuat oleh—

POSCO Vietnam Co. Ltd.

Lot 1, Phu My Industrial II Zone

Phu My Ward, Phu My Town, Ba Ria – Vung Tau Province, Viet Nam pengeluar atau pengeksport luar negeri dagangan subjek.

Dagangan subjek

(1)

Dagangan subjek yang dikatakan sedang dilambakkan ialah keluli aloi dan bukan aloi gegelung gulungan sejuk yang mempunyai ketebalan antara 0.20 milimeter hingga 2.60 milimeter dan kelebaran antara 700 milimeter hingga 1,300 milimeter tidak termasuk plat hitam kilang timah dan diimport bagi maksud penggunaan akhir automotif

P.U. (B) 647 3

daripada semua gred dan spesifikasi yang dikelaskan di bawah Kod Sistem yang

Diharmonikan (Kod H.S.) dan Tatanama Tarif Berharmonis ASEAN (AHTN)

Seksyen 7209

18.99 00, 7225.50.10 00 dan 7225.50.90 00.

(2)

Kod H.S. dan AHTN yang dinyatakan dalam subperenggan (1) diberikan hanya untuk makluman dan tidak mempunyai kesan mengikat terhadap penjenisan dagangan subjek.

Duti anti-lambakan sedia ada

Duti anti-lambakan yang berkuat kuasa pada masa ini ke atas dagangan subjek ialah duti anti-lambakan definitif di bawah Perintah Kastam (Duti Anti-Lambakan)

(Kajian Semula Pentadbiran) (No. 3) 2021 [P.U. (A) 384/2021].

Alasan bagi kajian semula pentadbiran

(1)

Permintaan bagi kajian semula pentadbiran itu adalah berdasarkan alasan bahawa margin lambakan telah berubah secara substansial bagi import dagangan subjek oleh POSCO Vietnam Co. Ltd.

(2)

Kerajaan telah mendapat maklumat bagi kajian semula pentadbiran dijalankan demi kepentingan awam dan berdasarkan alasan bahawa margin lambakan telah berubah secara substansial bagi import dagangan subjek dari Republik Korea dan

(3)

Kerajaan berpuas hati bahawa permintaan dan maklumat itu mengandungi alasan yang mencukupi untuk memulakan suatu kajian semula pentadbiran.

Tatacara

Setelah menentukan bahawa keterangan yang mencukupi wujud untuk mewajarkan suatu kajian semula pentadbiran duti anti-lambakan berkenaan dengan import dagangan subjek, Kerajaan memulakan kajian semula pentadbiran menurut perenggan 28(1)(a) dan (f) Akta Duti Timbal Balas dan Anti-Lambakan 1993 dan peraturan 34 Peraturan-Peraturan Duti Timbal Balas dan Anti-Lambakan 1994.

P.U. (B) 647 4

Soal selidik

(1)

Bagi maksud mendapatkan maklumat yang disifatkan perlu bagi kajian semula pentadbiran itu, Kerajaan akan menghantar soal selidik kepada—

(a)

industri Malaysia dan mana-mana persatuan pengeluar di Malaysia;

(c)

pengeluar dan pengeksport dagangan subjek di Republik Korea dan

(d)

pengimport dan mana-mana persatuan pengimport; dan

(e)

Kerajaan Republik Korea dan Republik Sosialis Viet Nam.

(2)

Dalam apa-apa keadaan, semua pihak berkepentingan yang tidak dihubungi oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dijemput untuk menghubungi MITI secara bertulis, melalui pos, faksimile, e-mel atau serahan tangan, untuk mengetahui sama ada mereka disenaraikan dalam permintaan kajian semula pentadbiran ini.

(3)

Jika perlu, pihak berkepentingan itu boleh memohon bagi salinan soal selidik itu dengan mengenal pasti jenis aktiviti perniagaan mereka yang berkaitan dengan kajian semula pentadbiran ini.

