Seksyen 6
Soal selidik
(1)
Bagi maksud mendapatkan maklumat yang disifatkan perlu bagi penyiasatan itu, Kerajaan akan menghantar soal selidik kepada–
(a)
industri Malaysia dan mana-mana persatuan pengeluar di Malaysia;
(b)
pengeluar atau pengeksport dagangan subjek dari
Republik Rakyat China, Chinese Taipei dan Republik Sosialis
Viet Nam yang dinamakan dalam petisyen;
(c)
pengimport dan mana-mana persatuan pengimport yang dinamakan dalam petisyen; dan
(d)
Kerajaan Republik Rakyat China, Chinese Taipei dan Republik
Sosialis Viet Nam.
(2)
Dalam apa-apa keadaan, semua pihak berkepentingan yang tidak dihubungi oleh Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) hendaklah menghubungi MITI melalui e-mel untuk mengetahui sama ada mereka disenaraikan dalam petisyen ini.
P.U. (B) 245 5
(3)
Jika perlu, pihak berkepentingan itu boleh memohon suatu salinan soal selidik itu dengan mengenal pasti jenis aktiviti perniagaan mereka yang berkaitan dengan penyiasatan ini.