Skip to content

Seksyen 4

Pengataan kemudaratan

of Notis Pemulaan Penyiasatan Duti Anti-Lambakan Berkenaan Dengan Import Produk Gulungan Rata Keluli Aloi Lain dan Keluli Bukan Aloi, Disadur atau Disalut Aluminium dan Zink, yang Berasal atau Dieksport Dari Republik Rakyat China, Chinese Taipei dan Republik Sosialis Viet Nam

P.U. (B)In forceProvision 6 of 14
Seksyen 4

(1)

Pempetisyen telah menyatakan dan memberikan keterangan bahawa import dagangan subjek dari

Republik Rakyat China,

Chinese

Taipei dan

Republik Sosialis Viet Nam telah meningkat dari segi kuantiti mutlak.

(2)

Dikatakan selanjutnya bahawa kesan lambakan itu, industri Malaysia telah mengalami kemudaratan, yang antara lainnya, peningkatan dalam jumlah import, pengurangan dalam syer pasaran, pemotongan harga, kemelesetan harga, penyekatan harga, pengurangan dalam jualan dan pusing ganti, peningkatan inventori, kemerosotan keuntungan yang berterusan, pengeluaran dan penggunaan kapasiti yang rendah serta pengurangan dalam pulangan pelaburan dan jumlah aset.

P.U. (B) 245 4