Pengumpulan maklumat

Semua pihak berkepentingan dijemput untuk memberikan pandangan mereka secara bertulis, khususnya, dengan menjawab soal selidik yang dialamatkan kepada mereka dan dengan mengemukakan keterangan sokongan.

P.U. (B) 647 5

Had masa

(1)

Mana-mana pihak berkepentingan yang berhasrat untuk memohon soal selidik hendaklah berbuat demikian tidak lewat daripada lima belas hari selepas penyiaran notis ini dalam Warta.

(2)

Semua pihak berkepentingan hendaklah menyatakan pandangan mereka secara bertulis dan mengemukakan jawapan soal selidik dalam masa tiga puluh hari dari tarikh penyiaran notis ini dalam Warta sekiranya pandangan dan jawapan itu hendak diambil kira semasa kajian semula pentadbiran, melainkan jika dinyatakan selainnya.

Pengemukaan maklumat, jawapan soal selidik dan surat-menyurat

(1)

Semua pengemukaan maklumat, jawapan soal selidik dan surat-menyurat hendaklah dibuat secara bertulis dan dihantar melalui pos, faksimile, e-mel atau serahan tangan dan dengan jelas menyatakan nama, alamat, alamat e-mel, nombor telefon dan faksimile pihak berkepentingan itu kepada—

Pengarah

Seksyen Amalan Perdagangan

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI)

Aras 9, Menara MITI

No. 7, Jalan Sultan Haji Ahmad Shah 50480 Kuala Lumpur

Malaysia

Nombor telefon

:

(603)

6211 4429

Alamat e-mel

:

alltps@miti.gov.my

P.U. (B) 647 6

(2)

Sekiranya pihak berkepentingan tidak memberikan maklumat yang perlu atau maklumat dan pandangan itu tidak diterima dalam bentuk yang memadai dalam had masa yang dinyatakan, Kerajaan boleh membuat penentuan berdasarkan fakta yang ada mengikut seksyen 41 Akta.

Bertarikh 28 Disember 2022

[MITI.S:600-2/2/21; PN(PU2)529/JLD. 31]

TENGKU DATUK SERI UTAMA ZAFRUL BIN TENGKU ABDUL AZIZ

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri

P.U. (B) 647 7

COUNTERVAILING AND ANTI-DUMPING DUTIES ACT 1993

NOTICE OF INITIATION OF ADMINISTRATIVE REVIEW OF ANTI-DUMPING DUTIES

WITH REGARD TO IMPORTS OF COLD ROLLED COILS OF ALLOY AND

NON-ALLOY STEEL ORIGINATING OR EXPORTED FROM

THE REPUBLIC OF KOREA AND THE SOCIALIST REPUBLIC OF VIET NAM

(AD03/15 – AR02/22)

FOLLOWING the publication of the Notice of Affirmative Final Determination of

Administrative Review of Anti-Dumping Duty with regard to Imports of Cold Rolled Coils of Alloy and Non-Alloy Steel Originating or Exported From the People’s Republic of China, the Republic of Korea and the Socialist Republic of Viet Nam [P.U. (B) 499/2021]

on 8 October 2021, the Government has received a request and obtained information for an administrative review on the imposition of an anti-dumping duty with regard to imports of cold rolled coils of alloy and non-alloy steel originating or exported from the Republic of Korea and the Socialist Republic of Viet Nam

(“subject merchandise”)

and pursuant to paragraphs 28(1)(a)

and

(f)

of the Countervailing and Anti-Dumping Duties Act 1993 [Act 504] and regulation 34

of the Countervailing and Anti-Dumping Duties Regulations 1994 [P.U. (A) 233/1994], the Government initiates an administrative review.

Request for administrative review 1.

The request for administrative review was lodged by—

POSCO Vietnam Co. Ltd.

Lot 1, Phu My Industrial II Zone

Phu My Ward, Phu My Town, Ba Ria – Vung Tau Province, Viet Nam the foreign producer and exporter of the subject merchandise.

Subject merchandise 2.

(1)

The subject merchandise allegedly being dumped is cold rolled coils of alloy and non-alloy steel of a thickness between 0.20 millimetres to 2.60 millimetres and width between 700 millimetres to 1,300 millimetres excluding tin mill black plate and

P.U. (B) 647 8

imported for the purpose of automotive end-usage of all grades and specifications which is classified under the Harmonised System Code (H.S. Code) and ASEAN

Harmonised Tariff Nomenclature (AHTN) 7209.15.00 00, 7209.16.10 00, 7209.16.90 00,

Seksyen 7209

17.10 00, 7209.17.90 00, 7209.18.99 00, 7225.50.10 00 and 7225.50.90 00.

(2)

The H.S. Code and AHTN specified in subparagraph (1) are given only for information and have no binding effect on the classification of the subject merchandise.

Existing anti-dumping duties 3.

The anti-dumping duties currently in force on the subject merchandise is definitive anti-dumping duties imposed under the Customs (Anti-Dumping Duties)

(Administrative Review) (No. 3) Order 2021 [P.U. (A) 384/2021].

Grounds for administrative review 4.

(1)

The request for administrative review is based on the grounds that there is a substantial change in the dumping margin for the imports of subject merchandise by

POSCO Vietnam Co. Ltd.

(2)

The Government has obtained information for an administrative review to be conducted in the public interest and based on the grounds that the dumping margin has changed substantially for the imports of subject merchandise from the Republic of Korea and Socialist Republic of Viet Nam.

(3)

The Government is satisfied that the request and the information obtained carries sufficient grounds to initiate an administrative review.

Procedure 5.

Having determined that there is sufficient evidence exists to warrant an administrative review of the anti-dumping duties with regard to the imports of subject merchandise, the Government initiates an administrative review pursuant to paragraphs 28(1)(a) and (f) of the Countervailing and Anti-Dumping Duties Act 1993 and regulation 34 of the Countervailing and Anti-Dumping Regulations 1994.

P.U. (B) 647 9

Questionnaires 6.

(1)

In order to obtain information deemed necessary for the administrative review, the Government will send questionnaires to—

(a)

the Malaysian industry and any association of producers in

Malaysia;

(c)

the producers and exporters of subject merchandise in the

Republic of Korea and the Socialist Republic of Viet Nam;

(d)

the importers and any association of importers; and

(e)

the Government of the Republic of Korea and the Socialist Republic of Viet Nam.

(2)

In any event, all interested parties not contacted by the Ministry of

International Trade and Industry (MITI) are invited to contact MITI in writing, by post, facsimile, e-mail or by hand, in order to find out whether they are listed in this administrative review.

(3)

If necessary, such interested parties may request for a copy of the questionnaires by identifying the nature of their business activities related to the administrative review.

Collection of information 7.

All interested parties are invited to make their views known in writing, in particular, by responding to the questionnaires addressed to them and by providing supporting evidence.

P.U. (B) 647 10

Time limit 8.

(1)

Any interested party who desires to request for a questionnaire shall do so not later than fifteen days after the publication of this notice in the Gazette.

(2)

All interested parties must present their views in writing and submit questionnaire responses within thirty days of the date of publication of this notice in the

Gazette if such views and responses are to be taken into consideration during the administrative review, unless otherwise specified.

Submission of information, questionnaire responses and correspondences 9.

(1)

All submissions of information, questionnaire responses and correspondences must be made in writing and to be sent by post, facsimile, e-mail or by hand with clear indication of the name, address, e-mail address, telephone and facsimile numbers of the interested parties to—

Director

Trade Practices Section

Ministry of International Trade and Industry (MITI)

Level 9, Menara MITI

No. 7, Jalan Sultan Haji Ahmad Shah 50480 Kuala Lumpur

Malaysia

Telephone number :

(603)

6211 4429

E-mail address

:

alltps@miti.gov.my

P.U. (B) 647 11

(2)

If the interested parties do not provide the necessary information or the information and views are not received in an adequate form within the specified time limit, the Government may make its determination on the basis of the facts available in accordance with section 41 of the Act.

Dated 28 December 2022

[MITI:600-2/2/21; PN(PU2)529/JLD. 31]

TENGKU DATUK SERI UTAMA ZAFRUL BIN TENGKU ABDUL AZIZ

Minister of International Trade and Industry

Common questions

What is Notis Pemulaan Kajian Semula Pentadbiran Duti Anti-Lambakan Berkenaan Dengan Import Keluli Aloi dan Bukan Aloi Gegelung Gulungan Sejuk yang Berasal atau Dieksport Dari Republik Korea dan Republik Sosialis Viet Nam?
Notis Pemulaan Kajian Semula Pentadbiran Duti Anti-Lambakan Berkenaan Dengan Import Keluli Aloi dan Bukan Aloi Gegelung Gulungan Sejuk yang... is Malaysia P.U. (B), cited as P.U. (B) 647 2022, currently marked in force and first recorded in 2022.
Is Notis Pemulaan Kajian Semula Pentadbiran Duti Anti-Lambakan Berkenaan Dengan Import Keluli Aloi dan Bukan Aloi Gegelung Gulungan Sejuk yang Berasal atau Dieksport Dari Republik Korea dan Republik Sosialis Viet Nam still in force?
Yes — Notis Pemulaan Kajian Semula Pentadbiran Duti Anti-Lambakan Berkenaan Dengan Import Keluli Aloi dan Bukan Aloi Gegelung Gulungan Sejuk yang Berasal atau Dieksport Dari Republik Korea dan Republik Sosialis Viet Nam is currently in force.
When did Notis Pemulaan Kajian Semula Pentadbiran Duti Anti-Lambakan Berkenaan Dengan Import Keluli Aloi dan Bukan Aloi Gegelung Gulungan Sejuk yang Berasal atau Dieksport Dari Republik Korea dan Republik Sosialis Viet Nam take effect?
Notis Pemulaan Kajian Semula Pentadbiran Duti Anti-Lambakan Berkenaan Dengan Import Keluli Aloi dan Bukan Aloi Gegelung Gulungan Sejuk yang Berasal atau Dieksport Dari Republik Korea dan Republik Sosialis Viet Nam was first recorded in 2022.
How many sections does Notis Pemulaan Kajian Semula Pentadbiran Duti Anti-Lambakan Berkenaan Dengan Import Keluli Aloi dan Bukan Aloi Gegelung Gulungan Sejuk yang Berasal atau Dieksport Dari Republik Korea dan Republik Sosialis Viet Nam have?
Notis Pemulaan Kajian Semula Pentadbiran Duti Anti-Lambakan Berkenaan Dengan Import Keluli Aloi dan Bukan Aloi Gegelung Gulungan Sejuk yang Berasal atau Dieksport Dari Republik Korea dan Republik Sosialis Viet Nam contains 12 sections.
Where can I read the official version of Notis Pemulaan Kajian Semula Pentadbiran Duti Anti-Lambakan Berkenaan Dengan Import Keluli Aloi dan Bukan Aloi Gegelung Gulungan Sejuk yang Berasal atau Dieksport Dari Republik Korea dan Republik Sosialis Viet Nam?
The official text of Notis Pemulaan Kajian Semula Pentadbiran Duti Anti-Lambakan Berkenaan Dengan Import Keluli Aloi dan Bukan Aloi Gegelung Gulungan Sejuk yang Berasal atau Dieksport Dari Republik Korea dan Republik Sosialis Viet Nam is published at lom.agc.gov.my.

Something wrong on this page?

If one provision's text doesn't match the official source, use Suggest a fix beside that provision — it opens an editor next to the source document. For anything else — a missing amendment, a broken link, out-of-date content, or a removal request — report it here.